Menang Lexus CT200h RM170,000..Wow !!

Friday, October 28, 2011 PCL 8 Comments

gambar hiasan



....syoknya kalau masuk peraduan kemenangan berpihak pada kita, kekadang tu tak terfikir pon nak menang....lebih kepada rezeki sebenarnya.

kalau ikutkan bermacam peraduan dah masuk tapi setakat ni semuanya belum ada rezeki lagi huhuhu. Bila terbaca kat surat khabar hari ni..huh! rasa teruja lak ...

Penjawat awam menang Lexus CT200h RM170,000
2011/10/28


KUALA LUMPUR: Beli peti sejuk tapi bawa pulang sebuah kereta mewah. Itu yang berlaku kepada penjawat awam dari Pulau Pinang, Mohd Nasri Salleh, 41, apabila dipilih sebagai pemenang utama Peraduan EcoRaya Panasonic Malaysia yang diadakan bermula 15 Julai hingga 15 September lalu.

Beliau berjaya mengalahkan 15,000 peserta lain yang turut menyertai peraduan itu sekali gus membawa pulang sebuah kereta mewah hibrid Lexus CT200h bernilai RM170,000.
“Pada Ogos lalu, saya membeli sebuah peti sejuk Panasonic berharga RM1,600 untuk kegunaan keluarga di samping persediaan menyambut Aidilfitri, tidak sangka ia membawa tuah kepada saya.
“Sukar untuk saya percaya pada mulanya kerana selama ini tidak pernah memenangi sebarang hadiah jika menghadiri mana-mana majlis yang menawarkan cabutan bertuah, apa pun saya bersyukur dan menganggap ia sebagai rezeki raya,” katanya yang turut ditemani ahli keluarganya.


Kalau lah Aku menang kan bagusss...nak beli barangan elektrik lah banyak2 !!


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

8 comments:

  1. PakcikLie... beli banyak belum tentu dapat. Memang bertuah betullah dia kan modal RM1600/- dapat kereta baru. Kakak tak pernah dapat apa-apa cabutan bertuah. Sykat buat dinner pun banyak bukan main hadianya - blender pun kakak tak sangkut... hihi...

    ReplyDelete
  2. PCL, ada sorg blogger tu selalu menang kalau masuk contest.. maybe PCL kena rajin study tip2 nak menang contest ni..hehehe..

    saya pun jenis kurang bertuah.. sbb tu malas dah masuk contest ke cabutan bertuah..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah suatu hari nnti pcl akan menang kut..kena rajin la..

    ReplyDelete
  4. kalau ada rezeki lambat laun sangkut juga tu...

    ReplyDelete
  5. ohhh mmg best ni... cantik lak tu keretanya... isk.. isk..

    ReplyDelete
  6. rezeki dia. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. seronok tul..huhu...cantik keta..bertuah badan..

    ReplyDelete
  8. Waaah... bertuahnya badan. Memang rezeki dialah tuu... Kalau ada rezeki kita, insya Allah kita pun dapat...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.