Datuk Nicol Ann David : Tokoh Sukan Paling Berjaya.
Tahniah kepada Datuk Nicol Ann David kerana kejayaan demi kejayaan dalam sukan skuasy. Beliau ialah seorang pemain skuasy profesional wanita yang menjadi wanita Asia pertama menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita.Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl, yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan. Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah; beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera. Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang.
@tv3 , sewaktu siaran berita jam 8 malam tadi, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak telah menamakan beliau sebagai Tokoh Sukan Paling Berjaya.
semoga menjadi contoh kepada remaja agar bergiat aktif dalam bidang sukan yang menyihatkan ini.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
.
dia memang atlet terbaik yang malaysia punya
ReplyDeletebangga sebab atlet dari Malaysia mengungguli pegang ranking #1 dunia dalam sukan skuasy wanita...:)
ReplyDeletewoah..bangga nye
ReplyDelete