CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M

Friday, January 13, 2012 PCL 4 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

MAKLUMAN KEPADA YANG BERKENAAN....(Bantuan Rakyat 1 Malaysia)

CARA MENYEMAK STATUS PERMOHONAN BR1M:
Pemohon boleh membuat semakan dengan mendail no di bawah ini bermula 16 januari 2012 jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.talian hotline ini akan beroperasi setiap hari berkerja sehingga tamat tempoh selama 2 bulan seperti yang dirancangkan.talian hotline:1-800-222-500/1-300-88-3010

PEMAKLUMAN DAN CARA BAYARAN BR1M:
Setiap permohonan akan diberimaklumkan melalui pos dan setiap permohonan yang lulus atau berjaya akan menerima surat pemakluman bersertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar di adakan.dan untuk mereka yang berada di luar bandar akan diberi kemudahan oleh kerajaan di mana kerajaan akan menyediakan keunter bank bergerak bank simpanan nasional,cimb dan mybank pada majlis penyerahan itu.baucar br1m juga boleh di tunaikan di cawangan bank seluruh malaysia.

JIKA PERMOHONAN GAGAL:
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.


 "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

4 comments:

  1. smlm cikgu adik yna cakap tahun berapa entah (x igt) malaysia akan mengalami kegawatan ekonomi yang teruk kerana BR1M ni sehingga menjadikan malaysia 10 negara termiskin di dunia :(

    harap2 x btl..

    dgr kata semua ni pasal nak meraih undi :(

    ReplyDelete
  2. mekasih bagi info..hari ni 13..so isnin nanti baru boleh call...dah janji anak nk beli basikal ni...:)

    ReplyDelete
  3. Mudah2an semua yang memohon tidak ditolak... Amiiin..

    ReplyDelete
  4. KONGSI-KONGSI PERKARA YANG BAIK...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.