Hati-hati Kepada Peminat KERANG dan makanan laut bercengkerang seumpamanya..

Friday, September 09, 2011 PCL 18 Comments







KERANG atau hidupan laut bercenkerang seumpamanya yang tidak dimasak dengan betul boleh menjadi tempat aktif bagi bakteria dan virus.

PCL bagi contoh kerang sebab ....tau la kan bulan ramadhan lalu ramai yang menikmati kerang rebus/bakar sebagai juadah berbuka ...alhamdulillah lah sampai sekarang korang yang dah makan tu sihat-sihat je...

Ini kira benda dah lepas baru nak citer kan...takpe lah , untuk masa-masa akan datang..kena ingatkan kengkawan sebelum terkena virus...hehe.

ada orang kata kerang boleh membantu penambahan darah kalau makan banyak, maka banyaklah darah akan terkumpul...haha ni fakta yang kekadang tu nampak cm auta je...

kalau nak tau, anatomi kerang menjadi tempat terbaik bagi aktiviti bakteria dan virus yang menyebabkan hepatitis dan meningitis. Ia sama bahaya dengan kes keracunan raksa seperti yang dilaporkan terdapat pada ikan laut.

nak ingatkan lagi ni, khususnya kepada wanita hamil dan mereka yang sensitif terhadap makanan separa masak sebaik-baiknya perlu melupakan keinginan untuk menikmati kerang atas risiko keracunan.

Jika tidak dapat dielakkan, pastikan dahulu dengan pemilik gerai [jika dia mengetahui], dari manakah kerang itu didapatkan dan bagaimanakah ia dimasak.

Kalau dipersoalkan adakah kerang rebus lebih baik daripada kerang bakar?

PCL pilih kerang rebus...sebabnya kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyingkirkan lebihan lumpur dalam cangkerang. Kaedah rebus juga boleh mematikan darah kerang yang berpotensi mengandungi unsur yang memudaratkan.

Untuk lebih selamat kita perlu pastikan ia direbus lebih lama [memang ler tak kau !]....dan nak selamat lagi jangan makan terus !! abis citer...titik .

..





18 comments:

  1. hehehehe xknla x mkn terus... hehehe mkn sekali sekala pe slhnya.. tp nak selamat pilihla kerang rebus.. sodap tue.. hehe

    ReplyDelete
  2. tringat kecik2 dulu..
    nak makan kerang lepas rebus, kuarkan isi, buang dulu hitam2 siap basuh dulu ..hehee
    skrg ngappp je...

    ReplyDelete
  3. wah....mesti kena hati2....sy suka makanan mcm ni..

    ReplyDelete
  4. mkn kerang kdg2 jee .
    hehe yup, rebus lagi baik :)

    ReplyDelete
  5. Kerang sedap.
    Kalau famili Awan, kami akan beli kerang fresh dan rendam dalam air lebih kurang seminggu. Air tu akan diganti secara berkala. Selepas itu barulah direbus. Setelah direbus, bahagian hitam pada kerang akan dibuang sebelum dibasuh dan dimasak.

    ReplyDelete
  6. hari tu kat kampung masak rendang kerang,basuh bersih2,lepas tu rebus tanpa air,buang kulit,lps tu basuh isi kerang sekali lg untuk buang tanah2 yg masih degil..Alhamdulillah..kadang2 mmg boleh buat cirit-birit kalau tak bersihkan betul2..dua thn lepas agh ot masak rendang kerang kat kmpung,lps tu semua orang cirit-birit,termasuk le tukang masaknya..hehe kesian..nasib baik agh yan tak de..info yg bagus tq pcl

    ReplyDelete
  7. akak mmng peminat kerang rebus..lepas ni kena pikir bnyak kali nak makan kerang....terima kasih atas info ni...

    ReplyDelete
  8. tapi benda tu sedap..susah nak tolak..jadi takut pulak ahhh

    ReplyDelete
  9. aduh,kerang dah la jd fev...=,=~!

    ReplyDelete
  10. adehh buat risau lak ni.. uLan kalau boleh tiap minggu makan kerang huhu

    ReplyDelete
  11. hihi, hany lak memang tak mkn kerang, lala, kepah ke...ntah tak leh masuk nak makan. takthau kenapa. aperpun tq ciklie ats info nih...

    ReplyDelete
  12. kami suka rendang kerang..sodap sgt huhuhuhhhh

    ReplyDelete
  13. kerang kalau buat masak lemak serai sedap tau...

    ReplyDelete
  14. la..mcm tu pulakkan. kina suka jugak mkn kerang rebut ataw bakar. lepas nie nak mkn kena masak sendiri dari mkn kat kedai. sebab kita tahu tahap kecucian kerang tue bila kita mkn.huhuhuhu....

    ReplyDelete
  15. info yg bagus..weee...sy suka makan kerang la..tp tidak la addict...biasa2 aje..hehe

    ReplyDelete
  16. suke kerg bakakr
    cicah air asam
    canne ni
    huhuhu ;(

    ReplyDelete
  17. bahaya jgk ekk..
    tp kdg2 ada jgk org bakar..sedap huhu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.