Entri Khas : Jemputan Hari Keluarga 2011

Sunday, October 16, 2011 PCL 2 Comments


Assalamualaikum wbt,

Perkara  :  Hari Keluarga 2011 (26-27 November 2011)

Kepada semua kaum kerabat famili sebelah Norimah Ahmad (bonda saya), saya mewakilkan diri  menjemput semua yang terlibat untuk  sama-sama turut serta bagi memeriahkan majlis tersebut.
Majlis ini adalah julung-julung kali diadakan yang mana ia lebih kepada tujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara keluarga. Kebanyakan dari kita sibuk dengan kerja masing-masing dan kekadang hanya mengenali sesama kita melalui Fb  ataupun secara kebetulan apabila  sesekali balik kampung ketika perayaan.
Dari perbincangan secara tidak langsung sebelum ini (maaf kepada yang tak tahu) oleh beberapa ahli keluarga kita , maka dengan itu terbentuklah satu persetujuan yang telah ditetapkan seperti berikut :

Yang Dipertua : Ismail Hj Sulaiman & Norimah Ahmad

 Carta Ahli Jawatan Kuasa

Pengerusi majlis : Sharul Nizam
Naib pengerusi : Mukri
Bendahari : Nazli
AJK aktiviti : Norihan Ahmad n Sharul Nizam
AJK makanan & minuman : Nizam n isteri
AJK penginapan : Shamsul n isteri  & Nordiana
AJK kebersihan : Norfazilah n suami  
AJK hadiah : Shahrul Nizam n isteri


Berikut adalah  tugas ahli jawatan kuasa yang dilantik  :

-          Pengerusi majlis-  harus memastikan semua jawatan kuasa  menjalankan tugas sekaligus bersama-sama menjalankan tugas .. Dan sebarang keputusan  pengerusi majlis berhak untuk menentukan boleh atau tidak.
-          Naib pengerusi - akan membantu pengerusi majlis dalam segala urusan .Termasuk penyediaan kertas kerja  dan tentatif .
-          Bendahari-menjalankan tugas  yang berkaitan dengan keewangan .Seawal dari pengumpulan hingga ke pengeluaran .segalanya harus di catat.agar semua pihak dapat  melihat aliran tunai .
-          AJK aktiviti – menjalankan tugas  perancangan aktiviti yang akan di jalankan dan sekaligus memastikan  semua kelengkapan  untuk menjayakan aktiviti  tersebut di sediakan .
-          AJK makanan & minuman – memastikan makanan  dan  minuman di sediakan dari mula program hingga ke akhir program, sekaligus menyediakan segala kelengkapan   asas  untuk makanan dan minuman.
-          AJK penginapan – memastikan penginapan dan segala kelengkapan untuk menginap lengkap di sediakan .
-          AJK kebersihan  - memastikan  kebersihan  semua dari awal program di mulakan dan hingga ke akhir  program .
-          AJK hadiah – menyediakan hadiah dan memastikan setiap pemenang menerima hadiah .

Ketetapan Tarikh :

25/11/2011   -  (Jumaat malam)  , berkumpul di Villakejora Banting (rumah pakciklie).
26-27/11/2011 -  check-in Home stay yg ditetapkan kemudian.
    Dan Program Hari Keluarga.
28/11/2011 – (Isnin, cuti awal Muharram) boleh rehat-rehat lagi.

Kadar Bayaran :  (wajib)

Setiap Keluarga  : Rm 100.00
Anak yg bekerja :  (harap dapat sumbagan dari anda juga) tiada paksaan Cuma perlu turut serta meramaikan dan memeriahkan majlis.
Jemputan :  Semua ahli keluarga yang terlibat .

Saya berharap kepada keluarga yang terlibat dapat memberikan kerjasama, meluangkan masa yang singkat ini untuk sama-sama kita menjalinkan hubungan kekeluargaan, kita cuba adakan dan pastikan majlis seperti ini menjadi tradisi keluarga besar kita InsyaAllah. Diharap semua dapat menjayakannya dengan rasa tanggungjawab. Kehadiran semua adalah di alu-alukan.

Akhir kata, sila sahkan kehadiran (jumlah orang) untuk menentukan penginapan dan kemudahan lain selewat-lewatnya  pada  31 Oktober 2011.

Sekian . Salam.

Yang Ikhlas,
Nazli @ pakcikLie
(Bendahari, Hari Keluarga 2011)

* minta tolong2 tag kpd yg tertinggal. (Keluarga Sebelah Narimah Ahmad)

YDP,Bonda,Opah,maklong.

YDP,Ayahnda,Atok,Paklong.
* salinan dari notes Fbpakciklie

p/s : Hebahan untuk yang berkenaan sahaja.



Kalau PCL n MMD buat family day untuk blogger semua kan bagus..tapi ada sambutan tak ni?...haha , insyaAllah ada rezeki lebih kita akan buat ala2 kenduri gitew !

..doakan majlis yg  diadakan nanti ini akan berjalan lancar.

salam..dan selamat beristeri rehat.

ok bai2.

..

2 comments:

  1. cubalah... heheheh manalah tau ada sambutan yg amat menggalakkan...

    ReplyDelete
  2. kalo kne gaya, tmpt n masernyer... insyaallah.. sy n family bole ajer support... babs 'beristeri' rehat tuh mmg sy suker.....ahahahh

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.