Haram tinggalkan solat Jumaat
assalamualaikum wbt,PESANAN KHUSUS UNTUK LELAKI
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.
Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)
scenario...hurm, ada juga di kalangan LELAKI (cukup syarat wajibnya) dengan sengaja melakukannya...lebih rela bersenang lenang di pusat2 membeli belah, bersama rakan-rakan wanita menjamu selera tat kala khutbah berkumandang solah-olah tiada apa yang perlu ditakuti...
Syarat wajib solat Jumaat :
- Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
- Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
- Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
- Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
- Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
- Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
- Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.
alhamdulillah ditempat saya bermastautin ini (Kareah Masjid Al-Makmur Kampung Sg Lang, Banting) ada juga jemaah wanita turut bersolat Jumaat walaupun tidak wajib bagi golongan mereka.
p/s : semoga kita sentiasa menerima petunjuk dari NYA.
PCL tinggal di Banting, ya? Kakcik selalu berulang alik ke Bandar Sg Emas, Banting kerana anak kakcik belajar di sana. :)
ReplyDeleteSejak kakcik pergi makan pada tengahari Jumaat di sebuah gerai ikan bakar terkenal yang terletak bersebelahan sebuah masjid, dan melihat tuan punya gerai itu langsung tidak memperdulikan solat yang berlangsung, kakcik tidak lagi teringin pergi makan di situ.
Terima kasih atas peringatan ni. Ramai sangat orang suka meringan2kan solat Jumaat ni sejak akhir2 ni. Tapi kan, solat fardhu 5 waktu tu pun macam tak kisah je, mereka2 ni. Semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah. Amin.
ReplyDeletesmg dpt suami yg baik suatu hari nanti,amin :)
ReplyDeletebila semua di pandang ringan dan di ringan-ringan kan :(
ReplyDelete@kakcik: dah dekat tu dgn kediaman sy,
ReplyDeletettg tuan gerai yg hanya berkira dgn dunia dia je..masalah tu !
so org2 lelaki kena amik iktibar skt.. benda wajib ni
ReplyDeletePCL zaman skrg ni ramai lelaki memandang ringan akan hal solat jumaat ni...bukan xtahu tp buat2 tak tahu...
ReplyDeletesentiasa mengingati suami
ReplyDeleteterima kaisih PCL.. moga ilmiah inilah memantapkan ilmu didada
...dari kecil kita sudah diajar spt ini. Tapi msh ada yg selamba meninggalkannya.
ReplyDeleteWalau apapun, terima kasih En.PCL kerana sudi share entri berkesan ini. Akan sy print dan lekatkan di fridge umah sbg ingatan! Hiks!
solat fardu pun ramai yang tinggal ni kan pulak solat jumaat..hehehh:)
ReplyDeletebtol 2..x taw la kenape org lelaki liat sgt nk pegi solat jumaat
ReplyDeleteyupp.. ramai yg tinggalkan solat jumaat sekarang ni, almaklum kalau keje kilang, manager bangsa lain tu bg time rehat pukul 12-1.. x sompat lae.. tp tepuk dada tanya takut Allah tak, ada caranya, mintak aa rehat 1-2.. kurangkan time 'bakar dada' tu
ReplyDelete