Tip Menampilkan Peribadi yang Hebat dengan Warna oleh Ustaz Ahmad Shukri

Wednesday, January 11, 2012 PCL 15 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

(sumber : klik pada tajuk)


  1. Jangan gunakan lebih daripada tiga warna setiap kali memilih pakaian untuk dipakai. (namun terpulang pada citarasa masing-masing )
  2. Sekiranya anda seorang yang pemalu, selitkan warna merah dalam gandingan warna pakaian, contohnya tali leher merah dengan baju krim bagi lelaki ataupun blaus merah dengan kain ataupun gelap bagi perempuan.
  3. Sekiranya anda seorang yang agresif, gunakan warna biru gelap, coklat lembut ataupun kelabu cerah dalam pakaian utama yang anda kenakan, contohnya kemeja. Ia adalah begi menyeimbangkan personaliti yang anda tampilkan dengan sifat agresif anda. Anda akan dilihat sebagai orang yang mudah didekati.
  4. Sekiranya anda seorang yang bertubuh besar, gunakan warna biru gelap, kelabu ataupun coklat muda dalam pakaian anda untuk mendapatkan ilusi yang kurus sedikit.
  5. Sekiranya anda seorang yang bertubuh kecil, gunakan pakaian yang bercorak alam dengan bunga yang besar. Warna pada bunga itu biarlah cerah dan terang supaya ia dapat mengalihkan pandangan orang yang melihat personaliti anda.
  6. Sekiranya anda mahu kelihatan dramatik, gunakan kombinasi warna yang kontras, contohnya hijau muda dan ungu, merah dan putih, biru gelap dan keemasan, kelabu dan oren dan sebagainya. Walau bagaimanapun ianya sekiranya perlu jika anda benar-benar berani memakai warna yang kontras.

Ustaz Ahmad Shukri Bin Yusoff


p/s : yang sifatnya pemalu itu ialah saya, ...pakaian berwarna merah hampir tiada dalam simpanan, kalau ada pun boleh diguna untuk mengelap meja saja..huhu.


 "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

15 comments:

  1. good info's...tq for sharing this...

    ReplyDelete
  2. Boleh di praktikkan ni.. tq

    ReplyDelete
  3. sama abg.long, yatie pun tak ada baju warna merah..tapi rasanya kita ni bukanlah pemalu sangat..hahaha

    paling banyak pakaian berwarna coklat

    ReplyDelete
  4. ustaz ni adik kepada ustaz zawawi yusuf ke?

    **saya tak tau identiti saya la plak..hehe..

    oh blogger #2

    ReplyDelete
  5. bg org yg bertubuh kecil.. bunga yg besar & warna yg terang.. hehehe mmg itulah kebanyakkan jenis baju yg saya ada.. corak besar2 dan warnya terang.. kuruslah katakan...

    ReplyDelete
  6. kita pun pemalu jgk.. wink2x..

    nice share*

    ReplyDelete
  7. PEMALI KE..? SAMALAH.. ;)

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana tips ini! :)

    ReplyDelete
  9. esok nak nampakkk dramatik lahh!hahah

    ReplyDelete
  10. hurm... thanks for the sharing...

    ReplyDelete
  11. acu cepat tertarik dgn warna merah & pink..apa saja benda termasuk pakaian...tapi lately nie acu cuba tambah kan warna lain dlm koleksi pakaian acu

    ReplyDelete
  12. colorful sungguh baju ustaz tu ! haha

    ReplyDelete
  13. saya pon pemalu tapi garang!! (",)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.