Aku Insan Yang Lemah...

Thursday, March 31, 2011 Nazlee Ismail 10 Comments

'Aku insan yang lemah..hanya mampu berserah..'...bait lagu dari Rohana Jalil, artis 80'an...pe tak penah dengar !, apa la korang ni...tak pa ..tak kesah la !

Setiap daripada kita yang bergelar insan pasti akan mati... Namun kita tidak tahu bila dan bagaimana cara kita akan menemuiNya Yang Esa... Adakah mati dalam keadaan sakit? Adakah mati keranaan accident?..na'uzubillahiminzaliq ..

Hidup tanpa masalah... Bukan hidup namanya beb!... Ketahuilah, masalah yang datang adalah cara Allah untuk menguji sejauh mana keimanan umatnya. Orang yang beriman pasti tidak akan mengambil jalan mudah... Fikir-fikirkan lah...

So, sama-samalah kita fikirkan dan beringat... Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, yang penting hadapinya dengan tenang, berdoa dan berusaha untuk menyelesaikannya... Bukan mengambil jalan yang mudah...

nak tau apa tu jalan mudah ???...

banyak kes yg kita dengar dan baca melalui akhbar2 ...

kes bunuh diri la...

lari dari masalah dengan cara bunuh diri ..

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

Maksudnya: "Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya." (HR al-Bukhari dan Muslim)

Dan Nabi sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang bunuh diri sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (

جابر بن سمرة ) R.A. katanya:

أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ بِمَشَاقِصَ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya: "Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya." (Muslim)

P/s : Jangan jadi cm katak...nampak keta lalu, lagi dia lompat ketengah jalan..nak mampus la tu "mati katak la namanya".

10 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Hanis 'kena buli' ?

Wednesday, March 30, 2011 Nazlee Ismail 14 Comments

...dua tiga hari sebelum ni anak aku yang bongsu tu Hanis Umairah a.k.a adik dah mula mengadu kata 'kena buli' kat sekolah dia...

ni kalau di ikutkan masalah kecik je di peringkat permulaan..tapi benda ni berlarutan sampai sekarang..sebabnya dia dah cm takut2 je nak pegi sekolah..

bila mamaDiana tanya kenapa? dia jawab "kawan adik tu selalu 'sepak' pipi adik".

setakat ni dah dua kali kejadian sama berlaku ..sampai nangis2 la .
nampak..nampak! (versi Najmi Raja Lawak)..kalau dibiarkan perkara sebegini boleh mengganggu pembelajaran dia di kelas.

Zaman kita dulu pon benda2 ragging atau buli cm ni biasa sangat tapi tak sampai la takut2 n ponteng sekolah..kita anggap normal sebab kita pon 'nakal' jugak masa tu.

Adik, memang tak banyak cakap (pendiam) dalam kelas dia, mungkin sebab tu dia senang 'kena buli'..

okay sebenarnya aku share cite ni untuk dapatkan respond dari korang especially cikgu2 , kalau bole cmmana nak 'sound' budak yang membuli tu...(cara yang terbaik la).

..emm idea 'sound' memanglah sangat tak baik kan! tapi mungkin ada cara yang terbaik yang difikirkan perlu...

..

14 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Mampu Meningkatkan Traffik Berganda.

Monday, March 28, 2011 Nazlee Ismail 6 Comments

Apesal.com..mampu meniggkatkan kemasukan traffik ke blog anda !

...jauh berjalan luas pandangan..begitulah hakikatnya jika kita yang dikurniakan panca indra oleh yang Maha Esa , sentiasa bersyukur dengan pemberianNya dan kita gunakanlah kurnianNya dengan wajar selaras dengan perintahNya.

