Kelajuan Internet Terpantas Di Dunia Terdapat Di Korea Selatan

Thursday, January 05, 2012 PCL 7 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


MUNGKIN di kalangan pembaca, apabila diajukan soalan di manakah lokasi luar negara yang mereka ingin menggunakan super high speed broadband, jawapan yang pasti akan keluar ialah Amerika Syarikat ataupun Eropah.

Namun ketika artikel ini ditulis, Korea Selatan telahpun mencapai kelajuan internet terpantas di dunia...

*************

NEGARA KITA BERBANDING KOREA SELATAN

Di negara kita, kelajuan internet paling tinggi dapat dinikmati oleh pengguna talian tetap ialah 20mbps, manakala talian tanpa wayar ialah 15mbps untuk rangkaian 4G dan 7.2mpbs untuk rangkaian 3G.

Umobile 3G pula berkemampuan untuk mencapai kelajuan 42mbps .

Korea Selatan pada asasnya telah memilih untuk menaiktarafkan teknologi negara untuk membantu memulihkan ekonomi yang hancur ketika mengalami krisis ekonomi 1997.

Ia seterusnya mencipta persaingan jalur lebar yang sihat, memberi kebaikan kepada pengguna dari segi harga perkhidmatan jalur lebar dan meningkatkan kelajuan.

Walaupun ekonomi masih bergelut, Korea Selatan telah mencapai kemajuan yang setara dengan pelbagai bentuk teknologi digital.

Penduduk mereka boleh mendapatkan video atas permintaan dalam talian dalam kualiti definisi tinggi, malah lebih murah berbanding rakyat Amerika membayar sewa DVD.

Pelajar berpendapatan rendah dapat menggunakan sambungan kelajuan tinggi untuk mengambil tutorial secara percuma untuk ujian kebolehan negara, peperiksaan yang boleh menentukan kemasukan kolej dan permintaan pekerjaan pada masa depan.

Petani menggunakan internet sebagai wadah untuk menjual hasil tanaman mereka dan sayur-sayuran.

Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawasanya kita boleh membeli buah dan sayur-sayuran secara online tetapi hakikatnya, fenomena ini sedang berlaku di Korea Selatan dalam skala yang besar.

Selain itu, rakyat Korea Selatan menggunakan sepenuhnya manfaat internet untuk membaiki tahap pembelajaran bahasa Inggeris.

*************

sekadar informasi dari sumber ini.

p/s : pcl belum sampai lagi ke sana...dengar khabarnya Pulau Jeju best !


  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"


7 comments:

  1. depa negara maju..mmg hebat....

    ReplyDelete
  2. dari dulu lagi memang maju di asia kan?

    ReplyDelete
  3. Kalau nak maju politik kena stabil, ekonomi kena cantik, rakyat happy baru syok... kalau tidak internet jadi gelangang gaduh je...

    ReplyDelete
  4. memang kita agak slow dgn servis internet ni...jauh tertinggal,tp kalau laju best juga jd kaki download jer lah jawabnya,hehe

    ReplyDelete
  5. nampaknya kena tukar tempatlah kita abg.long hahaha..
    Kisah berbeza anjing dan kucing

    ReplyDelete
  6. erm.. sokong komen kakzakie tue... pape pun Queen mmg teringin nak ke korea.. tp xtauler bila yg pasti bukan azam tahun 2012.. hehehe

    ReplyDelete
  7. samalah.dgr kata pulau jeju tu best...hmmm...pergi ar tgh tahun ni.skrng pun tgh decide nak holiday ke mana....^ ^

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.