Rintihan Suami Hakiki..

Friday, December 23, 2011 PCL 15 Comments

Assalamualaikum wbt,

...baru adil rasanya kalau aku bicara bagi pihak kedua-duanya (suami dan isteri)...kalau sebelum ni tentang rintihan isteri ini pula tentang rintihan suami yang mungkin boleh dijadikan peringatan kepada mereka yang inginkan kesamarataan dalam menempuhi kehidupan berumah tangga.

Apa yang kita lihat sekarang ini, situasinya banyak berkisar kepada rasa tidak puas hati pada pasangan masing-masing dan selalunya disimpan rapi demi untuk menyelamatkan keadaan.

Ada bagusnya tindakan sedemikin, namun lama-kelamaan jika dibiarkan berlarutan akan menjadi 'barah' dalam diri mereka yang melaluinya.

itu intro jer...ini rintihan sebenarnya dari kalbu [aku bukan nama sebenar]..huhu (takmo serius sangat la kata mamadiana)..

Biasanya setelah kerja sepanjang hari suami tentu sudah makan di luar, cukuplah isteri sediakan makan malam walaupun ringkas dan kurang sedap, air tangan isteri akan membuatkan suami sentiasa teringat terutama jika berada berjauhan (1, 2 kilometer pun kira jauh gak tuh).

bak kata orang lama..dalam komen di entri berkaitan :


tehr said...
aku pernah dapat nasihat dulu2
walau kenyang sekali pun
balik rumah kena gak makan macam biasa
senang dan mudah tamatkan segala cerita

December 22, 2011 10:47 PM 

luahfikiran said...
SALAM,
APAPUN MASAKAN DI LUAR TU, MASAKAN ISTERI LAGI SEDAP ...
December 22, 2011 8:04 PM 

..memang itulah hakikatnya jika punya rasa kasih kasihan..

Ini pula bab layanan, seperti masa bercinta dulu... biasanya layanan ini akan berkurang setelah kahwin apalagi jika sudah punyai anak, kadangkala isteri lupa dengan keperluan suami. Kalau dulu cakap lembut, kini kasar lah pulak..(boleh gegar jantung suami).

Lelaki sukakan kelembutan, gunakan emosi dan layanan yang lembut pasti suami akan tewas walaupun dia berada dalam kemarahan. Jangan tambah kemarahannya dengan sikap taknak beralah anda. Beralah bukan bererti kalah...

Jika suami sudah mendapatkan layanan yang baik dan isterinya sentiasa menjaga penampilan, tiada sebab untuk suami mencari yang lain, lainlah kalau suami tu memang gatal....sendiri mau ingat...!


[mohon kepadaMu Ya Allah, tetapkanlah iman kami dan bahagiaknlah rumahtangga kami].



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

Published with Blogger-droid by p@kcikLie v2.0.2

15 comments:

  1. dengan suami ni kita kena cakap
    lembut dan manja ..lebih lagi kalau
    nak suarakan sesuatu yg tidak puashati!

    ^_________~

    ReplyDelete
  2. dah hidup bersama ni ...
    dengar /guna tone suara lain pun dah boleh paham tengah marah ke gembira ke tak puas hati ke...hehehe

    ReplyDelete
  3. Tinggi mana nada suara, bg sy...

    MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN ITU

    sgt penting..

    =D

    ReplyDelete
  4. Kalau sentiasa bersandar pada tiang agama insya-allah segalanya akan lancar... yg kusut pun akan terlerai juga...

    ReplyDelete
  5. haisshhh...masa baik boleh le lembut2 kalau tengah naik angin hilang kelembutan. apa yang penting tolak ansur.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah abg.long, akan menjadi isteri dan ibu yang baik

    Wanita suka mengumpat sulit dikapankan

    ReplyDelete
  7. sya suka dengan komen kak zakie tu.. dan juga komen pok amai-amai... tu je yg boleh kukatakan... :)

    ReplyDelete
  8. komunikasi adalah paling penting.. cuma kena la fikir cara mana nak communicate ketidakpuasan hati tu.. kena pilih masa yang sesuaii.. hihi..

    kalo dah lama bersama, kadang tak yah bersuara, dari air muka pun dah boleh tau ada yang tak kena..

    ReplyDelete
  9. @Ati Masrif: yes..dh maklum mmg cm tu kebanyakkannya. .

    ReplyDelete
  10. jangan merintihlah...penat oii....24hb pergilah jalan bukit bintang lepas jam 7.00....best oii

    ReplyDelete
  11. @Panglima Muda: haha..rasanya plan nak blk kpg @ Sg Petani.

    ReplyDelete
  12. @JunAina:@Pok Amai-Amai:@mak encik | SZ: baguih2...saling memahami dan bertoleransi....*thumb-up

    ReplyDelete
  13. layanan tu paling penting...
    masak tak sedap tapi layanan masa makan tu macam kat istana,kompem suami tetap rasa sedap..:)

    ReplyDelete
  14. intonasi bila berbicara dalam rumahtangga pun penting,kadang bila cara bercakap pun lain nanti yg dgr macam nada lain jer jadinya...

    *ilmu semua ni,bagi orang bujang macam aie ni yg tak tau asam garam rumahtangga ni...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.