Isteri suka bila suaminya begini...

Thursday, September 29, 2011 PCL 17 Comments

gambar hiasan dari google



Menjadi imam solat berjamaah di rumah

Mengingatkan tentang solat dan menjadi imam kepadanya . Sudah menjadi tuntutan dalam keluarga Islam. Seorang suami yang mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama secara langsung akan mampu memimpin rumah tangganya.


Bersama mencari dan mendalami ilmu agama

Apa yang suami tau dia ajarkan, sebaliknya jika kurang tentang pengetahuan agama..maka sama2 mencari, belajar dan mendekatkan diri kepada Allah.


Pendirian yang teguh

Nampak kehebatan suami di mata isterinya. Suami tak boleh lemah dan hanya mendengar kata keluarga sebelah pihak saja, dan jadikanlah pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah tersebut.


Sikap yang matang

Lebih profesional dari isterinya. Keputusan sesuatu perkara oleh isteri adalah sentiasa dirujuk kepada suaminya, sentiasa peka dan memberi respon yang bagus. Sebaiknya tunjuklah kematangan suami dengan bersikap demikian . Jangan nampak matang sebelum nikah je.


Bertanggung jawab

Menjaga anak bersama2, bukan sekadar memberi belanja makan dan pakai saja malah bersamalah bangun malam ketika anak kecil menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang diberikan oleh suami.


Tahu menguruskan diri sendiri jika berlaku kecemasan.

Tidak kekok melakukan kerja2 dapur dan sebagainya yang mana sebelum itu dilakukan oleh isterinya. Ringan tulang dan buat tanpa disuruh atau paksa rela...keikhlasan itu adalah segalanya.


Boleh memasak

Sekali sekala turun ke dapur, berjinak2 dengan masakan..kalau ikutkan masa suami memanglah selalunya sibuk, cari masa yang sesuai..buat kejutan yang boleh membuatkan isteri senang hati.



Apa yang diharapkan oleh para suami, begitu jugalah harapan para isteri yang mana kebahagian rumah tangga adalah pencetus semangat untuk terus menerus menepuhi kehidupan di dunia ini.





..


17 comments:

  1. genk suka sangat..hehehe..perempuan man yg taksuka suami bgini

    ReplyDelete
  2. dlm hidup berumahtangga kenalah saling memberi barulah sama2 merasa..

    ReplyDelete
  3. sapa yg x suka is3 yg serba sempurna kn?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...bsyukur nye dpt suami mcm tu..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. tetapi dah nama psangan kena la saling memberi dan menerima jangan sebelah pihak je yang untung sebelah pihak merana.. win win situation la

    ReplyDelete
  6. jangan lah baru2 kawin jer semangat berkobar2, bila dah lama kawin sumer sifat tu melayang.. heeee

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum PCL,

    Susah nak dapat suami yang perfect. Kenalah terima dia seadakannya dan pejam sebelah mata pada kekurangannya kerana kita juga sebagai isteri ada kekurangannya.

    ReplyDelete
  8. setuju dgn kunang-kunang..tak ade siapa pun yg sempurna kat dunia ni..fitrah manusia..tapi cuba menjadi yg terbaik..

    ReplyDelete
  9. sangat bertuah dan beruntung perempuan tu..semua suka tapi tengok perempuan yg macam mana,

    ReplyDelete
  10. hai,jom join contest.........http://jokegurl.com/2011/09/hadiah-contest-like-realiti-kehidupan/

    ReplyDelete
  11. nampak macam sempurna sangat kan .. semua harapkan yang terbaik :)

    ReplyDelete
  12. suami mengharap begitu isteri mengharp begini...
    sama2 la saling melengkapi diri dulu..:p
    jangan cari kesempurnaan pada pasangan kita,sebab tak jumpa itu lah punca kita kurang menghargai pasangan kita...

    ReplyDelete
  13. saya tak kawin lagi. tapi ini info yang sangat bagus utk saya.

    jemput ke blog saya ye?

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  14. Suami mithali... idaman isteri.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.