Tidak terhad kepada perjalanan yang nyata , di sini juga kita boleh melakukannya cuma bezanya boleh dipandang tapi tak boleh merasakannya...

mudah saja kita jalan-jalan kat sini atau lebih best lagi kita guna perkataan "blogwalking"...bagi mendapatkan informasi, hebahan , berita semasa, kenalan dan sebagainya..semuanya di hujung jari saja...

dengan mudahnya perkara ini dilakukan dengan bantuan web site yang dikenali sebagai

Apesal.com, (klik kalau nak tau selanjutnya)

memang berganda-ganda traffik ke blog ini....contoh paparan link yang disediakan oleh Apesal.com :

Berikut adalah pencapaiyan yang tak seberapa dalam 'blogging' villakejora.blogspot.com @ Apesal.com :

pada peringkat mula pendaftaran...21/mac

1, 2 , 3 hari selepas itu...traffik menunjukkan penambahan.

seterusnya meninggkat lagi ..memang hari-hari ada peningkatan traffik ....(klik pada gambar kalau nak nampak jelas lagi).

p/s : apa yang aku tahu , kita akan kongsikan bersama di sini..insyaAllah.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Contest Misteri Pak Long (contest sulung tau!)

Sunday, March 27, 2011 Nazlee Ismail 4 Comments

Buat pertama kalinya Paklong Sifu mengadakan contest, maka seakan ada magnet la plak...maklumlah aku juga orang Perak...maka buat kali pertamanya juga aku menyertai contest seumpamanya...juga sebagai menyokong dan berbangga dengan negeri kelahiran sendiri..Blogger Perak yess!

Ada syarat-syaratnya ... anda yang ingin turut serta boleh la melawat ke halaman berikut :

Ada soalan yang wajib dijawab :

i- Apakah Slogan Bandar Taiping ?

From Taiping With Love

ii- Dan lengkapkan pantun berikut :

Anak itik didalam timba,

Anak ayam diatas meja,

Aku klik nak balas kunjungan saja,

Tak sangka magnet sifu memang bertenaga.

Okay tu saja...dan tarikh tutpnya pada : 7 April 2011

Jom kita meriahkan lagi ..macam konsert sulung artis blogger !!

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Keluar Dari Kepompong !

Sunday, March 27, 2011 Nazlee Ismail 2 Comments

...hari ni pon kena 'standby' lagi...
ada yang cakap kerja hujung minggu selalu bole 'kaya'...huhuhu, ada kebenarnya kot tapi bagi aku tu cuma memenuhi kehendak kerja...bukan saja nak datang, tapi special request u know !

..Kesian kat anak2, dorang ni asal cuti je mesti nak pegi jalan2....dalam kepala dorang ingat tu je...kalau tak bole hari siang..malamnya dorang nak...janji bole keluar dari halaman rumah sendiri.

Apa yang syoknya jenjalan ni...!...best kan.

ye la kalau kita budak2 dulu pon rasanya semacam jer , tapi tu dulu nak ikut ayah keluar pekan sekali sekala pon susah...siap ikut turn..minggu ni sapa, minggu depan sapa plak....maklumla adik beradik ramai...lelaki plak tu.

Ibrat 'keluar dari kepompong'........ itu adalah suatu yang menyeronokkan.
Sama juga keadaanya bagi student2 yang tinggal berasrama....merasakan hari minggu adalah suatu yang bermakna dan sangat dinanti2kan...

"korang pernah mengalaminya?"..ape sengih2 tu...ye la kan, siap kelentong warden lagi punya nak balik kampung...

pssst...teringat kat arwah n abg long, masa tu ktorang kecik2 lagi siap berebut nak naik motor dgn abah pegi pasar malam...huhu tu pon kira dah syok gilerr!!

maklumla orang kampung kan.

Wokay , kita stop sekejap kat sini...masa dah time...keja keja jangan makan gaji buta !

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kehadiran 'anda' sungguh bermakna...Terima Kasih.

Saturday, March 26, 2011 Nazlee Ismail 3 Comments

Assalamualaikum! . hai semua.....korang cuti aku kena 'standby'...tapi sempat lagi tuuu...takpa, guna masa yang terluang dengan sebaiknya.

dah kemas rumah korang dah?..orait! bagus2 thumbs-up.

..nih nak share sikit,

..'Tsunami' blogging telah menular dalam ahli keluarga ku...aku tak pasti di mana puncanya..apa yang bagusnya sekurang-kurangnya dapat juga tau cerita yang tersimpul jauh di sudut hati sesorang walaupon tak tak dapat diluahkan bila berbicara...tak taulah sejauh mana kebenarannya...well , masing-masing punya persepsi lah ...yang pasti kena sentisa beranggapan positif dan memberikan support sepenuhnya. Mungkin inilah caranya untuk menyatakan segala apa yang tersirat dalam kehidupan sesorang tu...tak pa , aku redho membacanya ..ceh!.

