Mohon Kebahagian Dan Murah Rezeki
Assalamualaikum wbt...
Hari ni merupakan hari ulang tahun kelahiranku..Syukur tak terhingga kerana aku masih lagi berada di dunia ini dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
Mohon Kebahagian Dan Murah Rezeki
Rezeki sebenarnya bukan hanya harta dan kekayaan semata-mata.. Jadi janganlah kita berasa gusar atau bimbang sekiranya kita telah berusaha, tetapi tidak memperolehi rezeki seperti yang diharapkan.. Mendapat kesihatan tubuh badan, kelapangan masa, keluarga yang bahagia, anak-anak yang comel, sihat dan bijak juga rezeki yang cukup berharga buat kita semua.
Terdapat beberapa doa untuk memeperolehi kebahagaiaan dan dimurahkan rezeki.. insyaAllah kita amalkan , doa-doa ini telah di ambil dari sini.
Doa Memohon Kebahagiaan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keberuntungan pada-Mu dalam hal ketetapan (keputusan), tempat orang-orang yang mati syahid, kehidupan orang-orang yang bahagia, dan kemenangan terhadap musuh
Doa Memohon Kemenangan Dan Kemuliaan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, sesungguhnya aku ini lemah maka kuatkanlah aku, dan sesungguhnya aku ini hina, maka muliakanlah aku, dan sesungguhnya aku ini fakir, maka kayakanlah aku, wahai Dzat Yang paling Penyayang
Doa Memohon Keluasan Rezeki
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Ya Allah, Dzat yang kaya dan Pemurah, Dzat yang mempunyai anugerah yang Agung. Dzat yang luas pemberian dan kedermawanan-Nya. Kayakanlah aku dengan apa-apa yang engkau halalkan,
dan cukupkanlah aku dengan kemurahan-Mu dari siapa saja selain-Mu
Doa Memohon Kekayaan Berupa Harta
Dengan nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Ya Allah, Tuhan yang maha kaya dan Maha Terpuji, Tuhan yang menakdirkan, kasihan dan Maha Kasih Sayang, berilah aku kekayaan harta yang engkau halalkan bukan yang engkau haramkan,
berilah aku kelebihan dari yang lain dengan berkat kurnia-Mu
Doa Ketika Memperoleh Rezeki
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih
Segala puji bagi Allah yang telah memberi rezeki padaku tanpa daya dan upaya dariku.
Ya Allah, berkatilah rezekiku ini.
Doa Ketika Menerima Sedekah dan Hadiah
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih
Semoga Allah memberi pahala padamu terhadap apa yang telah engkau berikan,
dan semoga Allah menjadikannya sebagai pembersih untukmu.
Dan semoga Allah memberkati harta yang masih tertinggal padamu..
..Jadi jangan lupa baca doa-doa tersebut setiap kali sebelum memulakan suatu pekerjaan dan selepasnya, dan juga selepas memperolehi rezeki..
insyallah, semoga kita semua selalu mengingatinya :)
ReplyDeleteselamat ulangtahun semoga di kurniakan kesihatan yang baik dan di rahmati olehNya yang esa.
ReplyDeleteselamat ulang tahun PCL..
ReplyDeleteTq share doa2 tu
happy birthday to uuuuuuuuuuuu
ReplyDeleteAllah selamatkan ali,Allah selamatkan ali,Allah selamatkan nazli ismail,Allah selamatkan ali...bkn baca tau,tapi menyanyi...moga menjadi kaya raya,di dunia dan akhirat...Aminnnn
ReplyDeleteselamat ulangtahun kelahiran PCL! jangan lupa jasa ibu yang melahirkan kita... :)
ReplyDelete@sayngibu terima kasih dgn ucapan tu..amin
ReplyDelete@wida
Terima kasih ucapan tu..kita share utk semua.
@KhaiRin thnkUuuuuu
ReplyDelete@Sz tima kasih, insyaallah "ngak akan pernah melupakannya"..hehe :P
@cinnamon.com tq, doa dari mak menakan..aminn.
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir.. semoga hidupmu diberkati oleh Allah SWT
ReplyDeleteinsyaAllah...smoga tercapai apa yg dihajati...amin
ReplyDeleteterima kasih kerana syer doa nih..insya'ALLAH..Smoga hidup kite diberkati
ReplyDeletehappy birthday PCL...happy fasting too n sekali jalan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin...semoga PCL baik2 dan sihat selalu...always happy...lama tak singgah sini kerana saya kurang masa di depan pc lately nih...
ReplyDeletemekasih share :)
ReplyDeletemudah-mudhn dpt diamalkannya..
btw,selamat hari lahir :)
@QueeN TerataI Aminn..t.kasih atas ucapan tu.
ReplyDelete@munnamudah-mudahan Aminn..
@intan_blur sama2 kita share..
@Bitt (double IS) wah sekali gus , cm xnak singgah dah..Tqvm.
@myhatiku tima kasih..
banyaknye doa... (^_^)
ReplyDelete