Bagus ada rasa tanggungjawab di situ.

Friday, January 13, 2012 PCL 10 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

...mengambil masa kurang dari 1 jam berada di Hospital Banting dengan izin..untuk menemani anakku (Hanis Umairah) yang suka sangat berjumpa dengan doktor gigi, hari ini merupakan kali kedua buat pemeriksaan dan ...kena cabut lah sebatang gigi , sebelum ni minggu pertama tahun baru dah kena cabut sebatang .

kenapa hari Jumaat pergi cabut gigi ?...jawapanya adalah kerana , Jumaat adalah hari akhir persekolahan setiap minggu...so, takde cuti sakit untuk mereka yang konon 'cedera parah'...alasan  yang sebenar adalah ...hari ini ada program sekolah 1M1S, larian merentas desa....semput!! tak nak lari...

***********

masa di pakir motosikal kelihatan seorang jururawat sedang bising-bising buat pengumuman..."Sapa yang ada tertinggal kunci , kunci tinggal kat tempat kunci motor...plat no bla..bla...., nak bagi orang senang-senang amik free...sapa yang bermurah sangat nih ??"


aku senyum je..tengok gelagat akak nurse tu, ..bagus ada rasa tanggungjawab di situ.



***********

dah kebetulan cepat sangat masa berlalu...aku menyempatkan diri singgah kat Bank Islam, nak keluar duit sikit, duitnya sikit je tapi kelamkabutnya  banyak !!...terus tekan nombor pin , keluar duit terus beredar dari situ (bahasa sempoinya 'belah')...

Sepuluh minit berlalu , henfon aku berdering .."Encik Muhamad Nazlie....bla..bla.., sila datang ambil kad ATM encik di kaunter pertanyaan".

aku, bersyukur kepada Allah dan patah balik untuk mendapatkan kad itu semula.

aku senyum je sambil mengucapkan terima kasih kepada pegawai bank berkenaan,...bagus ada rasa tanggungjawab di situ.


p/s : ada rasa tanggungjawab di situ, masing-masing punya rasa tanggung jawab, Alhamdulillah.



 "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

10 comments:

  1. saya nak jadi lebih bertanggungjawab mulai hari ni..:p

    ReplyDelete
  2. dlm kehidupan ni mmg x boleh pentingkan diri.. kena saling bantu membantu dan melaksanakan tanggungjawab2 sebagai masyarakat, ibu, bapa, abg, adik, kakak, kawan, pakcik, makcik semualah... kalao semua org melaksanakan tanggungjawab dgn baik insyaAllah aman makmur

    ReplyDelete
  3. PCL, kan kad kuar dulu dari duit.. awat boleh lupa.. agak2 kalo orang jahat dapat kad tu, dapat teka lak pin, dia kecewa tak kalo nengok balance.. hikhik.. sajer kacau PCL ngna mamaD..

    ReplyDelete
  4. HIDUP DAN BEKERJA KENA ADA TANGGUNGJAWAB.. MISALANNYA KERJA HANYA DATANG PAGI BALIK PETANG TANDA ADA APA-APA PERASAAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP KERJA, LEBIH BAIK BERHENTI SAHAJA.. RAMAI LAGI YANG TAKDE KERJA YANG NAK BEKERJA.. BETUL TAK?

    ReplyDelete
  5. saya pun nak bertanggungjawab atas tugas saya..hehe

    ReplyDelete
  6. ambiklah no phone nurse tu ...

    ReplyDelete
  7. wah..baguskan org2 malaysia
    esply orang2 banting..hehe~

    tumpang sekaki jd org banting gak kita ni..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah masih wujud insan2 sebegini.. termasuk cek.. hehehehe..(:

    ReplyDelete
  9. lokasi kita samalah hari ni hospital banting, tp akak singgah beli lauk makan t.hari je kaedahnya di kantin tu ;p

    ReplyDelete
  10. heshh.. bahya nyer tinggal.. dulu pernah kuar kreta nak pegi kedai, lupa tutupkan enjin.. kunci masih lagi dlm kreta.. nasib baik org tak drive kreta trus..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.