Buaian Elektrik Automatik - ada sesiapa yang nak jual ?

Tuesday, November 15, 2011 PCL 21 Comments

...hahaha, saja je pcl pepagi ni buat kalut !!


hai, salam kepada ibu2 sekalian.....ehh malu lak rasanya :P heee..

korang dah baca tajuknya kan...

alkisahnya , semalam kita dua laki bini dah berkawad satu pekan Banting mencari kedai yang ada jual buaian elektrik automatik tu untuk baby...susahnya nak cari ! (maklum lah , malu bertanya sesat jalan...betul kata org2 tua dulu kan!)..hemmh, padanla muka..

dah lewat baru jumpa, eh mahal plak rasanya....tak berbaloi plak nak beli sebab nak gunanya sekejap je...

kesian kat baby afni sejak buaian elektrik yang lama dah rosak, tidurnya tak lena ....kesian gak kat mamaD yang selalu mengoncang buaian sampai terlena....bila buaian berhenti baby afni pon terjaga.

memang patut sangatlah tak nampak mamaD blogging , rupanya sakit2 badan masih terasa bila melayan karenah anak2 jagaan di siang hari..

saja nak tanya korang yang ada simpan stock lama dalam stor tu..mana la tau kan, kot2 nak jual kena harganya ...boleh kita berunding ?

pcl nak cari buaian yang macam ni...(nak controller dia jer...lain2 tu masih okay lg),





haa, ni lah dia baby2 jagaan mamadiana...cute2 belaka !

gambar dari Fb Husnina nazlie : Afni Zulaikha 7bln, Aqeela 2thn dan
Batrisya 3thn (skrg ni tgh bercuti kat kpg)


okay, bai2.

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

21 comments:

  1. hehehe..x pakai lah pulak buaian ni.

    ReplyDelete
  2. Anak kakak dulu pakai buai biasa aje. Mereka tak perlu buai tapi yg penting mesti nak ada kipas/aircond.

    ReplyDelete
  3. hehehe .. comel comel ank jagaan mamadiana .

    ReplyDelete
  4. ada kisah pahit pasal buaian ni..
    anak bongsu MDT masuk icu 2 minggu gara2 buaian..sob..sob..

    ReplyDelete
  5. anak-anak saudara acu semua nye pakai buaian biasa :)

    ReplyDelete
  6. senang ek guna buai auto nie..huhu..cute beno..baby hello kitty tuh..

    ReplyDelete
  7. Pertama kali tengok buaian jenis ni.

    ReplyDelete
  8. haha..cari buaian elektrik rupanya.

    comeynye mereka bertiga tu.

    ReplyDelete
  9. PCL,

    sebijik macam saya punya.. tapi saya nak pakai lagi, sebab ada anak kecik.. model ni memang tahan, beli tahun 2005 sejak anak 1st, sampai skang elok lagi... skang memang mahal harganhya, dulu2 murah..

    ReplyDelete
  10. saya ada ..tapi nak pakai lagi..
    mana tau kot2 bulan depan mengandung ke..:p

    ReplyDelete
  11. SALAM,
    TERINGAT PERNAH PAKAI ALAT INI UTK CUCU LF SATU MASA DULU !

    ReplyDelete
  12. @makdara TERdiva:Allahuakbar! nape plk tu...sesuatu yg merisaukan je...

    ReplyDelete
  13. @Awan Biru:part buai membuai ni kena blaja awal Awan....ada tekniknya..

    ReplyDelete
  14. @diana:takpa...mudah2an tu..insyaalah.

    ReplyDelete
  15. alamak tengah guna tok baby dahiyah la.. dia memang kena pakai buai letrik.. pagi2 bawak p taska.. ptang amek.. gitulah ari2...ksiannya cr la kat klang ni banyak je nampak..lagipun model x sama.. dahiyah guna yg motornya btk bunga warna kuning.. dah guna 3 generasi dah, tp masih ok motornya...

    ReplyDelete
  16. Anaka aku bau nak keluar sebulan lagi.. Rasa macam nak beli jugak camni, senang...he3.. Moden sungguh dunia.. :)

    ReplyDelete
  17. ada lg ke org jual buai ni? x penah nmpk lg da

    ReplyDelete
  18. salam..

    sungguh bergaya 3 model di bawah tu..:)) i like..:)

    ReplyDelete
  19. Tak dapat nak tolong, PCL... ma veteren.... Hehehe... Dah baca kenalah tinggalkan jejak, ye tak?

    ReplyDelete
  20. Price : RM 170

    !!BAGI IBU BAPA YANG SAYANGKAN ANAK TIDAK RUGI MEMBELI BUAIAN AUTO INI.....

    HARGA 100% DIJAMIN TERINDAH & TERENDAH DIDALAM PASARAN!!

    HARGA DI PASARAN : RM280

    INI ADALAH SUNFLOWER BABY ROCKER DENGAN FUNGSI 'MUSIC'. JANGAN SAMA KAN DENGAN
    MODEL 'TANPA MUSIC'

    SUNFLOWER'S ROCKER BOXSET :
    > BABY ROCKER
    > POWER ADAPTOR 12V
    > 7 UNIT OF SPRING
    > WARRANTY CARD

    Jika berminat sila hubungi : 019 768 3048 @ 017 704 6058 (ANANG_AZMAN)

    Kini !!!
    RM 180!! for MUSIC
    RM 170!! for NON- MUSIC

    Mengapa memilih Sunflower Baby Rocker?
    > Dianugerahkan Malaysia Book of Records bagi produk terjual lebih 1juta!
    > Ada Warranty
    > Tahan lasak
    > Pergerakan lancar tanpa tersekat-sekat
    > Senyap
    > Selamat untuk bayi anda dengan langkah keselamatan "Safety Harness" produk
    ini
    > Penggunaan elektrik yg sgt menjimatkan (0.15sen/24jam!)
    > Rekabentuk yang menarik
    > Mesra pengguna (user friendly) - mudah dipasang & digunakan
    > Music boleh sentiasa dipasang @ ditutup
    > Boleh adjust kelajuan & masa penggunaan mengikut kehendak & kesesuaian

    COD : JOHOR BAHRU
    POS LAJU : Peninsular Malaysia (xtra RM20)
    Borneo : (xtra RM40)

    Utk pertanyaan sms @ hubungi : 019 768 3048 @ 017 704 6058 (ANANG_AZMAN)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.