RASA HALAL KAMPUNG !...Tau Makan Tapi Tak Tau Apa Yang Dimakan...

Thursday, December 08, 2011 Nazlee Ismail 24 Comments

[..terutamanya jenis ulam ulaman kampung]

...bila Kakcik post gambar semalu kat entri dia ...ingatan pcl mula berada di kampung halaman...bukan pasal pokok semalu tu tapi pokok seangkatan dengannya yang boleh dimakan...

"susupan"....gambar dari sumber ini.

Orang Banjar namakan ia 'susupan'..bila disentuh terus 'malu' ... ada gak orang kampung namakan 'kangkung putri' , ia seakan-akan 'pucuk keman' , hidup di atas permukaan air ( di kolam2) di mana batangnya tu ada gabus (macam pelampung) sebab tu dia boleh hidup di atas permukaan air. Boleh buat masak lemak tau !,  emm.. rasanya macam buah petai. (erk....petai pun tak tau cmne rasa..hurm!) abisss...

orang sekarang ni memamg tak kenal dah tumbuhan yang boleh dimakan untuk buat ulaman, pcl pon akui ada yang tak kenal sangat ., tau sebut je nama segala pucuk....kalau tunjukkan pokoknya ..fail ! haha

20 tahun lalu ,itu lah dia sayur kegemaran keluarga pcl selain 'kangkung air'...
bila pcl search kat google untuk dapatkan gambaran....memang ada tapi lain pulak namanya.
'pucuk tangki air'....lain tempat lain panggilannya...apa pun namanya , orang kampung saja yang mengetahui

kini fenomenanya sudah berubah...

orang bandar lebih suka kepada makan ulam-ulaman dari mereka yang tinggal dikampung2.
bagi orang bandar hanya suatu tempat yang dituju.....kalau rajin mencari adalah ia di pasar-Pasar Tani tempatan.

kebanyakannya hanya tahu makan saja....sebab apa?, terikut2 kawan bila makan rasa selera kekampungnya... disamping nak jaga kesihatan / awet muda dan sebagainya....

"ni ulam ape ye kak ?"...
"daun ni cicah dengan sambal belacan sedap ea..!"


p/s : orang dulu-dulu tau je apa kebenda yang boleh dimakan untuk meneruskan hidup, orang sekarang ni pun tau jugak...tapi hidupnya untuk terus makan dan makan tak sempat nak ambil tahu...erk bukan semua tau ! hehe.


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

24 comments:

  1. PCL...
    pernah dengar tak solor keladi???
    sedap oooo....
    sy org jawa...sekian...heheheh

    ReplyDelete
  2. putri malu....

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  3. @azian: sayur keladi la tu...kan!.

    ReplyDelete
  4. macam2 tumbuhan boleh makan ye.. betul tu PCL, orang kampung memang tahu jenis2 tumbuhan yang boleh dimakan.. orang sekarng pun tahu, tahu makan jer. hihi..

    saya kadang gi pasar, nama sayuran pun tatau.. kena tanya tukang jual.. huhu..

    ReplyDelete
  5. sya mkn salad aje.. hehehehe berangan!

    ReplyDelete
  6. SALAM,
    SUKA ULAM2 NI . LF BARU BALIK DARI PASAR TANI ... CARI ULAM2 NI

    ReplyDelete
  7. Betul ckp PCL. Org skg, pucuk selom pun tak kenal.

    ReplyDelete
  8. betul la..
    saya macam tu la..
    makan je tau..
    kalau tanya namanya apa memang tak tahu..
    ulam yang biasa2 tu kenal la..yang pelik sikit mula mengerut dahi..heheheh

    ReplyDelete
  9. saya start suka makan ulam bila dah b'kahwin sbb suami mmg suka makan ulam2an.. tp yg PCL tunjuk ni mmg sya x penah makan...

    ReplyDelete
  10. ....pcl...sedap sayur tu..masak lemak cili padi + ikan...uuurrrmmm..mmg bau mcm petai....

    ReplyDelete
  11. @cinnamon.com: puas cari la kalau betul2 nk makan...insyaallah ada.

    ReplyDelete
  12. pernah tahu pokok tu boleh makan. tapi susah nak jumpa dah.. :)

    ReplyDelete
  13. PCL .. bolat org kampung jgk.. tapi tak taw pun -_-" hehehe

    ReplyDelete
  14. hihi..oleh sbb mawa x mkn ap2 jenis sayur & ulam..jd,,name pon x taw

    ReplyDelete
  15. kangkung air pun cik tikah x taw rupanya mcm mne. hehe

    ReplyDelete
  16. Salam Ziarah, auntie pun tak pernah makan sayur ni, walaupun umur auntie dah 56 tahun

    ReplyDelete
  17. mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

    ReplyDelete
  18. penah tengok daun nie tapi tak tau lak ia nya boleh di makan...hehehee

    ReplyDelete
  19. sedapnye susupan ni..lama dah xmakan..

    *azian org jawa, sy org banjar.he3

    ReplyDelete
  20. apa?? susupan?? tak pernah dengar pun, boleh makan ke

    ReplyDelete
  21. Saya suke ulam tp x pernah makan ulam mcm dlm n3 PCL nih...

    ReplyDelete
  22. @Yatie Awang:only the Banjarian people know

    ReplyDelete
  23. Hmm susupan…sedapnya. Masak gangan campur dengan pakad keladi , ikan sapat, wadi. Nothing beats em…

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.