Harus diingatkan pada diri ini juga sesiapa sahaja yang ingin berkongsi cerita2 tentang kehidupan masing2......fikirlah dulu sebelum menulis sesuatu agar nanti tidak terjadi di masa akan datang, sesuatu yang disampaikan itu boleh mengaibkan diri/keluarga dan juga insan2 tertentu...sudah pastinya apa yang disampaikan adalah untuk tatapan semua ...kalau tak buat apa nak publish kat blog dan medium seumpamanya kan!

Jadikan lah coretan tersebut sebagai memori yang yang terindah dan menjadi tatapan kita bersama moga ianya boleh menambahkan keakraban sesama kita.
okay tu sikit je...sekadar mengigatkan .

Korang nak tau, walaupon seketika sebelum ni semangat blogging aku pernah pudar namun kehadiran 'anda' menjadikan aku terus di sini... Bukannya ketandusan idea, cuma masa yang tiada. Idea sentiasa datang menjelma, masa saja mencemburuinya...

Wah! gila kentang dah aku nih ..hahaha cukup2 la tu..

orait , sambung keja balik...

TERIMA KASIHHHH ! (Alleycats stail..heee)

p/s : Bila kita buat orang gembira..hati kita juga turut sama merasainya...baru nampak muda selalu !

3 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

MamaDiana Saja Cari Pasal...Dengan Siapa ???

Friday, March 25, 2011 Nazlee Ismail 2 Comments

...Pulak dah!! Jom kita ushar tengok pasai apa......

mamaDiana...saja cari pasal !!

silakan KLIK .

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Coretan Dari Ummi Izz...sekadar berkongsi.

Friday, March 25, 2011 Nazlee Ismail 2 Comments

Assalamualaikum....salam pagi Jumaat yang mulia.

Al-Fatihah (Mohd Nasir Bin Ismail).

..aku sebenarnya tak boleh lelapkan mata .....
bila mengenangkan pemergian arawah yang disayangi keluarga begitu awal meninggalkan kami..

juga rakan2 arwah yang begitu akrab....dari segala pelusuk datangnya ..sama sekali tidak menduga semua ini ....namun jauh di sudut hati kami telah lama merelakan ketentuanNYA/ redha akan pemergiannya (10 hari lepas).

Setelah berkali2 aku membaca coretan UmmiIzz yang begitu kuat semangatnya...sungguh menyentuh perasaan...

Di Situ...beliau sudi mencoretkan, berkongsi bersama pembaca blog untuk menjawab segala pertanyaan yang mungkin diinginkan oleh rakan2 blogger yang mengenali arwah sebelum ini. Bagi mereka yang belum berkesempatan membacanya , di sini aku sertakan LINK blog beliau sebagai rujukan.

p/s : sekadar memberi info terkini kepada mereka yang perihatin.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Adakah Seterika Menjadi Keperluan Kita ?

Thursday, March 24, 2011 Nazlee Ismail 19 Comments

Assalamualaikum...

...hari Khamis, biasanya ramai penjawat awam berbaju batik dan ada juga berkain batik tapi tu kalau nak pakai kat rumah ler atau masa berpantang. ...Dah disarankan oleh Pak lah semasa jd PM dulu hingga sekarang ni dan menjadi kewajiban pakai bagi setiap penjawat awam pada hari Khamis...haha intro sikit sebagai pembuka bicara...

Korang ada berapa helai baju batik ??

...nak jadi cerite nyer, hari ni aku tidak berbaju batik (kemeja+jacket jer)....dan kat opis ni biasa la ramai yang tak pakai baju batik pon...ada alasan tertentu bagi kami di sini dan salah satu sebabnya adalah jauh daripada HQ dan Pengarahnya selalu out station. Emmh!.. "bila kucing lari maka tikus menari-nari"...

