Masih Terbayang Wajahnya..

Monday, October 17, 2011 Nazlee Ismail 11 Comments

Salam..

Masih terbayang di wajahnya..sayu di pagi ini walaupun PCL tengah bergelumang dengan kerja,... bagai bekaca2 di mata ini, menanti refleksi kerjipan dan titisan air mata...bila mana  mengigatkan masa2 kesempatan bersama allahyarham sewaktu di kampung seketika dahulu.

.Allahyarham telah pergi buat selamanya pada tarikh 14/3/2011 bersamaan dengan 9 R.Akhir 1432h, sudah tujuh bulan masa berlalu... Allahyarham yang PCL maksudkan di sini ialah seorang bekas Blogger yang dikenali sebagai Abah Izz iaitu adinda PCL sendiri.

Bila terpandang ucapan rakannya di Fb, ia mencetuskan rasa rindu teramat sangat kepada allahyarham..

seperti yang dinyatakan oleh rakannya di fb ;

pada pagi ni andai masih panjang umurnya pasti allahyarham menyambut hari kelahiran nya....allahyarham merupakan seorang insan yang baik dan berbudi pekerti....moga perjalananya di sana di permudahkan Allah s.w.t....
mari lah bersama kita sedekahkan bacaan al-fatihah buat Allahyarham Nasir Ismail moga terbukti keikhlasan kita dalam bersaudara di dunia dan akhirat....
al-fatihah.............



Oleh kerana minat allahyarham dalam blogging teramat kuat, maka blognya [-Disebalik...Lens@ Kehidupan-
" -Pelbagai Kisah Mampu Diungkapkan.....-"] yang menjadi tinggalan/kenangan  peribadi  untuk tatapan semua keluarga dan rakan yang mengenali beliau khususnya rakan2 dalam arena blogging ini...

Blog tersebut masih lagi bernyawa namun  tak pernah berkubur disebabkan oleh kunjungan rakan2 dan ahli keluarga yang berterusan bagi  mengubat sedikit rasa kerinduan dan menyingkap perkembangan terbaru keluarga allayarham yang telah ditinggalkan.

Kini blog allahyarham di ambil oleh Ummi Izz yang juga mempunyai blog  beliau sendiri iaitu [Disebalik...Lens@ Kehidupan 2]...

Bila kami rindu pada allayarham ..kami singgah di blognya, begitu juga bila kami rindu pada keluarganya terutama anak2nya kami singgah di blog Ummi Izz selain bertandang untuk ziarah mereka di alam realiti.(namun waktu membatasinya ..hari ke hari untuk ke sana tapi tak berkesempatan...insyaallah dlm waktu terdekat ini).

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

amin.

..AL-FATIHAH.

..

11 comments:

  1. Kakak adalah teman blog Aruah Abah Izz. Tiada tanda dia begitu tenat. Masih ingat dia masih bercita-cita utk belajar photography. cerita tentang dslr lagi...

    Moga rohnya tenang di sana. Al-fatihah. Ummi Izz jarang updat blog busy dgn kerja & anak-anak mungkin...

    ReplyDelete
  2. semoga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum PCL,

    Memang itulah lumrahnya bila kita berpisah dengan orang yang kita sayang.

    Kak Ani dapat rasakan apa yang PCL rasa kerana kak ani juga mengalami kehilangan anak lelaki yang dikasihi dalam keadaan yang tragik sekali.

    Walaupun dah 4 tahun berlalu, semuanya seolah-olah baru selamam.

    Akak doakan semoga PCL sekeluarga dan keluarga adik PCL tabah dengan ujian Allah ini. Al Fatihah untuk arwah adik PCL.

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah..

    ReplyDelete
  5. al-fatihah ...

    tumpang bersedih kenangkan anak2 kecil itu ... :(

    ReplyDelete
  6. smg dia tenang disana,amin :)

    ReplyDelete
  7. al-fatihah...
    semoga arwah tenag disana..



    luv,
    cik ana

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.