Ingin Tahu Asal Usul Bluetooth ?

Friday, November 04, 2011 PCL 4 Comments

Bluetooth adalah spesifikasi industri untuk rangkaian kawasan peribadi (personal area networks atau PAN) tanpa kabel. Bluetooth menyambung dan boleh digunakan untuk melakukan tukar-menukar maklumat di antara peralatan-peralatan.

Spesifiksi dari peralatan Bluetooth ini dikembangkan dan diedarkan oleh kumpulan Bluetooth Special Interest Group. Bluetooth beroperasi dalam jalur frekuensi 2,4 Ghz dengan menggunakan sebuah frequency hopping traceiver yang mampu menyediakan perkhidmatan komunikasi data dan suara secara real time antara host-host bluetooth dengan jarak terbatas.Kelemahan teknologi ini adalah jangkauannya yang pendek dan kemampuan pemindahan data yang rendah.

Kehadiran bluetooth membuat seseorang tidak lagi dipusingkan dengan kabel apa, warna apa, menuju ke mana, dan harus dicolok ke mana. Fungsi interkoneksi antarperalatan tersebut boleh digantikan oleh chipset bluetooth yang dipasang secara built-in pada peralatan elektronik berkaitan.



Nama "bluetooth" berasal dari nama raja di akhir abad sepuluh, Harald Blatand yang di Inggeris juga digelar Harald Bluetooth. Konotasi demikian tidaklah jauh keliru, kerana menurut cerita mitos, Bluetooth konon berambut dan berkulit gelap. Ia gemar makan blueberries atau arbei, maka layak bila gigi Blatand menjadi kebiru-biruan atau blue tooth.

Ia adalah raja Denmark yang telah berjaya menyatukan suku-suku yang sebelumnya berperang, termasuk suku dari wilayah yang sekarang bernama Norway dan Sweden. Bahkan wilayah Scania di Sweden, tempat teknologi bluetooth ini ditemui juga termasuk daerah kekuasaannya. Kemampuan raja itu sebagai pemersatu juga mirip dengan teknologi bluetooth sekarang yang boleh menyambung pelbagai peralatan seperti komputer peribadi dan telefon bimbit.




Sedangkan logo bluetooth berasal dari penyatuan dua huruf Jerman yang analog dengan huruf H dan B (singkatan dari Harald Bluetooth), iaitu H (Hagall) dan Runic letter (Blatand) yang kemudian digabungkan.
Awal mula Bluetooth adalah sebagai teknologi komunikasi wireless (tanpa kabel) yang beroperasi dalam jalur frekuensi 2,4 GHz unlicensed ISM (Industrial, Scientific and Medical) dengan menggunakan sebuah frequency hopping tranceiver yang mampu menyediakan perkhidmatan komunikasi data dan suara secara real-time antara host-host bluetooth dengan jarak liputan perkhidmatan yang terhad (sekitar 10 meter).

Bluetooth berupa card yang menggunakan frekuensi radio standard IEEE 802.11 dengan jarak perkhidmatan yang terhad dan kemampuan data transfer lebih rendah daripada card untuk Wireless Local Area Network (WLAN).
Pembentukan Bluetooth dipromotori oleh 5 syarikat besar Ericsson, IBM, Intel, Nokia dan Toshiba membentuk sebuah Special Interest Group (SIG) yang melancarkan projek ini. Pada bulan Julai 1999 dokumen spesifikasi bluetooth versi 1.0 mula dilancarkan.
Pada bulan Disember 1999 bermula lagi pembuatan dokumen spesifikasi bluetooth versi 2.0 dengan tambahan 4 promoter baru iaitu 3Com, Lucent Technologies, Microsoft dan Motorola. Saat ini, lebih dari 1800 syarikat di pelbagai bidang bergabung dalam sebuah konsortium sebagai adopter teknologi bluetooth.

Walaupun standard Bluetooth SIG saat ini 'dimiliki' oleh kumpulan promoter tetapi ia diharapkan akan menjadi sebuah standard IEEE (802.15).
Saat ini lebih daripada 2,000 syarikat atau ahli komuniti pecinta bluetooth tergabung dalam SIG. Dengan bluetooth mereka menawarkan nilai lebih dalam produknya untuk membidik pasaran pelanggan papan atas. Dalam 2-3 tahun akan datang, bluetooth dipastikan bakal dihasilkan secara besar-besaran dan diintegrasikan ke dalam aneka produk peralatan pejabat, rumah tangga, kesihatan, peralatan perubatan, otomotif, muzik, game, dan entertainment. Bluetooth bakal mengubah secara drastik gaya hidup dan cara kerja peralatan pejabat dan alat rumah tangga.

http://gameshp.info/4887/asal-usul-nama-bluetooth

4 comments:

  1. ohh...memang asalnya gigi biru la eh? hehe =)

    ReplyDelete
  2. bluetooth ni dh lama ye? bru tau,

    ReplyDelete
  3. baru ku tau ini mcm ceritanya..

    selama nie tau bluetooth lagu je, ahaha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.