Alasan aku bukan sebab bos takde, ....ni sikit punya hal tapi boleh buat seisi rumah jadi stress sikit semalam ni, seterika tiba2 jer tak panas bila nak guna !...
memang dah uzur pon benda tu, lagi pon kami dapat hadiah kawen dulu tu...lama dah ler kiranya.("barang masih elok ..pasaipa nak tuqaq laen"..kata mamadiana), tapi dah sampai masanya la kot benda tu buat hal...malam2 plak tu..mana sempat beli yang baru.

Adakah seterika menjadi keperluan wajib??

...alamak masa ni la semua orang nak guna...kakak n adik nak iron baju sekolah diorang , nasib baik ada Maktok kat sini bagi cadangan suruh letak baju bawah tilam..tradisional sikit la caranya tapi rasanya boleh membantu dan lebih baik dari baju kedut beribu...
kakak tu , mulanya cm tension jer..maklum la dah remaja mesti mau nampak kemas gitu...baju sekolah kalau boleh hari2 nak kena iron..dasat2 betoi budak2 la ni.

Kita yang dewasa ni tak kesah sangat.....serghelom ja apa yang ada.

gambar hiasan nak tunjuk aku pakai macam ni

p/s : Kena buat persediaan awal..nak pakai baru nak iron tu la jadinya.

19 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Traffik Meningkat !! ....Sertai Komuniti Blogger Apesal

Wednesday, March 23, 2011 Nazlee Ismail 5 Comments

Komuniti Apesal.com dapat membantu blog anda dengan meningkatkan traffik, membina backlink dan juga menghubungkan anda dengan blogger yang lain.Apesal.com sudah mula beroperasi sepenuhnya pada 1hb Januari 2011. Mari lah kita ramai-ramai menyertainya .

mana tahu kan....TRAFFIK KE BLOG ANDA AKAN BERTAMBAH !!!!

Untuk mengetahui Bagaimana Apesal.com Berfungsi...(sila klik di sini)

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Nama Bayinya... 'Facebook Jamal Ibrahim'

Wednesday, March 23, 2011 Nazlee Ismail 9 Comments

Assalamualaikum, mungkin anda sudah tahu tapi aku suka nak kongsi di sini...

KAHERAH- Seorang ayah di Mesir telah mendedikasikan fenomena laman web sosial sebagai nama anaknya, Facebook. Bayi bernama unik itu menjadi tanda revolusi baru di Mesir.

Menurut laporan akhbar Al-Ahram, Jamal Ibrahim, 20 tahun, memberikan nama anak perempuannya sebagai Facebook. Ibrahim mengaku sangat kagum dengan peranan laman web sosial itu dalam organisasi pemberontakan di Tahrir Square dan beberapa kawasan lain di Mesir.

ikuti kisah selanjutnya DI SINI.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Lepas gian jer...

Tuesday, March 22, 2011 Nazlee Ismail 16 Comments

Datin Rokiah a.k.a Maktok

...Petang semalam badan tak berapa sihat tapi paksa juga untuk membawa mertua aku yang sampai dari Sg Petani beberapa hari lepas. Korang mesti tak berapa percayakan ..beliau adalah seorang kaki pancing wanita...tegar tak tegar sangat la tapi kat Sp cm dah familiar(area Tg Dawai, Pualau Sayak, Pantai Merdeka tu port mancing beliau la bersama saudara sekaki di sana) tu takdak muka lain dah...takpa yang penting beliau happy, so sekarang ni semakin kurang aktivitnya sebab beliau sedang bersedia untuk menunaikan umrah, insyaAllah bulan depan.."sekali sekala melepas gian" katabeliau.

Walaupon usia beliau sudah mencecah 60an tetapi semangatnya masih tinggi untuk meneruskan minat kepada aktiviti memancing. Tak segagah masa muda2 dulu, namun beliau tetap tidak menolak jika diajak bagi tujuan tersebut.

Sesekali datang ke sini, aku bersama mamadiana, adik dan maktok pergi mamancing udang galah di sekitar bawah jambatan berdekatan dengan pekan Banting. Kebetulan masa yang cuma ada dalam 2 jam sementara menunggu kakak habis dari tuisyen. Sebelum ni , ada juga kami ke sini bersama rakan sekaki ....ada juga la hasilnya.

Setakat nak buat Char kuey teow 2 , 3 pinggan boleh lepas...

