Pantun : Salam Bersambut Ukhuwah Bertaut.

Wednesday, December 14, 2011 Nazlee Ismail 13 Comments

rujukan : ruangan komen blog KAKCIK.



Blogger al-lavendari berkata...
ke sini sana mencari taboh,
untuk diguna majlis bertunang;
hendak bersama tiada berjodoh,
duduklah saya terkenang-kenang.




Blogger kakcik berkata...Kanda AL...
Jauh berjalan ke Padang Matsirat
singgah berehat di tepi telaga
andainya jodoh sudah tersurat
di hujung dunia bertemu juga.


Blogger kakcik berkata...Nida...
Pulut durian enak dimakan
apa lagi dimakan berdua
Nida yang jauh tidak dilupakan
terima kasih mengirim doa.



Blogger Nida berkata...
nak berpantun juga.....
Ikatan pasangam kini terputus
pudarnya cinta di hati teruna
dari kejauhan doa ku utus
semoga segalanya lancar di sana



Blogger [PCL] berkata...


Jauh berjalan ke Padang Matsirat,

Singgah berehat di tepi telaga,

Semakin hari tarikhnya semakin dekat,

Mohon segalanya dipermudahkan olehNya,

------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,



....pantun dua kerat pon tak pe janji bunyik dia ada mcm pantun....haha , kalau boleh kita cuma nak memeriahkan...kepada sesiapa yang nak sumbangkan pantun silakan lah...khusus untuk "Salam Bersambut Ukhuwah Bertaut"..











"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

13 comments:

  1. Sejuk mandi air perigi
    apa lagi air telaga
    niat dihati hendak pergi
    doa kakak saja buat semua

    ReplyDelete
  2. @Kakzakie:
    Air telaga sejuk sekali
    Mandi hanya berkain pelikat,
    rasa bahagia tidak terperi,
    semoga iringan doa membuah berkat.

    ReplyDelete
  3. sy xreti berpantun hahahah
    bleh ke?

    ReplyDelete
  4. Seberang sungai lalu titi
    titi roboh guna rakit
    di BBB jgn lupa tegur nanti
    sebab akak rabun sikit...

    ReplyDelete
  5. @KhaiRin: eh takpa..boleh je tu...

    ReplyDelete
  6. @nyanyisunyi:

    Menurut urusetia LF, Kakcik Seroja dan seangkatan dengannya,..
    Masking tape nama akan diberi,..
    Kalau salah tegur jangan bulatkan biji mata,..
    Nanti semua kawan cabut lari.

    ReplyDelete
  7. Acu suka harimau muda
    tak kira menang kalah mau pun seri
    Pantun tu pantun la juga
    Tiba masa jangan tak muncul diri

    Eh...boleh ke pantun camtu??
    hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Empunya blog sedang berbadan dua
    Akibatnya blog lama kena tinggal
    Walau buka blog cuma sehari dua
    Tapi saya masih pengomen tertinggi di blog PCL...

    hehehehe boleh ke tu PCL?
    huhu mcm x caya aje sya pengomen terbanyak... :)

    ReplyDelete
  9. @@cu SaYaNg:
    Suaraku serak bukan alasan,
    Mencari penawar ke sana sini,
    semoga Allah pulihkan kesihatan,
    Sampailah PCL di sana nanti.

    ReplyDelete
  10. @QueeN TerataI: boleh sangat la tuh..

    Terima kasih pembuka kata,
    Ucap salam dalam hati.. eh pulak dah,
    Walau Queen berbadan dua,
    Rasa keikhlasan terpancar di wajah.

    ReplyDelete
  11. alamak kena pantun ke .. huhuhu x pandai lahh

    ReplyDelete
  12. Diriku pilu tiada yang hendak
    Mungkin lagakku terlalu berani
    Patutlah diriku tersedak-sedak
    Rupanya namaku terpampang di sini..

    hehe

    p/s: salam ukuwah dari kami di ucualong.

    ReplyDelete
  13. salam bersambut ukhuwah bertaut.slm kenal,hendak menyebrang kepulau sebrang.sampan dikayuh layar dibentang.kawan baru akan senang.jika disemat kasih sayang.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.