Mengantuk Tapi Mahu Juga Bertarawih..

Wednesday, August 24, 2011 PCL 3 Comments

سلام عليكم al-salāmu 'alaikum; selamat sejahtera ke atas kamu semua.

Salam ramadhan , dah menghampiri hari yang ke 25 kita berpuasa...


karikatur hiasan..google



... syaitan semua kena ikat, tapi ngantuk juga...huh ! nafsu...nafsu...

sumber : mStar online

Solat Dalam Keadaan Mengantuk


Hadith:

DIRIWAYATKAN dari Anas r.a : "Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan)".

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika.

Selepas itu bangun dan ambillah wudhu' dan tunaikan solat.

Ingat! Jangan terus tertidur. Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya.

Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan.

Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.

Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu' semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

..


3 comments:

  1. rajin pCL terawih. cbk tak penuh pun tahun nie . -.-

    ReplyDelete
  2. pengkongsian y baik..
    tulah kan, kalau mengantuk mmg tak dapat focos

    ReplyDelete
  3. kalau mengantuk memang tataw nak ckp apa dah la.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.