Gaji Februari penjawat awam berdasar SSM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !27/01/2012 3:15pm
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” katanya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. — BERNAMA
sumber : Utusan Malaysia Online
"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"
alamak..aku x keje kerajaan..so berita nie baik ke xbaik bagi kakitangan kerajaan??hehehe
ReplyDeletesama je sebenarnya cuma lambat sikit dapat tunggakkan baki gaji dari tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012.
Deleteyag penting gaji masuk dalam akaun ... hehehe
ReplyDeleteTakpelah lambat pun.Asal semua puas hati.
ReplyDeletejgn gaji tak masuk langsung sudah... hehehe
ReplyDeletebetul betul...mcm queen teratai ckp, jgn xmasuk sudah...hahaha
ReplyDelete