Bersederhanalah dalam segala hal
Berbuatlah sesuatu mengikut keupayan masing2. Allah menjadikan setiap makhluk itu bukan dengan sia2. Malah Allah amat adil dalam semua PenciptaanNya.Kalau kemampuan kita sedikit, jangan berbuat sesuatu yang melebihi kemampuan.
Kalau punya wang sedikit, jangan sibuk berhutang sana-sini hanya untuk memiliki kesenangan seperti orang yang kaya. Boleh stress jadinya !!
... tiada maksud untuk tidak menggalakkan orang berusaha dan mencuba lebih dari sepatutnya, tetapi nikmatilah kesenangan itu bila sudah tiba masanya dan tak perlu nak berhutang yang melampau ! atau pecah amanah untuk hidup mewah ...apa guna berlagak seperti orang senang kalau hati tak senang !
Begitulah kehidupan ini, kita menjadi stress kalau cuba menjadi orang lain. Jadilah diri sendiri seadanya. Dengan pendapatan dari gaji atau perniagaan yang kita perolehi, itu menentukan sejauh mana taraf hidup kita ketika ini. Berbelanja tidak mengikut ukuran boleh mengundang pelbagai masalah.
Perumpamaan Melayu...Enggang sama enggan Pipit sama pipit,
Enggang susah nak faham keperluan pipit, pipit juga tak terdaya nak makan makanan enggang. Nabi SAW yang mulia juga selalu nasihatkan kita, bersederhanalah dalam segala hal. Ikutlah ukuran dan keupayaan agar sesuai dengan keperluan hidup.Susah benar kalau enggang mahu terbang sama dengan pipit. Pipit cepat penat mengikut rentak enggang dan enggang juga akan bosan menunggu pipit. Sebab itu kata orang tua2 dulu, carilah yang sepadan agar setiap perbuatan akan sama rentak temponya. Memang betul sangatlah kata mereka itu.
Fikir-fikirlah sebelum bertindak.
ok, bai2.
![]() |
gambar hiasan : Burung Enggang |
p/s ; selamat bercuti dan berhujung minggu untuk memenuhi tuntutan anak2 di musim cuti persekolahan ini...ingat, jimat cermat membawa berkat juga membawa kebahagian seisi rumahtangga. insya Allah.
mcm tu jugak ujian :)
ReplyDeleteAllah takkan uji melainkan kadar kemampuan kita. :D
wasatiah.....:)
ReplyDeleteouh..btol 2..terima kasih ats peringatan
ReplyDeleteSetuju dgn entri ini. Sederhana itu sebaik-baik sikap.
ReplyDeleteTapi tidak mustahil pula enggang boleh menanti pipit, dan pipit akan cergas mengejar enggang. Usaha yang gigih akan mengubah nasib seseorang...
Wasatiah adalah yg terbaik
ReplyDelete