Nasi Lemak Sotong pagi di Banting ..

Saturday, January 11, 2014 PCL 24 Comments





Lokasi :  Berdekatan dengan stesen teksi Pusat Bandar Banting.
Sumber gambar : Mudzaffar

Nasi lemak biasa Rm1.20/pinggan + sotong rendam Rm1/keping. ni harga lama .. harga terbaru sudah dinaikkan mengikut harga pasaran mulai Januari 2014,  ada notis kat dinding kedai .

sederetan 3 buah kedai di sini jual menu yang sama 'Nasi Lemak Sotong', sebelah Warung Kak Leha adalah Warung  Warisan Musa dan sebelahnya pula saya terlupa nama warungnya.

Nampak pada zahirnya tiada permasalahan dalam bidang bisnes yang sama, harapannya begitulah sejak dulu lagi. Warga 1 Malaysia menjadi pelanggan di sini.




bila dah sesekali makan ....emm sedap pulak, teringin nak makan puas-puas... mintak mamaD buatkan, lepas makan terus kami singgah Econsave beli ...harga terkini sotong redam adalah Rm11.99/kg dah murah sikit harganya berbanding sebelum tu Rm15.90/kg namun harga 2014 tetap naik sebab barangan runcit lain dah naik. Tak kisah sangat pasal tu.... kalau nak berjimat cermat kena makan kat rumah sendiri lah...

mamaD memang jadi kesukaanya makan menu lauk sotong kembang ni...
dan aku...sekadar memenuhi keinginan dia.

#aku suka sebut sotong getah...



p/s : terasa 'geli' sesekali bila ternampak bahagian janggut sotong umpama 'ekor cicak' membuat aku tak lalu nak makan beberapa ketika dulu...so, kalau nak buat pesanan...ambil bahagian badan lebih menyelerakan...
terpulang kepada selera masing masing (ada yang kata makan sotong ni macam makan getah  jer..haha)






24 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Nampak menyelerakan. Betul ke harganya semurah itu. Sotong tu kira mahal juga...
    Selamat bersarapan buat PCL.

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'kumsalam...sekeping sotong tu saiznya kecik je pn, mau 2 keping sorang mkn...

      Delete
  2. salam...

    sedapnya. mia memang suka nasi lemak dengan sotong ni. selalu mahal skit harganya...

    ReplyDelete
  3. Sotong rendam memang dah naik harga mendadak sekarang ni. Betul tu.

    Kami suka juga, tapi dah lama tak beli. Beli sotong putih jer wpun lebih mahal, tapi lebih enak.

    Utk ngelak macam makan getah, kena masak lama skit la kan? Leceh. Buat habis gas saja. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh taklah kakazie, mamadiana kata masak sat saja pun...amboih! takmau habis gas makan luar je lah hehe :P..

      Delete
  4. memang feveretlah nasi lemak sotong.huhu

    ReplyDelete
  5. pehhh, nasi lomak sodap. tapikan sini susah bebebor nak dpat nasi lomak sotong sodap...nasi lemak kerang best ada tak PCL??? wHATEVER TQ to PCL due to listed kan dlm lelaki pilihan paling hansome dlm ur bloglist...ehehheheh lebih lebih lak. Blog KP takde apa pun menarik hanya bercerita kisah kehidupan.Thanks again.Keep in touch.

    ReplyDelete
  6. fuhh...entry yg buat saya lapo pagi2 ni...hehehe

    ReplyDelete
  7. sotong ni sedap sedap.especially kalau makan ngan kangkung.tapi...mm...xbaik sgt untuk kesihatan.gaut nanti...kehkehkeh....

    ReplyDelete
  8. mcm sedap je
    boleh cuba nih :)

    ReplyDelete
  9. saya pun kurang gemar makan sotong ni!!...sesekali bolehlah...:)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum PCL...wah sedapnya nasi lemak ngan sambal sotong kembang tu...:)

    ReplyDelete
  11. memang feveret aie ni PCL masa dulu,berselera bila makan dengan nasi lemak...kat tapah ni ada dulu jual,sekarang tak ada dah...

    ReplyDelete

  12. Di Pasar Besar Alor Setar harga sotong kembang RM4.50 utk 3 ekor bersaiz biasa. Tapi itu harga tahun 2013. Dah masuk tahun baru, harga barang banyak dah jadi baru, tak tau pula berapa harga sekarang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Jay ; ..betul kat Kedah harga pasaran sotong kembang ni murah berbanding negeri lain..dan mungkin juga populariti sambal sotong dan seumpamanya tak memberangsangkan org sana.

      Delete
  13. Favourite sy tu PCL....sedapnya mkn nasi lemak + sambal sotong..nyum2....tp hubby dan anak x suka sgt mkn...macam rasa kertas katanya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Fidah Shah ; ..kira mcm xde rasa apa bila mkn sotong kembang...mcm mkn getah/plastik/getah..entahla.

      Delete
  14. salam PCL...

    kalau sotong kering lg sedap tau,kat tmot sy ni adda byk,bhgian janggut yg dh kering tu tersgtlah sedapnya dibuat smbl tumis n mkn dgn nasi lemak

    ReplyDelete
  15. suka tengok bisnes melayu maju dan tak ada iri hati

    ReplyDelete
  16. Haha ada pengalaman tak best yer.. Lols :) Vee tak suka sgt makan sotong, lagi2 kalau main masak. Yang dlm tin tu baru Vee suka. Hihihi

    ReplyDelete
  17. sedap ni sambal sotong. dah lama tak makan :)

    ReplyDelete
  18. alamak aiii, nampak sedap, tapi apakan daya, allergic seafood, tak boleh makan sotong huhu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.