Hangpa Sedaq dak ! (oleh Pak Long Din)

Thursday, October 06, 2011 Nazlee Ismail 9 Comments



Entri dari Blog Pilihan : PAK LONG DIN



Hangpa sedaq dak…
La ni kita ada rumah ja yang besaq tapi keluarga yang kecik… haha…
Orang dedulu anak berbelaih orang, la ni ada la kot dua tiga anak… haha… last last, tinggai la Mak Long hang ngan Pak Long… addehh…

Hangpa sedaq dak…
La ni kemudahan yang kita ada tu banyak tapi masa pulak dok gaduh tak cukup…
Pejam celik, pejam celik… bebudak dah nak cuti sekolah hujung tahun dah… jenuh berkelahi ngan anak cucu pulak lepaih ni… hihi…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita ada banyak orang orang pandai, tapi ramai pulak yang kurang bijak dalam buat penilaian hidup… Ada akai tak pakai, ikut nafsu secara melulu…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita ada ramai doktor, tapi lebih banyak penyakit pulak yang kita dok dengaq…
Penyakit yang tak pernah Pak Long dengaq pun dah dicipta sama banyak ngan ubat… haha… lagi banyak ubat, lagi ramai yang tak sihat…

Hangpa sedaq dak…
Kita la ni kurang membaca, kerap sangat tengok tivi lalu sembahyang jadi kurang…
Otak jadi beku bila kurang ilmu, badan lembab dan pemalaih pasai selalu tengok tivi dikerusi malaih, hamba dengan pencipta dah jadi jauh mana hala bila solat kita lupa…


Hangpa sedaq dak…
La ni kita gelojoh berbelanja, kurang senyum… jalan macam ribut…
Gelojoh berbelanja tu dah ikut setan, kurang senyum pasai letih pikiaq tang mana nak cari duit, jalan macam ribut pasai dok ligan duit… haha…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita berebut pegang jawatan, tapi nilai keja tak ketahuan…
Kalau boleh tu, tok imam pun nak pegang… tok bilai pun nak sapu… tapi subuh berapa orang yang mai bersolat pun dia tak tau…

Hangpa sedaq dak…
Benda benda tu semuanya jadi depan mata tapi ramai kita buat tak tau jaa… Pikiaq sekali sekala pun baguih jugak… tengok tang mana yang tak kena, yang perlu kita nilai semula…


[silakan ke blog beliau]

.

9 comments:

  1. ramai yg xsedar..
    kadang2 diri sendiri pon t'lupa~~

    ReplyDelete
  2. bukan tak sedar.. tapi tak ambil kisah... :)

    ReplyDelete
  3. Salam PCL,
    Terima kasih la pasai jengok dan ikut blog Pak Long... Pak Long pun ikut blog hang gak tuk sama sama ingat mengingati sesama kita... :-)

    ReplyDelete
  4. ramai yang sedar
    ramai yang buat2 tak sedar
    lagi ramai yang langsung tak mahu sedar

    ReplyDelete
  5. ramai yang kurang sedar perkara2 macam ni..

    ReplyDelete
  6. ramai lagi yang tak berapa nak sedaq oiiii

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.