Asal Dari Kampung....

Sunday, December 25, 2011 PCL 10 Comments

Assalamualaikum wbt,


pcl bersiaran dari Kampung Parit Teluk Pial, Jalan Baharu Parit Buntar Perak....

khabarnya rakan blogger AA Azie tau tempat ni...


suasana pagi memang menyegarkan di sini...teringin nak mendapatkan nasik lemak 50sen yang khabarnya masih ada dijual di kedai kopi ayahanda pcl...Kedai Kopi Ismail@pakteh..tapi sayang...tutup la plak sebab semalam ada kenduri arwah.


mengintai dari tingakap atas rumah, hanya kelihatan bumbung kedai yang menampakkan kesunyian pagi tanpa pelanggan yang sudah maklum terlebih dahulu tentangnya.


terus ke belakang rumah....sawah bendang terbentang luas, pokok padi yang sedang menampakkan buahnya menggambarkan bertapa besar rahmat dari Allah Swt kepada petani yang masih setia di sini.


...masih ada yang tak kenal pokok padi?...atau ada di antara pembaca generasi kini masih tertanya-tanya bagaimana rupa pokok beras...!


haha, bukan nak kata kat hangpa...anak pcl sendiri pon baru kenai dengan semua nih...

sebelum ni bila masa balik kampung timing tak betul...elok padi dah dituai..mana nak ada pokok dah!


okeh..pi layan gambaq kat atas tu....lepas sarapan nak mancing ikan puyu plak...grrr..!! geram tengok gulai ikan puyu blogger Azie dalam entrinya kemarin...


salam.


Published with Blogger-droid by p@akciklie v2.0.2

10 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Hening dan selesanya persekitaran. Nampaknya padi pun hampir masak - bakti disemai, buktinya kan dituai. Insya-Allah. Adakah pesawah di situ juga punyai kebun kelapa sawit? Dengan kaedah pertanian cara sekarang, adakah lagi puyu untuk dipancing? Kampung saya di Bagan Datoh...banyak pokok kelapa, yang semakin banyak pula diganti oleh orang kampung dengan kelapa sawit.

    ReplyDelete
  2. .....salam PCL...bestnyer dapat hirup udara segar kat kg....teringat zaman mamaijat kecik2 dulu...

    .....yang paling best..mestilah dapat makan masakan kampung....

    adohai...

    ReplyDelete
  3. itu rumah abg.long ek, nampak suasana kampung...bestnya...
    masih ada nasi lemak 50 sen????

    Tiga hari dalam hidup

    ReplyDelete
  4. best betul dapt balik prt buntar..huhu..suka tengok rumah tu..cantik..

    ReplyDelete
  5. @Temuk: buat berteduh pohon kelapa sawit sekeliling rumah tu adala sikit...kalau banyak pokok boleh tampung duit bil letrik...mcmtulah org kpg, selagi boleh berbakti pd tanah diusahakannya...puyu masih ada lg, tapi keli payah sekali nak makan kail..
    tgk nasib lah...

    ReplyDelete
  6. salam , rumah dua tingkat tu, sejuk angin bertiup...pasang kelambu pun syok

    ReplyDelete
  7. Kg suami saya kat gunung semangol perak.. Dh dekat la tu dgn parit buntar...

    Anak2 pun suka kalau balik kg suami.. Tengok padi mcm tu..suka sgt dia org tu semua...

    ReplyDelete
  8. Entry kita lebih kurang sama pulak, cantik kg pcl............sejuk je.

    ReplyDelete
  9. Tgk pokok padi tu terus tingat kampung kat Kedah huhu

    ReplyDelete
  10. Awat plak tak tau. Kak Azie selalu gak dulu pi daerah tu. Ramai kawan sekolah duk di Tanah Kebun, Jalan Bharu.

    Pastu meronda ronda pasar malam Parit Buntaq.

    Pokok padi dan sawah tu sungguh menggamit kenangan. Gambar tu best!

    Rumah kampung 2 tingkat macam tuh, macam rumah kampung Kak Azie juga. Tapi kerana kami dah tak tinggal di kampung, jarang la kami balik ke Tanjong Piandang.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.