Mertua 'banyak songeh' menguji menantu..

Monday, November 11, 2013 PCL 24 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Mertua 'banyak songeh' menguji menantu.. itu biasa lah  kan ..

Kerap berlaku di antara  ibu mertua dan menantu perempuannya....berpunca dari masalah komunikasi yang berlarutan (dan mungkin jg sebab musabab lain..)

Ia berlaku mungkin kerana kesukaran menantu untuk menyesuaikan diri dengan cara keluarga suaminya yang sangat berbeza dengan suasana keluarga  yang sebenar. Namun masalah ini bukanlah tiada jalan penyelesaiannya, cuma atas kebijaksanaan kita mengatasi dan merawatnya.

Lebih baik diam dari 'banyak cakap'...

Sikap mendiam diri ini boleh terjadi dalam dua keadaan. Pertama, diam kerana mengikut (patuh) dan kedua diam kerana menentang dalam hati. Diam kerana patuh dan kasih kepada mertua itu adalah sebaiknya, namun jika diam kerana menentang dan menahan rasa sakit hati dan rasa tidak puas hati itu seharusnya baiklah  dijauhi.

Kerana jika dibiarkan ianya akan menimbulkan perasaan dendam dalam hati yang mungkin akan sedikit sebanyak terzahir melalui tindak balas  terhadap mertua daripada segi tingkah laku dan riak wajah seseorang itu.

"emmm..lepas ni  bolehlah nilai kembali di mana situasi hati kita berada bila bersama mertua" .

Kita juga perlu perluaskan ilmu dan praktikkan bagaimana hendak menambat hati mertua yang adakalanya sengaja berkelakuan ‘banyak songeh’ untuk menguji menantunya.

Jika kita bijak bermain dengan emosi mertua, mana tahu suatu hari nanti kita boleh menjadi menantu yang paling disayangi…('bodek'  kena pandai ...jangan sampai nanti menantu lain 'makan hati plak'). Belajarlah untuk berkomunikasi dengan mertua secara baik kerana dengan komunikasi lah kita dapat mengenali siapa sebenarnya mertua kita itu dan begitulah sebaliknya…

Yang utamanya, menantu mesti mengasihani/menyayangi keluarga mertuanya seperti  menyayangi keluarganya sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Hubungan silaturrahim dengan mertua tidak akan terputus walaupun jika ditakdirkan 'ketiadaan jodoh' dengan anak mereka , pastikan kita sentiasa berhubung antara satu sama lain sekadar bertanya khabar.

Mak Dara and Sarimah (Ibu Mertuaku)
Mak Dara and Sarimah Ibu Mertuaku / My Mother In law (1962).....>hiasan dari google.com

p/s : teringat entri Dr Faiz tentang..nukleus-vs-kembangan.




24 comments:

  1. nasib lah mak metua rara oke =)

    ReplyDelete
  2. diam lain lak citenye...keluarga mentua ckp sombong.ssh nk puaskn ati org ni...

    ReplyDelete
  3. saya punya mertua ok jer..tak la cerewet sangat...alhamdulillah menerima menantunya seadanya...yg penting kite kene ada sikap tolak ansur jangan penting diri sendiri...

    ReplyDelete
  4. Sangat berharap agar kakcik dapat menjadi mertua yang baik nanti. :)

    ReplyDelete
  5. huhu..pcl..mudah2-mudahan sy dpt bakal mak mertua yg sporting nt..amin2..hehe

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah hubungan saya dgn mertua malah ipar duai mmg tiada masalah.. tp saya mmg sokong kenyataan yg di atas.. sbg menantu kenalah beralah, bila dtg ke rumah mertua tu sentiasalah bermanis muka walau dlm hati tiada siapa yg tahu.. sokong juga kenyataan "diam kerana menentang dan menahan rasa sakit hati dan rasa tidak puas hati itu seharusnya baiklah dijauhi." sebaiknya bawa2lah berborak, mendekati mertua.. bkn dtg rumah mertua buat hal sendiri.. mertua dpn mata pun buat xtahu aje.. confirmlah mertua tu terasa hati dan saja buat byk songeh.. kdg2 bukn mertua yg byk songeh tp menantu sendiri yg x pandai nak membawa diri dan mengambil hati apabila bersama keluarga mertua..

    ReplyDelete
  7. saya tak kawen lagi..harap2 dapat mertua yang baik hati...

    ReplyDelete
  8. mertua saya ok je. alhamdulillah..

    tapi sebaiknya jgn tinggal serumah, sbb tu memungkinkan pergeseran antara menantu-mentua.

    ReplyDelete
  9. stakat nie alhamdulillah, baik2 aja. moga berkekalan begini amin. =)

    ReplyDelete
  10. hehe ibu mertuaku jauh..lagi2 x pandai ckp melayu or english..huhu selamat

    ReplyDelete
  11. huhuhuhu...mcm intan jek. ;(

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah ibu mertuaku marbeles...:)

    10 tahun kawen tak pernah berbunyi menantu ni tak kena menantu tu tak betul. Kalau dia komplen pun berkisar anak2 dia sahaja.

    ReplyDelete
  13. mak mertua kita ok..selalu bagi duit..hehe

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...mak mertua yatie baik..macam mak sendiri

    ReplyDelete
  15. Sy teringat kwn sy yg ade krisis dgn mil die...

    Haishhh!

    ReplyDelete
  16. syuzi teringin sgt nk ade mak mentua.. tp syg nye x sempat nk merase sbb mak mentua dh ninggal mase hubby syuzi kecik lg... (^_^)

    ReplyDelete
  17. Memang suka bila dapat mertua yang baik hati =)

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  18. KAT RUMAH MERTUA SAYA LEBIH SUKA BERDIAM DIRI.. ;)

    ReplyDelete
  19. saya belum kawin ag.. tapi ade gak fikir dulu pasal sporting x sporting mak mentua nanti.. kikiki.. (:

    ReplyDelete
  20. jgn main2 ngan mak mertua...hahaa

    ReplyDelete
  21. dua2 mertua aku dah meninggal
    sekarang dok ada anak dia je tinggal sama dengan aku

    ReplyDelete
  22. rasa nak cubit mulut mak dara tu!

    ReplyDelete
  23. wah,sgt berinfomatif..bekla encik kaunseler..

    ReplyDelete
  24. Kalu dah bukan menantu pilihan, buatlah baik macam mana pun... masak ler sedap macam mana pun... pakai la lawa macam mana pun.!

    Dia tetap tak nak pandang.

    Takpa, janji anak lelaki dia sayang kita, ye tak? hehehehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.