Salam Lebaran Untuk Semua

Thursday, August 25, 2011 PCL 8 Comments






Saya dan keluarga ingin mengucapkan
selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada
semua warga blogger sama ada yang mengenali saya
atau pun tidak … saya juga ingin memohon kemaafan
andai terdapat salah dan silap.. Doa saya agar kita
semua akan bersua lagi pada Ramadhan akan datang
dan raikan hari lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan
keinsafan.. ampun maaf dari saya sekeluarga..
salam aidilfitri…

peringatan :


sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung kita disarankan agar menunaikan solat Hajat dua rakaat sebelum memulakan perjalanan serta memohon doa seperti doa berikut :

"Ya Allah Ya Tuhanku,sebentar lagi aku dan keluarga ku akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri.Engkau selamatkanlah diriku dan keluargaku dari sebarang kemalangan samada aku melanggar orang,dilanggar orang ataupun terbabas dengan sendiri.Engkau selamatkanlah kami disepanjang perjalanan sehingga kami pulang semula ke tempat kerja kami dengan selamat....Amin"

Setelah itu,apabila masuk di dalam kereta hendaklah membaca doa naik kenderaan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu surah Az Zukhruf Ayat 13-14 yang bermaksud :

"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

Selamat Pulang dan selamat kembali diucapkan kepada semua . Sekali lagi mohon maaf seandainya terdapat salah dan silap sepanjang anda bertandang ke halaman ini.


p/s : pCL mula cuti dah..esok hingga 7/9/2011...



8 comments:

  1. SALAM,
    JUGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF--ZAHIR BATIN. SEMOGA KITA DAPAT MELALUI RAMADHAN INI DENGAN PENUH AMALAN DAN MENERUSKANNYA DI BULAN2 SETERUSNYA

    ReplyDelete
  2. Asslamualaikum PCL,

    Semoga berhati2 semasa balik kampong.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidilfitri..berhati2 dijlnraya semasa pulang ke kampung...

    ReplyDelete
  4. slamat beraye ye PCL..XD

    ReplyDelete
  5. waaa
    peringatan baek ni=]
    maceh pcl
    camat ari rayee!

    ReplyDelete
  6. kesempatan ni, sy sekeluarga nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri.
    semoga amalan kita sepanjang bulan ramadan dapat diteruskan sehingga ke hujung nyawa insya allah.
    plus, berhati2 di jalan raya..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Selamat Hari Raya
    Moga berbahagia hendaknya..
    dan moga segala amalan diterima Allah Taala..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.