Faisal, rakan sekaki..menunjukkan hasil pancingan nya

p/s : minat tak kenal usia....selagi tidak melalaikan teruskan untuk mengubati hati yang sunyi...

16 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Jangan Sekali2 ada sifat Takabbur dalam diri...

Monday, March 21, 2011 Nazlee Ismail 4 Comments

Salam...

..Hari Isnin yang blues....haha itu kata dorang, tapi aku sama je.. memandangkan keadaan kesihatan badan tak berapa bagus...aku membatalkan hasrat nak sama2 join ke HQ Putrajaya.

Sebenarnya banyak benda nak settle hari ni..., hari mula persekolahan Kakak dan Adik, kalau ke HQ takut lambat balik..nanti siapa pulak nak amik adik balik dari sekolah...

Alang2 dah sakit ni terus je aku pegi ke hospital...tak penah2 aku buat chek kesihatan, selalunya telan panadol jer...selamat!!..emmh! memang selamat pon sampai sekarang...Syukur Alhamdulillah.

Biasanya susah sangat nak dijangkiti penyakit...kalau satu rumah kena batuk pon , aku still okay lagi...antibody aku kuat, setahun sekali nak dapat demam pon payah, kataku kepada mamadiana dengan bangganya...tapi aku rasanya dah cakap takabbur...

Tapi kali ni aku punya turn kena semua tu...batuk, sakit tekak, demam dan pening kepala...complete set!. Takut jugak..benda sakit macam ni tak boleh amik mudah....mungkin pada mulanya nampak cm takde apa2 berlaku...symptoms cmni pernah berlaku pada arwah..na'uzubillah.

Rasanya kat mana2 hospital pon sama keadaannya ..penuh sesak dengan orang ramai , yang tak sakit pon boleh jadi sakit ....paling tidak pon 'sakit hati' ye dok??. Aku takde apa nak complain...dorang buat keja masing2 dengan penuh tanggungjawab, bagus! kekalkan begitu...tingkatkan prestasi tugas anda wahai kakitangan awam.

Yang datang nak terima rawatan beratus orang...plus dengan orang yang teman berteman lagi..fuh! memang merimaskan , tapi apa bole buat..kalau nak selesa kena keluar duit lebih sikit la, pegi jer hospital /klinik swasta...terpulang kepada kita nak pilih yang mana mampu.

Dari masa keseluruhannya aku berada di hospital tu mengambil masa selama 3 jam lebih...lamakan! tolak masa nak cari parking 30 minit...tapi takpe..ada lagi yang lebih lama menunggu..taktaulah di mana silapnya.

Rasanya tu lah padahnya bila orang yang suka cakap takabbur....tuhan marah tau!...sekarang aku pula yang merasakannya...segera sedar tetang kesilapanku dan kebesaran Nya...Alhamdulillah.

Kat sini nak share sikit tentang takabbur ni cm mana nak menjauhinya, Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakakan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya

Dosa dalam keadaan kita mengetahui.....Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku selama ini.
Sesungguhnya aku sedar akan kesilapan yang telah aku lakukan.

4 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aku yang kisah plak!!

Saturday, March 19, 2011 Nazlee Ismail 6 Comments

Salam...

jarang sekali aku update blog tgh2 malam...
rasanya berada kat rumah orang..bukan rumah sendiri...tak sama suasananya...susah nak lelapkan mata.

lepak rumah abang kepada mamadiana bersama anak2 yg dah mengadu kebosanan dan kesedihan setelah
'cuti sekolah' mereka tak ke mana2....(nak tuntut janji la tu....aduhai! da nk mula sekolah minggu depan).

