Komen Yang Menarik buat pertama kalinya..

Tuesday, January 03, 2012 PCL 33 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

sebelum mahu komen-komen di sini, aku terbaca satu komen menarik yang agak panjang...hehe bagusnya dia,(teringin plak aku mengklik utk mengenali siapa empunya) ..cm kat bawah ni la..


Blogger Hotz Mumma said...
Kepada tuan punya status, dengan ini saya meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengomen status anda. Suka atau tidak terpulang kepada anda untuk membacanya dan berharap anda dapat memahami apa yang saya komen. ... Sebenarnya saya tidak ...tahu apa yang saya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status, bahawasanya status anda terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang komen. Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapat memahami komen saya kerana apa yang saya komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhi informasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan disini, tapi ternyata status anda memang tiada kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana secara tidak lansung komen saya ini akan memberi manafaat kepada status anda supaya status anda lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komen saya kerana apa yang saya komenkan disini akan memberi inspirasi kepada anda untuk mengupdate status baru yang lebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif. Namun cerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak lagi kesempatan yang saya ingin komenkan disini selagi facebook masih online selagi itulah saya tidak hentinya mengomen status siapa-siapa saja yang saya mahu komen. Jadi anda harus berasa bertuah kerana anda bukan saja terpilih, tetapi status anda menang menjadi kesukaan saya, ya saya suka dengan status anda dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang kesukaan saya terhadap status anda. Namun komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin anda berasa pening mahupun juling kerana membacanya tetapi tangan saya masih mampu untuk menaip komen untuk anda biarpun apa yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya saya jika dapat mengomen status anda di hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih online, maka disitulah saya mengomen dan terus mengomen siapa saja yang saya suka. Jikalaulah anda tidak meneruskan membaca komen saya disini, mungkin anda telah pengsan, mahupun sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapi jika anda sedang membaca apa yang saya komenkan disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang penyabar. Kerana itulah saya menyukai anda dan juga status anda. Maka dengan itulah lah saya akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu untuk menaip dengan lebih panjang lagi kerana apa yang saya komenkan tidaklah saya sendiri memahaminya, adalah kemungkinan anda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilah anda bahawa dalam pada saya sedang menaip komen anda, telah habis Mee Sedap 3 bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen status anda. Ya itulah kesanggupan saya mengomen status anda, dan dengan itulah berakhirnya komen saya disini.. ^_^
January 2, 2012 12:20 AM



omak aii ! ...panjangnya komen dia (isi..ada?)...apa pendapat korang, ok tak?...

bagi pcl rasanya ok kot buat  pertama kali komen...bila dah banyak kali nanti buat blogger lain menyapah plak...lain la guna ayat berbeza...

satu usaha yang bagus untuk menarik perhatian...tapi berpada pada lah.




"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

33 comments:

  1. poning pala memikirkannya

    ReplyDelete
  2. dapat komen cmni gak kt fb semalam dr cikgu jumadil a.k.a gen2merah...=)

    ReplyDelete
  3. letih baca, pening nak paham lagi.. huhu..

    ReplyDelete
  4. memang panjang...
    Pening kepala sy nak baca sampai habis...
    Hehehehehe

    ReplyDelete
  5. unutk menarik perhatian mungkin bagus kot.. tp untuk melakukan secara berterusan takut ada yg tidak berminat pula..

    ReplyDelete
  6. hahahahaha! pening! pening! panjang kot bisa juling dong! :)

    ReplyDelete
  7. wahhh byk nye perkataan komen..lebey dr sploh tuhhhh....huhuhu

    ReplyDelete
  8. rajinlah dia taip panjang2...:)

    ReplyDelete
  9. aduh..pening pulak baca!

    ReplyDelete
  10. hehehe td saya dah baca komen ni kat blog seorg rakan blogger.. mmg betul la.. mula2 mcm ni agak lucu la.. lama2 nnt tentu fedup... hhehehe makanya mmg perlu berpada-pada dlm memberi komen.. :)

    ReplyDelete
  11. Rajin mengomen kat blog orang, auntie gi kat blog dier tapi tak de post/n3 lansung ..matcam matcam
    Ishhhhh...

    ReplyDelete
  12. mmg panjang ni...kalau dh slalu2 sgt panjang2 n kdg2 tersasar dr apa yg di komen..lelama org pun mls nk bace...tp org ni mmg rajin... :)

    ReplyDelete
  13. .....mamaijat penah dapat komen segini kat wakll FB.....
    wat x tau aje.....

    ReplyDelete
  14. KOMEN MACAM BUAT KARANGAN.. :)

    TERBAIK..

    ReplyDelete
  15. rajin betul dia menulis utk mengomen...tapi komennya...maleh nak pikio...hehehee...

    ReplyDelete
  16. yang penting ada yang sudi komen..ekekekke

    ReplyDelete
  17. khusyuk gak membaco..tapi mcm takdo kesudahan jer..malas nak terus baco..hehe

    ReplyDelete
  18. panjangnya komen...sy tak pernah komen entri blogger lain sepanjang ni...hee~

    ReplyDelete
  19. kah kah kah.. isi.. ada? hehe! tak bace abes pon, tak paham dye tulis ape. penggunaan ayat sama berulang2 tapi segar dan menarik.. (:

    ReplyDelete
  20. semalam yatie ada baca juga, komen yg sama dr orang yg sama di blog mana ek, rasanya blog Ezad kut...

    ReplyDelete
  21. Omak aii.....poning pale akak, drp nak faham memula tu, jd nak pitam pulak akhirnya.......hemmm....rasa nak kenal tuannya.

    ReplyDelete
  22. komen?..isi tak ada..patut le suka komen..ok la tu sang pengomen..

    ReplyDelete
  23. khusuk ayu baca
    pening sat........
    hahahhaha

    ReplyDelete
  24. aku pernah jumpa ni dalam folder anak sulung aku minggu lepas
    memula baca rasa pelik je
    lepas tu, gelak besar pulak
    haha

    ReplyDelete
  25. huyioo. panjang nye cik li. kalah entri blog.. haha. dasat tuh :) letioh nak baco :) hehe.. jmput bc Dahulu itu...

    ReplyDelete
  26. ahahaa..mcm kate pengomen..nmpk sgt kaklimah gile sb bace komen dye smpai hbs :P

    ReplyDelete
  27. ontah... no komen...hihihihi

    ReplyDelete
  28. kredit kepada orang yang mula2 karang komen tu~he~~

    ReplyDelete
  29. pe punye komen la..xde keje agaknye.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.