Mulakan tugas dengan doa.

Tuesday, January 31, 2012 PCL 10 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Mari kita....sama sama menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT semoga mendapat keberkatan atas apa yang dilakukan hari ini.

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Ya Allah ya Tuhan kami,sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada pada hari ini, dan kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan yang ada pada hari ini.Ya Allah, sucikanlah hati kami daripada sifat nifaq (Munafiq) pekerjaan kami daripada amalan riya', lidah kami daripada berkata bohong dan mata kami daripada berlaku khianat. Maka sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala mata yang berlaku khianat dan apa yang disembunyikan oleh dada-dada. Dan Engkau (Allah) cucurilah dengan sepenuh rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Shalallahu 'alaihi wasallam dan ke atas ahli-ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat-sahabat baginda. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam."




alhamdulillah.

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

10 comments:

  1. En.PCL....dah lama sy tak baca catatan En.PCL tentang kehidupan seharian. Nape eh? Kekeringan idea ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mugkin gak tu..sy sendiri pun jemu baca, apa lg org lain..lama2 sekali ok kot. Thnks..pok amai2 yg perihatin.

      Delete
  2. amin..moga Allah permudahkan urusan kita :)

    ReplyDelete
  3. Semoga urusan kita seharian dipermudahkan oleh ALLAH

    ReplyDelete
  4. amin...

    ada juga sesetengah jabatan kerajaan memulakan doa sebelum memulakan tugas.

    ReplyDelete
  5. amin... semoga Allah melindungi kita dari melakukan perkara2 yg tidak baik..

    ReplyDelete
  6. insyaAllah...nak amalkan doa ni setiap kali nak mulakan hari sy..terima kasih (",)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.