Kak Sim (ipar) masak lemak tempoyak ikan patin sebagai hidangan malam...fuh sempoi, pure Pahang mari...

area sini di namakan Alam Budiman...kat mana lagi kalau bukan Puncak Alam. Katanya orang2 sini semuanya 'budinman'....haha, taktaulah...baru jer dengar kes kecurian, pecah rumah berlaku ...

masuk jer area perumahan...fuh !! siap ada jaga lagi....memang dorang ni menjalankan tanggungjawab mereka dgn 'jujur'....
jaga keluar masuk keta je...yang lain tak nampak pon dorang keja...memang patutla dorang ni kita panggil 'jaga'...good job!

takde plak yang nak 'kisah' sangat....

aku plak yang datang sekali sekala 'kisah'...

takpe ..hanya sekadar simpati kpd yg jadi mangsa penyagak negara...
lepas ni turn sapa plak agaknya...

kena pejamkan mata jugak sebab esok plan..subuh2 nk p Putrajaya....tgk Belon Udara Panas !!!..aku pon tatau la apa program tu sebenarnya...

tunggu je la esok cmner..nak citer lebih tak pandai..nanti salah plak.

salam.

6 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kongsi Baik punya....(6) Jangan Tiup !

Friday, March 18, 2011 Nazlee Ismail 5 Comments

Salam Hari Jumaat yang mulia....

...Semalam sempat aku berjemaah di masjid bersama2 ahli qariah di sini membaca surah Yaasin...ini adalah aktiviti kebiasaan dilakukan pada setiap malam Jumaat. Biasanya pada ahli qariah yang berhajat untuk buat Tahlil arwah2, terlebih dahulu akan memaklumkan kepada Imam yang bertugas untuk diberikan nama2 arwah yang berkenaan.

Syukur Alhamdulillah aku berpeluang untuk buat Tahlil arwah adinda kami.
Dalam pada masa yang sama , ada seorang ahli yang berhajat memohon kepada Allah atas kesihatan anakanda beliau yang sedang sakit.

Imam memohon jemaah masjid untuk sama2 membantu dengan membacakan surah Yaasin.
Jemaah diminta semasa membaca surah Yaasin, pada ayat yang ke 58 (SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM) diulangi sebanyak 7 kali. Beliau juga berpesan setelah selesai dan berdoa maka setiap jemaah hendaklah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali pada air yang hendak diberikan kepada pesakit.

Apa yang menarik di sini dan perlu diingatkan...selalunya atau kebiasaannya ramai orang yang kita perhatikan bila mana disuruh berbuat demikian maka ada yang berselawat sambil menghembus/meniup ke arah air tersebut...menurut Imam, perbuatan ini adalah makruh hukumnya kerana air yang dimaksudkan adalah untuk diberikan minum kepada pesakit...merujuk kepada kajian sains, hembusan dari mulut manusia akan mengeluarkan karbon dioksida lalu bercampur dengan air dan akan meghasilkan asid yang mana akan meninggalkan kesan toksid kepada pesakit.

Selain itu perbuatan meghembus/meniup ke arah air/makanan juga boleh menyebarkan jangkitan kuman daripada badan orang lain kepada pesakit yang mana akan menambahkan lagi risiko kematian.

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلَا
يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ

Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Abu Qatadah, daripada bapanya berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda apabila salah seorang kamu minum maka jangan bernafas dalam bekas minuman.

semoga sama2 kita mendapat iktibar dari apa yang disampaikan ini. Sesungguhnya apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah itu ada hikmah sebaliknya.

> kes yang seumpama berkenaan Larangan Meniup Makanan boleh dirujuk di sini.

5 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih Kepada Semua.

Thursday, March 17, 2011 Nazlee Ismail 15 Comments

Assalamualaikum WBT...kepada pengunjung yang dihormati kerana anda saya di sini. Yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali , yang tinggal masih di sini dan akan meneruskan tanggungjawab yang telah ditetapkan olehNya. Kita mengambil iktibar atas kepergian saudara kita , semoga kita akan lebih dekat kepadaNya di mana suatu masa nanti kematian akan tetap datang menjemput kita.

Sedikit sorotan tetang pemergian Almarhum adinda saya (Mohd Nasir @ Abah Izz) :

Pagi Isnin lalu 14/3/2011 10.30am, satu perkhabaran yang meresahkan dari ayahanda saya menyatakan keadaan arwah pada masa itu semakin tenat setelah dua hari sebelumnya menampakkan keadaan positif dari segi tekanan darah,jantung dan suhu badannya walaupon dalam keadaan tidak sedar...(maksudnya ada harapan untuk sembuh).

