Bab Rumah tangga ; Keluar rumah dulu baru beri tahu suami .
Assalamualaikum wbt ;'keluar' yang dimaksudkan ialah meninggalkan kawasan rumah bagi tujuan tertentu.
"keluar dari rumah kemudian setelah teringat baru sms atau call suami"
isteri-isteri kepada suami-suami masing-masing..kan !, perbuatan biasa tu lah kita taknak biasakan dalam kehidupan keluarga Islam.
Sering terjadi di zaman serba moden dan canggih ini, ramai yang mengamalkan "keluar dulu baru beri tahu"....sebab apa ?..kalau apa-apa nanti, pandai lah suami call cari isterinya kat mana..huhu, mudahnya !!
Ini khusus untuk wanita yang bergelar isteri, dan bakal menjadi isteri suatu masa nanti ;
Isteri yang taat dapat dinilai melalui bicaranya yang memperlihatkan kelembutan dan kesopanan, mereka juga tidak sesekali memerintah suaminya, berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, apabila suami masuk atau keluar rumah mereka menyambut suami dengan penuh mesra, sentiasa menghormati keluarga suami, bersyukur dengan apa yang disediakan suami serta tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
Bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak berlaku dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami itu menjurus kepada dosa dan kemaksiatan isteri dibenarkan membantah.
.. terhakisnya unsur ketaatan isteri kepada suami masakini hendaklah dilihat secara menyeluruh dan lengkap. Faktor sosio-budaya , kecetekkan memahami dan menghayati tuntutan Islam dalam berkeluarga , persekitaran yang tidak sihat dan pengaruh gaya hidup hedonisme yang berleluasa adalah antara banyak faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumahtangga .
Keretakkan perhubungan suami dan isteri yang menjadi isu kini tidak boleh hanya dilihat dari sudut yang sempit yang berkaitan dengan layanan seks semata-mata . Sikap isteri yang tak ambil kisah sangat tentang rasa hormat juga adalah penyumbangnya.
Apa yang diperlukan ialah suami dan isteri memenuhi tuntutan Islam sepenuhnya dan menjalani hidup rumahtangga harmoni yang sejati sebagaimana yang telah diteladani oleh Rasulullah s.a.w dan Saidatina Siti Khadijah r.a.a.
p/s ; pesanan dari hati ke hati "jangan buat-buat lupa, beri tahu kemana anda menghilang semasa ketiadaan suami di rumah"...
betul2..
ReplyDeletekena amalkan dari awal2 lagi...supaya jadi kebiasaan...
ikuti amalan Rasulullah saw dan para sahabatnya, mudah-mudahan beroleh berkat dan selamat.
Deleteinsyallah ..bleh praktik nanti..huhu.singgah tengahri pcl..
ReplyDeleteinsyaAllah diprmudahkan segala urusan..
DeleteAlhamdulillah.. sehingga skrg mana pun nak pergi saya beritahu dulu minta izin.. jika dah dibenarkan barulah sya bg jawapan pd kawan2 yg ajak keluar. sya jrg keluar sendiri melainkan atas urusan2 tertentu yg kdg2 suami x boleh nak temankan.. selalunya ke mana saya pergi suami pasti ada bersama even berjumpa kwn2 skali pun sya akan dtg bersama suami..
ReplyDeletealhamdulillah, patut dicontohi ..Tahniah Queen.
DeleteORANG RUMAH SAYA KALAU NAK KELUAR MESTI BGTAU SAYA DULU..
ReplyDeleteamboih ! molek sangat tuh..didikan terbaik dari suami yg baik.
DeletePCL..acik dah savekan nak bagi kawan yang baru kawin baca..
ReplyDeletebagi acik alhamdulillah..acik tak keluar rumah kalau tak bersama suami..sehingga dah tahun ke 30 berumah tangga.
Tahniah , dah 30 thn ye Acik..moga jd panduan kpd yg masih baru tu..
Deletesetiap malam dh mintak izin suamiklu nk pergi mana-mana esok. Senang sikit.hihi.
ReplyDeleteitu yg terbaik..
Deleteat least kalu apa2 terjadi, bleh trus rujuk ke tmpt yg dia pergi kn...
ReplyDeleteKena la mintak izin dulu..baru la tak menimbulkan fitnah...mana la tibe2 org nnpk keluar dgn lelaki pd hal itu kdg2 tu urusan kerja..
ReplyDeleteKena la mintak izin dulu..baru la tak menimbulkan fitnah...mana la tibe2 org nnpk keluar dgn lelaki pd hal itu kdg2 tu urusan kerja..
ReplyDeletebetul tu
ReplyDeletejangan cuba2 nak membelit
kelak nanti terbelit sendiri
Alhamdulillah setakat ni Nida banyak minta izin dulu baru keluar.. kecuali kalau keadaan darurat atau emergency..:)
ReplyDeleteSalam kenal dari rantauan..
ucualong.com
terima kasih pcl dengan ingatan ni...insyallah minta izin dulu baru kuar..hehe..tak kawen lagi..
ReplyDeleteinsyallah kalau dah kahwin nanti bolehla praktikkan..:)
ReplyDeletePara2 isteri perlu&wajib bagitahu suami kemana saja diorang nak pergi.. kalau dah keluar baru nak bagitau itu tandanya murka pada suami.. sepatutnya para2 isteri ni harus plan kemana saja nak pergi supaya perkara seperti "keluar dari rumah kemudian setelah teringat baru sms atau call suami" itu tak terjadi.. ;)
ReplyDeleteapa pun kena beritahu suami dulu, minta izin dlu, sama juga macam masa dengan ibu bapa, kita minta izin mereka dlu..insyaAllah bila dah jadi kebiasaan tak susah dah nak buat,..yang tak biasa tu yang jadi terlupa beritahu, terlupa inta izin, apa pun, kita ni manusia biasa, sering melakukan kesilapan...yang penting berubah, berubah untuk jadi lebih baik :)
ReplyDeleteseeloknya di awal perkahwinan sudah dipersetujui ttg perkara nih . jadi x perlu minta izin setiap kali . ada masanya kita lupa sbb urgent atau lainnya .
ReplyDeleteYg penting kena saling hormat menghormati dan lengkap melengkapi kerana kita berada dlm satu dunia rumah tangga yg tiada sesiapa antara suami dan isteri terlalu sempurna.....
InsyaALLAH akan bagitahu dulu pada suami kalau nak keluar..biarpun nk keluar lunch dengan kawan sepejabat
ReplyDeletebad habits never practice
ReplyDeletepd pendpt sy kena minta izin dulu atau bgtau kalau terburu2pun,tinggalkan msj kalau suami tiada di sisi ketika itu.,blh wasap.
ReplyDeleteakak p dulu br minta izin... hehe
ReplyDelete