Kini nostalgia menggamit realiti...

Sunday, December 25, 2011 PCL 4 Comments

[Kejadian berlaku dari tengahari sampai ke petang di Kampung Teluk Pial, Jalan Baharu Parit Buntar Perak]

...bila dah berada di kampung halaman, barulah rasanya dapat idea untuk meneruskan cerita sebelum ini. ...

>Suatu Ketika Dulu ..Part 1

>Suatu Ketika Dulu ..Part 2


[sambil pegang buluh pancing, sambil mengimbau kenangan silam]

..suatu ketika dulu, selagi bakul tak penuh kami tak akan balik ke rumah dengan hasil ikan keli dan puyu..
tiga beradik... abglong, pcl dan nasir (arwah abh Izz ) mengail di telaga atau memukat di parit taliayaq atau mengagau di lopak bendang.

..bila tiba musim mengetam atau menuai padi...air semakin kurang di bendang, semua ikan-ikan akan berkumpul di telaga berhampiran...acara menimba telaga akan bermula sesudah subuh, dulukalanya guna tin biskut meri yg besar buat penimba air (asal orang kampung harus boleh bayangkan). Tarik buang...tarik dan buang air guna empat tali dengan dua orang tenaga...huh! memang penat perah keringat bagi mengeringkan sebuah telaga yang dalamnya melebihi tinggi orang dewasa.

[sesekali tali disentap dan buluh direntap....]

masih banyak lagi ikan di dalamnya...agaknya dah tak ada orang yang nak buat keja menimba dah, semuanya main tunjuk saja...kat market Batu 5 apa yang takdak, keli, haruan, sepat, puyu...talapia semuanya ada tapi. ..
tapi semuanyan ikan bela / ternak...rasanya tak fresh macam dulu dah! hurm..


kini nostalgia menggamit realiti, anak bini aku angkut bersidai di tepi parit...rasanya mahu menikmati suasana suatu ketika dulu,
untungnya mamadiana dan anak-anak minatnya kadangkala ke situ juga, memang asalnya dari keluarga kaki pancing...senanglah untuk diajak berunding.

(maaf , tiada gambar diselitkan di sini...loading blog ini semakin berat nampaknya)

walaupun hasilnya tak sebakul yang diharap....cukup untuk dibawa ke rumah mertua di Sungai Petani yang sememangnya menggemari masakan ikan puyu.

orang kampung pcl dah biasa dengan semua ini...

p/s : Sedang menunggu putri-putri bersiap-siap, kami akan ke Sp (rumah mak mamadiana) plak, ...kedua-dua pihak kena jaga hati dan perasaan mereka.. mengharap yang terbaik oleh anakmenantu...takmo jadi anak hantu na'uzubillah.





"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

Published with Blogger-droid by p@aciklie v2.0.2

4 comments:

  1. .....semua yang tercatat PCL masih di mata mamaijat...
    masih tergambar...
    biarpun bukan mamaijat yang buat semua tu...
    biarpun hanya sebagai pemerhati...

    terkenang suatu masa dolu...
    ha ha ha ..
    skang kat kg air di sawah dah kering....
    dah naik rumah2 batu untuk kediaman dan padang bola...
    uurrmmm,x merasa lah generasi baru seua yang kita alami...

    ReplyDelete
  2. Auntie tak rase berkampungan, di besarkan ikut arwah abah merata negeri yg bertugas dgn keretapi tanah melayu tapi bila cuti sekolah, auntie dapat rase bercuti dirumah arwah atok sedara di Kulim Kedah yg banyak pokok2 getah dan kebun buah2an.
    Raselah rumah tak berelektrik, dapur kayu api. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. @mamaijat:menulis entri berkenaan adalah untuk anak2 membacanya walau bukan sekarang...biar mereka mengerti.

    ReplyDelete
  4. @Marina Monroe: alhamdulilah nostalgianya merasa bila sekarang bekalan letrik tiba2 terputus...lilin takkan sama dengan pelita walau keduanya bercahaya.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.