Entri khas : HARI KELUARGA ISMAIL (1)

Monday, November 28, 2011 PCL 9 Comments

Salam bahagia dan selamat bercuti kepada mereka yang berganti cuti sempena Maal Hijrah 1433, tahun baru ini. Salam Maal Hijrah juga dari PCL sekeluarga.

"Pesefahaman Asas Perpaduan Ummah" tema sabutan maal hijrah tahun ini.

Sebagai kenang-kenagan, entri bergambar yang diabadikan dalam blog ini adalah untuk tatapan ahli keluarga terutamanya untuk anak2 serta anak2 saudara Pcl yang masih kecik2 tu.. ..Insya Allah entri khas kekeluargaan seperti ini tidak untuk keluaga Pcl sahaja malah untuk semua pembaca yang menyinggah di sini, ini adalah sebahagian bukti bahawa semangat kekeluargaan itu boleh dipupuk melelui perjumpaan, perhimpunan dan sebagainya yang boleh mendekatkan lagi hubungan silaturrahim.

ikuti rentetannya :

[26/11/2011 - 7am - 9am]

masakan khas untuk 'orang sakit'...iaitu isteri kepada pengerusi tetap....perlu diambil kira, terima kasih pada Fairuz yang memahami keaadan komitmen suaminya yang tercinta...


skil memasak abanglong n kaklong ..sekali masak untuk 2 hari makan ..wow dasat tuu !!


guna gunting lambat la siap paktam...baik gigit je, cepat sikit habis keja tu...terbaik !!, "ringan betul la tulang paktam"....


kaklong memang cekap potong memotong, "biasalah kaklong"....ehh mana mamadiana nih,..suka main sorok2 ek !


kalau diikutkan sebelanga bihun goreng pun dah cukup, tapi abanglong punya citarasa tinggi..taknak ada komplen makan tak cukup..sudahnya sampai ke malam kitaorang boleh makan...emmm sedap plak tuh...boleh kekalkan jawatan tu yer...


....pagi hari pertama setelah solat subuh berjamaah, AJK bahagian makanan telah memainkan peranannya, tanggungjawab yang dipikul oleh abglong dan kaklong bagus sekali....paktam suka membantu walaupun beliau hanya AJK bahagian penginapan je, semangat kekeluargaan...emm cmtula yang kita nak sangat...cayalah paktam!

Gulai kulur sayur nangka,
makan sama beramai-ramai,
tangan dihulur tanda mesra,
semoga hendaknya ceria , aman dan damai.

Nak kena buat kerja semuanya dengan pantas sebab masa terhad...ada aktiviti pantai plak pukul 9 pagi mengikut agenda yang telah dirancangkan.

excited je semuanya....jom !

Sebelum tu di sebelah malamnya, setiap wakil ahli keluarga yang terlibat telah menerima cendera hati yang cukup simbolik dari penganjur sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan kerana mereka sedia hadir memeriahkan majlis.

cantik lah..cute sangat wallawey !!

aktiviti seterusnya di Pantai Morib, kita ikuti di entri akan datang.....[bersambung]

ok bai2.


LINK BERKENAAN DENGAN HARI KELUARGA :







"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

9 comments:

  1. best kan Pcl.. dapat berkumpul ramai2...gotong-royong masak lagi..sedap betul tengok menunya...

    ReplyDelete
  2. emmm...terbaca pasal pantai morib. bercadang juga nak ke Gold Coast Morib hujung minggu nie, sebab nak sambut besday anak kat situ. area morib ada pantai2 yang cantik kan?

    ReplyDelete
  3. kagum2... n sy mmg berstujuk sgt ngan statement PCL yg hampir last tuh...sbb tuh kita dianjurkan bersilaturrahim...

    ReplyDelete
  4. paling thumbs up untuk gambr plg last hari keluarga tu... walawea.... heeeeeeeeeeee mkn-mkn dan mkn.... lalalala... kaminya family day dah lepas....

    ReplyDelete
  5. @Tiramisu Fatiema: betul, dah ramai2 cmtu..makan memang menyelerakan...semangat gotong royong agaknya...cm kenduri kawen la plak kat sini.

    @eelobor: ok la cantik jg...hepi besday kat anak eelobor.

    @Ct Mawa: memang pon..best!

    @akuzle ayu:insya Allah, perjumpaan seperti itu akan diteruskan di tahun2 akan datag.

    @Bidadari Syurga: pasti ada lg yg seronok dari makan2..dan makan..huhu

    ReplyDelete
  6. Wah... hebat sungguh hari keluarga PCL. Banner tu yg terbaik. Mengamit kelaurga yg tak dapat turut serta.

    Kaklong & Abanglong next year kena kekal jawatan kalau macam ini gaya masak... terbaiklah.. tahniah dari kakak... boleh but cateringlah lepas ini.:)

    ReplyDelete
  7. @Kakzakie: harap2 cmtulah hendaknya, ada pertambahan bilangan keluarga yg turut serta utk tahun depan, insyaAllah...terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Cemburunya tengokkkk.....!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.