Resepi : Apam Serabai
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ![cuak gak nak kongsi resepi kat sini nih...mamadiana ada blog tapi ...malas katanya]
....kalau dah pandai buat patut kena share resepi dengan kawan kawan yang belum cuba dan tak penah tau pasal kuih jenis ini....SERABAI memang tak asing bagi mereka yang tinggal kat utagha nu..especiallay orang Penang dan Kedah..(entri lepas ada gambarnya tgk. sini)
selain nama sejenis kuih , 'Serabai' juga membawa lain maksud iaitu...sesorang yang dirinya tak terurus (penampilan kusut masai).
okeh, dah dapat bezakan antara kuih dengan orang...haha, jom kita ushar resepinya ;
Bahan-bahan :-
2 cwn tepung beras
1/2 cwn nasi
1/2 cwn santan
1 sdk garam
2 sdk gula
1 sdk yis segera
1 1/2 cwn air
Cara-cara :-
- Kisar nasi bersama santan sehingga nasi hancur. Masukkan garam, gula, tepung beras dan air kemudian kisar lagi sehingga sebati.
- Masukkan yis segera kemudian gaul dan perapkan beberapa jam.
- Panaskan acuan serabai, ambil sehelai daun pandan dan diikat kemudian celup ke dlm minyak masak dan sapu sedikit di permukaan acuan. Biar sehingga acuan panas baru dituang sesenduk adunan kemudian ditutup dgn tudung periuk.
- Biarkan sehingga berlubang-lubang dan sehingga masak, bolehlah di angkat dan dihidangkan sama ada dgn kuah durian mahupun kuah manis.
Nota : Air tu tuang sedikit demi sedikit dan tengok kalau likat, tambah lagi air dan kacau sehingga dapat konsistensi adunan yg dimahukan.
sumber
![]() |
kalau ada acuan cmni akan nampak cantik sikit la kuihnya...tapi dah takda, belasah atas kuali kecik pon dah ok sangat tuh.. |
"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"
Salam,
ReplyDeleteTeringin ... tak pernah rasa kuih ini !
Mana gambo apam yang dah siap..mesti lagi mengancam selera.
ReplyDeleteKalau singgah ke rumah Ayu di Shah Alam pada hari Ahad nanti, bolehlah bawa apam tu. :)
tq PCL..
ReplyDeletemau cube la pas nih.. ;)
oh.. kuih itu yg namanya serabai ye..
ReplyDeletemakanan yang pelik2 je ni..hahaa
ReplyDeleteOh, serabai nie yg cicah kuah durian tu kan?
ReplyDeleteFirst time dengar nama apam ni.. agaknya kalau makan serabai tak nanti ye..hehe
ReplyDeleteboleh cuba ni PCL...
ReplyDeletesalam pcl,
ReplyDeletesaya orang kedah...tp awat tak pernah dengar pun nama kue ni?? hehe
pernah dgr tapi tak penah makan
ReplyDeletelama dulu aku pernah makan kuih ni
ReplyDeletesekarang tak tahu kat mana nak beli