Dari Hati Ke Hati..

Saturday, January 07, 2012 PCL 14 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

...sementara menunggu chargeman nak servis Genset kat sini, kita santai dulu dengan korang sebelum bekalan elektrik diputuskan...(mungkin korang dapat teka apa bidang khusus pekerjaan aku)..dah blackout nanti semuanya stop !

itu bab kerja kita letak tepi dulu, ada satu hal yang  mungkin korang boleh share dengan aku....ini lebih khusus kepada wanita sebenarnya, tapi kalau jejaka nak share pun apa salahnya..silakan..

***********

okeh...ini melibatkan perasaan hati seorang wanita..bila mana ia sering sangat sangat mempercayai suaminya (99% lebih) sehingga apa yang dilakukan oleh suaminya dia tidak ambil kisah. Tidak ambil kisah pada situasi ini bukan lah seumpama ' manusia kayu'. walhal yang sebenar dalam hatinya adalah sangat risau dan ambil berat tentang suaminya namun tidak direalisasikan secara nyata.

antara rela dengan tidak membenarkan suami berhubung dengan wanita lain yang bukan mahramnya. Relanya itu diteruskan kerana beranggapan suaminya itu adalah suami yang wajib dihormati dan dipatuhi. Dan tidak relanya itu hanya tinggal di dalam dirinya yang semakin hari menekan dirinya.

sebagai seorang wanita/isteri ,...

Relakah untuk anda mengizinkan perkara yang sama berlaku jika anda berada diposisi wanita tersebut ?

Apakah saranan anda kepada suami seumpama itu ?


*tentang hubungan itu tidak dinyatakan secara details, boleh jadi hubungan sebagai kawan biasa, kawan lama  dan boleh jadi juga skendel.


perkara ini juga tiada hubungannya dengan PCL dan Isteri. Secara umumnya tidak mengkhususkan nama nama orang tertentu. ok !

p/s : sesekali buat cerita seram kan bagus...haha, ni apa hal cerita bab perasaan plak !!!







 "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

Published with Blogger-droid v2.0.2 by PCL

14 comments:

  1. if kawan sekerja boleh terima...tp if melebih2...no..no..tak sanggup lihat suami tanggung dosa..

    pesan utk para suami jenis bgini :
    sedar2lah & ingat2 lah wife di rumah bukannya boneka..banyak yg telah dikorbankan demi ANDA...

    .. sekadar 1 pandangan ...

    ReplyDelete
  2. kalau dh isteri meletakkn 99% kepercayaannya pd si suami..itu dh kira cukup bagus...jga la hatinya jgn persiakn kepercayaan yg d beri,jgn sampai99% tinggal 9%....pd lelaki seperti ini
    pesanan buat dia..udah2 la pada yg satu...wanita kalau dh terguris otk fikirannya seperti wayang akn d tayang satu persatu sehingga tamat...renung2kn lah...

    ReplyDelete
  3. menda2 cmtu yg plg utama ratu titik beratkan.uishh mane ble amik ringan.kang nasi dh jd bubo lg payah..

    ReplyDelete
  4. sebagai suami dia patut tahu batas2 dia dalam berhubungan dengan seorang wanita walaupun dengan kawan sekerja..dan sebagai isteri tak salah rasanya dia meluahkan rasa kurang senang dan risau tentang perhubungan suami dan rakan wanita lain..
    luahkan bukan bermakna kita tak hormatkan suami..
    mungkin bila suami tahu yang isteri risau dia mungkin akan jarak kan sikit hubungan dengan rakan wanita tu..itu juga akan buat suami sedar yang dia dah ada isteri..bukan apa,suami ni kalau isteri tak tegur,dia ingat boleh la diambik kesempatan..

    Isteri pulak jangan nak merelakan je...
    bertindak la sebelum jadi apa2..

    ReplyDelete
  5. Tiada salah bersahabat lain jantina. Yang salah bila bersahabat melibatkan perasaan...!

    Memang cari nahas.

    ReplyDelete
  6. mujur x 100%..tak salah nak percaya suami tapi perasaan sendiri pun kena hirau gak.makan hati berulam jantung lama2 makan diri nanti.so berbincang la secara elok utk kebahagiaan bersama...

    ReplyDelete
  7. skandal tu yg tak mahu tu

    ReplyDelete
  8. Kepercayaan yg diberi oleh isteri pd suami, jgn la disalah guna. Bila hilang kepercayaan, bukan mudah nak menambat kembali hati isteri, kan dah rugi?

    Pssst.....ingatan utk suami2, jgn sampai menyesal kemudian hari.

    ReplyDelete
  9. sy tak kawen lg pkck..hehehe..tak terfikir lg..

    ReplyDelete
  10. isterinya memang bagus
    tahniah

    si suami pula kalau saja menggatal, mesti kena beri ajar
    kalau niat ikhlas nak beristeri dua, kena belajar cukup2

    ReplyDelete
  11. Sallam PCL,

    Buat hubungan dgn perempuan atas alasan keje tak apa, kalau affair, baik kawin aja tak tambah dosa..amacam.

    ReplyDelete
  12. kemana pulak pergi budak chargeman tu

    ReplyDelete
  13. owh kalau saya tidak sama skali.. even rakan sekerja pun.. wanita itu perlu diperkenalkan kpd saya dan perlu menjadi kawan saya juga.. sepertimana sya menjadikan rakan sekerja lelaki saya dan rakan2 lelaki saya yg lain yg sya kenali seblm berkahwin dulu sebagai rakan suami saya juga.. maka di situ tidak akan ada curiga atau salah sangka.. kalau tak mahu menjadi kwn saya maka suami juga x boleh berkawan dgn wanita tersebut...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.