Orang Memberi Kita Merasa....tapi AWAS !

Monday, September 12, 2011 Nazlee Ismail 9 Comments

PESANAN UNTUK WANITA KHUSUSNYA GADIS REMAJA..

Jangan mudah jadi peramah..baik hati sangat, apa saja jenis makanan dan minuman yang di'offer' oleh jejaka.. korang ngap cmtu jer...even gula2 sebijik pon hah !

nak jaga hati orang yang memberi tak semestinya kita terima apa yang diberikan...silap2 kita sendiri terinaya...AWAS ye...ramai dah terperangkap khususnya gadis remaja....nauzubilah, jangan lah terjadi pada keluarga kita.

INGAT!...perkara ni kena berhati2, gadis kantoi..kena rogol!! selalu je keluar berita di akhbar2...

"Rogol menggunakan dadah selalunya dilakukan oleh perogol dengan meletakkan tablet atau pil ke dalam minuman mangsa tanpa pengetahuannya. Terdapat pelbagai jenis dadah yang di gunakan untuk tujuan ini. Buat masa ini yang paling biasa digunakan adalah Rohypnol (juga dikenali sebagai “roofies”)- dan ianya memberi kesan sebagai ubat pelali kepada mangsa. Rohypnol sangat mengkhayalkan ianya sama seperti Valium, tapi kesannya lebih kuat lagi. Dadah ini menghasilkan kesan yang boleh membuatkan seseorang itu berasa tenang, amnesia, pengenduran otot, dan melambatkan tindakan psikomotor; membuatkan mangsa merasa pening, rasa mengantuk yang luar biasa, berhadapan dengan masalah koordinasi dan mabuk. Ianya berlaku dalam tempoh 20-30 minit selepas diberikan dadah itu dan akan berlanjutan untuk beberapa jam". [sumber]

Jika seseorang yang TIDAK DIKENALI memberikan sesuatu contohnya minuman, jangan terima !, kalau nak pun pastikan korang melihat air itu dibuka dan dituang ke dalam gelas di depan mata korang.......untuk lebih selamat, jangan layan terus!! [jual mahal ..takpe]



...takut sangat la kan, kalau2 benda ni terjadi pada keluarga [khususnya anak/saudara perempuan kita, sama2 kita ingat mengigatkan...

pelbagai jenis watak manusia dalam kehidupan kita seharian..ada yang nampak okay2 je pada pandangan mata kita..tapi berkemungkinan mereka ada muslihat yang tak baik sebaliknya.





...sesekali buruk sangka demi untuk kebaikan diri kita tak menjadi masalah...pandai2lah menolak pelawaan seseorang tu dengan harapan segalanya berlalu dengan baik.

..

9 comments:

  1. yup..perempuan kena berhati-hati..:)

    ReplyDelete
  2. thanks atas peringatan..
    utk semua wanita..

    ReplyDelete
  3. Anak dara ada dua org kat rumah...lelaki pun kena jaga2 juga...perempuan dasyat sekarang ni...

    ReplyDelete
  4. Satu peringatan yang sangat penting.

    ReplyDelete
  5. huhuhuhu
    takotnye pcl
    huhuhuh...
    x mo terime makanan sesuke hati...

    ReplyDelete
  6. hmmmm btol tuh :) dh rmai sgt y tkena gan helah nie

    ReplyDelete
  7. peringatan yg sgt penting ni..takot jugak..kalau kena pukau, lagi takut...=(

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.