Wahai Kaum Adam... Hargailah Wanita sebaik-baiknya...

Thursday, November 17, 2011 PCL 15 Comments


salam..

ada perkara yang biasa bagi anda/suami jika ianya sudah biasa dibiasakan :

- Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri, menghargai isteri sebagai teman hidup yang paling rapat denganya..

-Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta menghindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

-Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. Jangan pentingkan diri sendiri dan membiarkan isteri anda tidur dalam perasaan sedih dan kecik hati pada anda.

- Jangan mudah mengeluarkan perkataan kasar, kesat dan perkataan yg boleh mengguriskan hati isteri anda..

- Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. "

- Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak sihat dan selamat..

- Cuba sedaya upaya untuk berada disisi isteri semasa isteri sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat pada anda... Banyak betul pengorbanan isteri untuk suami tercinta.. Wahai Kaum Adam... Hargailah Wanita sebaik-baiknya...
>>[sumber]

hurm,..Pcl terkilan perkara yang akhir sekali ni....anak pertama, biasalah kalau (14 thn) dulu, orang bersalin kat hospital kerajaan..suami mana boleh masuk labour room kan...skarang tatau lah cmner sama gak kot...

dan anak yang ke dua plak, walaupon dah bayar untuk kos bersalin di Pusat Pakar Bersalin swasta...tak juga dapat menemani mamaD masa tu (adalah sebab lainnya).

eh, itu je la sebenarnya.... bila nengok wanita mengandung a.k.a 'mengendong', ada je rasa terkilannya..huh!



p/s : kepada ibu2 yang sedang mengandung tu harap bersabar dengan karenah suami anda...eh!!! terbalik plak nasihat aku ni, sepatutnya cmni...para suami mithali, hargailah wanita lebih2 lagi orang yang anda sayangi...yes..good !





"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

15 comments:

  1. terbaek..untung la mamaD dpt suami cm pcl ni..hihi

    ReplyDelete
  2. @Ct Mawa: syukur alhamdulillah...jgn ckp cmtu nt ada org laen jeles..takouuttt !!!

    ReplyDelete
  3. Salam. Wahhh nampaknya Pakcik ni dah ciri suami mithali ni. Jangan curang tauuuuu.. ahaks!

    ReplyDelete
  4. Pasti mamaDiana happy je hidup dengan PCL kan?? hehehe PCL ni boleh jd suami contoh... (^__^)

    pssst: Kalau nak ikutkan nak komen lagi panjang komen kat soalan tag PCL tu tp bahaya la plak.. takut kena hentam.. kehkehkehkeh

    ReplyDelete
  5. beruntung la sapa dapat laki macam tu..hehe

    ReplyDelete
  6. betul tu.. wanita utk disayangi bukan dikasari

    ReplyDelete
  7. betooooll!
    hargai wanita anda
    heeee
    berat tu ujian yg sedang dibawa tu..

    ReplyDelete
  8. beruntunglah wanita yg ada suami2 yg menghargai pengorbanan isteri..

    ReplyDelete
  9. yna sgt suka tgk pempuan pregnant.. depa nmpk cute :)

    ReplyDelete
  10. Moga ramai para suami yg baca N3 ini... suka kakak:)

    ReplyDelete
  11. saya mau mintak izin print entry pakcik bagi tampal dekat cermin bilik...bagi suami baca, boleh kaaaa

    ReplyDelete
  12. andai kaum adam mengerti...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.