Saya pada masa itu berada di tempat kerja di Banting dengan hati yang berdebar2...Selepas itu terus bersiap2 untuk ke Kuala Terengganu (Hospital Sultanah Nur Zahirah) bersama kekanda dan anakda beliau di Selayang Baru. Belum sempat kami bertolak, yang mana pada masa itu saya masih dalam perjalan ke Selayang. Satu pangilan telefon dari Bonda saya telah memaklumkan tentang pemergian arwah buat selama-lamanya.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah...arwah telah meninggal dunia pada jam 12.30pm 14/3/2011 bersamaan 09 Rabiulakhir 1432H.

Saya diminta oleh ayahanda supaya berpatah balik dan menunggu saja di Subang Jaya sambil memaklumkan berita kematian arwah kepada seluruh keluarga dan sahabat handai.
Keadaan masa itu sungguh memilukan, setiap pangillan telefon dari keluarga terdekat diiringi dengan tangisan kesediahn.

Keluarga di sini diarahkan menunggu saja sementara urusan penghataran jenazah dijalankan. Ucapan Terima Kasih tak terhingga kepada mereka yang terlibat terutamanya sahabat2 karib juga rakan sekerja arwah yang membantu keluarga saya di sana.

Dimaklumkan perjalanan bermula pada jam 3.30pm dari Hospital menggunakan van jenazah hospital tanpa sebarang kesukaran.Pihak Keluarga kami di sini amat terharu dengan ikhsan ikhlas yang telah disumbangkan dari bentuk keringat/tenaga dan juga wang ringgit. Keperihatinan sahabat2 handai arwah di sana sungguh menakjubkan, hanya Allah saja dapat membalasnya.

Urusan mengiringi jenazah juga telah diaturkan oleh sahabat2 karib arwah yang mana sanggup menjadi pemandu kereta kepada waris-waris yang ada di sana. Pada masa inilah kita dapat rasakan bertapa perlunya rakan taulan, sahabat handai...sesungguhnya arwah sungguh bertuah mempunyai sahabat2 sebegini....Subhanallah Allahukbar!

Sedih dan pilu bersama keluarga dan sahabat handai di sini menunggu ketibaan jenazah arwah dari Kuala Terengganu ke Masjid Al-Falah USJ (kediaman keluarga mertua arwah). Pada masa itu dijangka van membawa jenazah akan tiba pada jam 12 tgh mlm.Setiap jam dimaklumkan kepada kami status perjalanan mereka oleh rakan2 yang turut mengiringi.

Saya telah tiba bersama isteri dan anak2 sebelum Isyak, ramai juga kenalan arwah yang sudah sampai lebih awal dan menunggu di dalam kawasan masjid..

Sempat saya bersalaman dengan mereka yang terdiri dari rakan2 semasa aruah menuntut di PUO Ipoh, UiTM Shah Alam, rakan2 dari JKKP Selangor, Putrajaya.., rakan sekampung (Perak), rakan yang mengenali arwah semasa bekerja di Shah Alam, rakan blogger dan juga kaum kerabat arwah...dianggarkan lebih 100 orang di sana.

Salam takziah yang mereka ucapkan besama menanti untuk menatap buat kali terakhir pemergian arwah. Saya sungguh terharu dengan keperihatinan semua, sesama berkongsi dengan keluarga saya akan kesedihan yang kami hadapi. Semoga Allah merahmati keikhlasan anda semua.

Jenazah tiba di perkarangan masjid lebih kurang jam 11.30pm, terus dimandi dan dikafankan oleh pihak masjid bersama waris terdekat. Selepas itu hadirin diberi peluang untuk menatap sambil menyedekahkan Al-Fatihah .

Solat jenazah dijalankan sejurus selepas itu pada jam lebih kurang 1.00am, dianggarkan bilangan jemaah adalah melebihi 100 orang terdiri dari ahli keluarga dan sahabat handai.

Setelah selesai solat jenazah, kami mengiringi ke tanah perkuburan .
Segalanya berjalan dengan lancar...sesunggunya Allah telah memudahkan urusan kami. Syukur Alhamdulillah.

Upacara selesai sekitar jam 3 pagi.

