Aku suka bila isteriku begini ....

Tuesday, September 27, 2011 PCL 8 Comments

Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tau bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami.


Membantu dalam pengurusan kewangan keluarga

Sebagai seorang isteri harus menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Kekadang kita suami dah buntu sampai terlepas pandang perkara2 yang mana sepatutnya didahulukan untuk keperluan keluarga...kalaupun tak dapat bantu tingkatkan ekonomi, biarlah sekurang2nya isteri menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami.


Mengurus keluarga dengan cekap dan baik

Walaupun suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan, tetapi kekadang tu ada perkara yang tidak dapat diuruskan tanpa adanya isteri.
Jika isteri lakukan dengan sukses tanggungjawabnya sudah pasti apabila suami pulang dari bekerja, senyuman yang sempurna akan sendirinya dilemparkan..membuat semuanya merasa bahagia.


Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka...maksud sebaliknya bukan 'membuntut'lah. Tapi isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan kata2 semangat dan perlukan di saat emosi suami jatuh. Berikan segala sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat antara suami dan isteri.


Menjaga makan suami dan anak2

Seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tau memasak. Kalau nak kasih sayang lebih dari suami kena tau apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan isteri tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan keluarga dalam masa melakukannya dan tidak membebel tak tentu pasal.


Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Berkemungkinan ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.


Perunding imej

Suami sapa tu..ensemnyr!?, .. sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang2 tua. Sebab itu isteri perlu tau menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih2 lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah T-shirt, baju kelawar dan kain batik menjadi pakaian utama.


Menjaga keluarga mertua

Isteri menjaga mertuanya seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya. Bukan guna wang ringgit tapi guna lah kekreatifan yang semula jadi....kena belajar kalau tak tau!.


Setakat yang dapat aku rasakan dalam 15 tahun bersama isteri tersayang....yang baik jadikan teladan..sesama kita mencari barakah dalam menjalani kehidupan rumah tangga yang diimpikan.



1/11/2011 akan datang adalah hari ulang tahun pernikahan kami.


mohon doakan kebahagian kami berpanjangan.

psst....anda cmna lak ?

..

8 comments:

  1. Alhamdulillah...ameen...suka tengok gambar tu ciklie...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. mmg bahagia bila dpt isteri spt di atas.. sya cuba sedaya mungkin utk menjadi isteri yg terbaik.. kalau kita ingin yang terbaik kita juga harus berikan yang terbaik... tak gitu PCL?

    didoakan semoga jodoh kalian berpanjangan dan diredhai Allah SWT.. bahagia selalu hendaknya dan semoga ikatan kasih syg semakin erat.

    ReplyDelete
  3. semoga bahagia bersama keluarga hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah..isteri cerdik dan solehah...insyallah bahagia...:)

    ReplyDelete
  5. bini-bini memang kena macam ni.. terutamanya pengurusan rumah tangga, ekonomi dan bidang masak memasak..orang kata nak pikat hati suami kena pikat perutnya dulu.. kan..hehehe..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah dikurniakan isteri sebegini...moga2 kebahagian sentiasa mengiringi PCL

    ReplyDelete
  7. happy family..selamat ulangtahun perkahwinan utk PCL...advance wish nih...semoga bahagia hingga akhir hayat

    qaseh kena persiapkan diri macam sikap2 diatas la ^_^

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.