Tips Membeli Lemang Tepi Jalan

Tuesday, August 23, 2011 PCL 17 Comments

سلام عليكم al-salamu 'alaikum; selamat sejahtera ke atas kamu semua.



...seminggu sebelum raya biasanya dah ramai orang jual2 lemang tepi2 jalan raya..
memang nampak meriah..suasan sana sini ada gerai membakar lemang dah jadi trend saban tahun...

ramai yang menagambil peluang untuk berniaga dan ramai juga yang mahukan lemang tanpa bersusah payah membakarnya..

ada duit boleh dapat, tapi tak semuanya memenuhi citarasa yang kita harapkan.

kat sini PCL ada Tips memilih lemang....tahun lepas benda yang sama juga diperkatakan, harap Kualiti lemang tahun ini lebih baik lagi. (Entri tahun lepas) .

okay cmni caranya..

  • Tentukan buluh bekas lemang tu merata kuningnya. Kalau buluhnya kehitaman sudah tentu lemang di bahagian itu, berkerak walaupun cukup masak.
  • Tentukan ia tidak terlalu berair di bahagian atasnya. Juga tidak terlalu kering kerana jika terlalu kering, kemungkinan bahagian dalamnya mentah adalah besar.
  • Tentukan daun pisang, pembalut lemang itu telah melecur serata, dan apabila di hentak2kan ia tidak melekat pada bahagian dalam buluh.
  • Lihat bahagian atas lemang yang boleh dilihat samaada masak atau tidak. Ia sedikit sebanyak boleh memberi gambaran bahagian yang di dalamnya
p/s : walaupun dia tokay [peniaga] tak semestinya kena caya cakap2 dorang jer...harap tips tersebut dapat membantu anda.



17 comments:

  1. Assalamualaikum PCL,

    Terima kasih petua beli lemang ni.

    Sekarang ni macam2 gaya orang buat lemang untuk dijual. Yang rebus pun ada, lepas letakkan dekat api2 kajap. Tak ikhlas sungguh!!!

    ReplyDelete
  2. waaliakikumsalam kak, dah terkena sekali jangan harap untuk kali seterusnya..senang2 bakar sendiri lah..lg meriah lg best..bergantung pd keadaan...

    ReplyDelete
  3. kami jarang mkn lemang sbnr nyer sbb bkn tradisi..tp kalu lopes n ketupat..yes! selalu dlm list every year

    ReplyDelete
  4. lemang biasa org bg..xpenah beli luar..sbb biasa mkn ketupat time raya.hehehe..btw..info yg sgt bgos la pakcik !!

    ReplyDelete
  5. nice sharing...pasneh tak risau dah klu nk beli lemang tepi jalan..>.<

    ReplyDelete
  6. boleh ler cuba petua ni on the way balik ganu nanti.. sebab selalu beli lemang tepi jalan masa balik kampung.. ada gak terkena terbeli yang mentah..

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas tips2 ni.. selalu tu main beli aje dan harap bernasib baik dapat lemang yg baik..

    ReplyDelete
  8. @KhaiRin: wow lopes..tetiba je teringin nk mkn berbuka ptg nanti..

    ReplyDelete
  9. @Cik Bell: org bg yg dorbg buat sendiri mesti baik punya la...beruntung la selalu cmtu.

    @AsyieqiN Rkey:xpe kt shareing info tips..

    ReplyDelete
  10. @Anaa: Ganu mmg banyak lemang jual tepi jalan siap dgn kepok leko n sata lg...emm , terkenang di sana semasa melawat arwah adik.

    ReplyDelete
  11. @Hanis Azla: sama2, nasib baik selalu dpt yg okay...haha.

    ReplyDelete
  12. setakat ni beli lemang tak pernah ada masalah lagi...
    tapi kalau terkena,memang sakit hati kalau beli lemang
    yang tak serupa lemang..
    rasa nak lemang2 kan aje tuan lemang tu..hhhee

    ReplyDelete
  13. bagus info ni... tp sya x pnh beli lemang pun... :)

    ReplyDelete
  14. @diana: ahaha lemangkan cmner tu!

    @QueeN TerataI: buat sendiri bagus la..

    ReplyDelete
  15. jom kita buat sama2...pcl la yg tggu bara..cinnamon ni sensitif dgn bara..

    ReplyDelete
  16. @cinnamon.com: ok je, thn lps nk bakar lemang tp x jd..dh siap2 plan dgn aruah...thn ni dia plk dah pergi buat selamanya....sedih .

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.