Salam Pagi Pembuka Bicara 2012 Blog PCL

Sunday, January 01, 2012 PCL 8 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Alhamdulillah , kita dipertemukan lagi di Tahun Masihi 2012 ini moga bertambah ceria, bertambah rahmat Ilahi, bertambah Iman sejati....dan bertambah baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Apa yang kurang dan tidak kesampaian ditingkatkan lagi untuk mencari kesempurnaan dunia dan akhirat.
Bagi kita umat Islam khususnaya, tahun baru Masihi ini bukanlah titik permulaan segala perubahan azam seseorang... kita sudah bermula lebih awal lagi seperti mana yang kita ketahui, tahun Hijrah adalah permulaan bagi kita sebenarnya.

Tak kesah lah kita bermula di mana, yang pentingnya adalah niat untuk membuat perubahan dalam hidup daripada baik kepada yang lebih baik supaya perjalanan kita di bumi pinjaman Allah ini tidak dipersiakan sewenan-wenangnya.

Suka mengigat diri ini,kaum keluarga dan kepada semua pembaca supaya sentiasa memohon Rahmat Allah swt dalam melakukan apa jua pekerjaan demi mendapatkan keredhaan-NYA.

Insya Allah.

  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

8 comments:

  1. Biarlah azam yang kita buat itu, azam yang diredhai Ilahi sahaja hendaknya. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum PCL,terima kasih senaraikan aie dalam bloglist lelaki..^^

    *yup azam tahun baru kita dah bermula lagi awal dari tahun baru hari ini,hee..semoga dapat perbaiki akan kekurangan diri dan sama2 saling mengingati sesama kita...^^

    ReplyDelete
  3. @kakcik: mudah2an begitulah hendaknya..
    @aiEz:
    sedia menerima teguran demi utk kebaikan berama..tq.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum PCL

    Insyaallah
    meneruskan blogging dgn ikhlas

    Selamat Tahun Baru 2012

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru 2012 pcl..moga terus bersemangat

    ReplyDelete
  6. semoga perubahan dan azam baru kita mendapt keredhaan allah .. :)

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru, pcl
    moga berbahagia selalu bersama orang tersayang

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru PCL... semoga apa yang dihajati tercapai dan semoga PCL sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang... :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.