Seluruh Keluarga saya mengucapkan setinggi2 terima kasih kepada semua yang terlibat samada yang nampak mahupun yang tersembunyi, atas doa dan al-Fatihah yang disedekahkan kepada arwah juga segala ikhsan yang diterima bagi pihak keluarga arwah semoga mendapat keberkatan oleh Allah SWT.

akhir kalam : Sekiranya arwah berhutang , kalau boleh dihalalkan dan jika ada sebarang tuntutan silalah email kepada saya untuk diselesaikan. (nazli_angkasa@yahoo.com).
Semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama2 orang2 beriman.

salam.

15 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Kepergian Blogger Abah Izz

Monday, March 14, 2011 Nazlee Ismail 26 Comments

Assalamualaikum....

Dimaklumkan kepada semua yang mengenali blogger abah izz..

Beliau telah kembali kerahmatullah pada jam 12.30 tghari tadi (14/3/2011) di Hospital Sutanah Nurzahirah Kuala Terengganu setelah tidak sedarkan diri selama 15 hari di ICU.

Al-Fatihah buat beliau. Salam Takziah buat seluruh keluarga...

Sekarang keluarga dan sahabat handai sedang meguruskan penghantaran jenazah ke kediaman di Subang Jaya Selangor.

sekian . harap mklum.

26 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Update Tentang Abah Izz @ Nasir Ismail

Tuesday, March 08, 2011 Nazlee Ismail 9 Comments

Assalamualaikum WBT,

Seluruh keluarga mengucapkan setinggi2 terima kasih atas keperhatinan anda dan juga doa kalian . Semoga mendapat kerahmatan dari Allah SWT.

Untuk makluman , adinda Nasir sekarang masih lagi dalam keadaan tenat dan berada dalam ICU di hospital yang sama. Maklumat dari doktor masih lagi tidak dapat dipastikan...hanya berserah kepada Allah agar dipermudahkan urusan mereka yang merawat beliau.

Usaha lain dari pihak rakan2 seperjuangan beliau di sana amat dihargai...segala bantuan yang diberikan sangat dikagumi.

Doa dari sahabat handai dan rakan2 masih terus diperlukan.

salam.

9 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

MAKLUMAN KEPADA YANG MENGENALI BLOGGER (Abah_Izz@Nasir Ismail)

Thursday, March 03, 2011 Nazlee Ismail 21 Comments

http://izzukasyahfamily.blogspot.com/

Assalamualaikum WBT.

Kepada sesiapa yang mengenali dan pernah kenal dengan blogger Nasir Ismail @ abah_Izz, adalah dimaklumkan bahawa beliau sekarang ini berada di wad ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pada hari Sabtu 29/2/2011 sebagai pesakit luar kerana beliau mengalami demam dan sakit tekak menyebabkan beliau tidak boleh bercakap dan makan minum.

Pada hari Isnin 28/2/2011 jam 3pm beliau telah mengalami komplikasi jantung menyebabkan degupan jantungnya berhenti seketika. Doktor belum mengesahkan jenis penyakit yang dihidapi. Keadaan itu memaksa beliau dirawat di Unit ICU dan keadaan beliau masih tidak sedarkan diri lagi sehingga kini.

Saya sebagai abang kandung mewakili keluarga beliau memohon jasa baik rakan-rakan blogger memanjatkan doa agar beliau segera sembuh seperti sedia kala..

Ucapan Terima Kasih saya bagi pihak keluarga untuk kalian semua.

p/s : Hari ini doktor akan melakukan MRI Scan untuk mengenal pasti penyakit.

INFORMATION :

What is MRI of the Body?

Click to view larger
MRI of the knee - side (lateral) view.

MRI of the knee

Magnetic resonance imaging (MRI) is a noninvasive medical test that helps physicians diagnose and treat medical conditions.

MRI uses a powerful magnetic field, radio frequency pulses and a computer to produce detailed pictures of organs, soft tissues, bone and virtually all other internal body structures. The images can then be examined on a computer monitor, transmitted electronically, printed or copied to a CD. MRI does not use ionizing radiation (x-rays).

Detailed MR images allow physicians to better evaluate various parts of the body and determine the presence of certain diseases that may not be assessed adequately with other imaging methods such as x-ray, ultrasound or computed tomography (also called CT or CAT scanning).

21 Comments: