Benarlah, lembu tidak faham apa yang manusia cakapkan..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !...kita cakap pasal tabiat merokok yang semakin grrr !!Isu Lama
yeah..memang isu lama tetapi perlu diperkatakan untuk mengigatkan kepada mereka yang 'ketegar'. Anda jangan marahkan saya...pasti para isteri atau golongan yang anti rokok suka penghebahan ini.
Isteri : " tak tahu nak cakap apa dah...kita lebih2 nanti dicop menderhaka suami plak, antara rela dan tak merelakan tu sama banyak je...hadamkan saja".
Pelanggan kedai makan : " rimas sungguh la...sesak nafas dibuatnya, makan nasi ke makan asap kita nie !.."
Kesedaran
Setakat ini, tidak kurang daripada 20 kawasan diwartakan sebagai zon larangan merokok termasuk lobi hotel dan ruang pejabat berhawa dingin. Turut terlibat pusat hiburan, hospital atau klinik, lif awam, kenderaan awam, tempat makan berhawa dingin, lapangan terbang (kecuali kawasan yang dikhaskan), premis kerajaan, dewan dan institusi pendidikan tinggi.
Turut menjadi kawasan larangan merokok ialah tadika, taman asuhan kanak-kanak, hentian pengangkutan awam, sekolah, kaunter perkhidmatan bank dan institusi kewangan, badan-badan berkanuan., kompleks membeli-belah, kompleks sukan, stadium dan stesen minyak. Zon larangan ini diperluaskan bagi memastikan perokok tegar tidak mengganggu dan menjejaskan kesihatan mereka yang tidak merokok.
Sukar untuk menyedarkan para perokok. Mereka tahu merokok membahayakan diri, keluarga dan masyarakat. Mereka tahu asap rokok mengganggu keselesaan orang lain sehingga rambut, baju orang yang berhampiran mereka berbau asap rokok. Mereka tahu bau busuk rokok yang keluar daripada mulut mengganggu keselesaan makmum di kiri kanan mereka ketika menunaikan solat berjemaah. Mereka tahu 'melarikan diri' seketika dari anak yang masih bayi..mereka tahu semuanya itu. Tetapi mereka peduli apa? ..Mereka adalah perokok tegar !!
Kata Ulama'
Kata-kata seorang Ulama' terkenal masa kini dalam kuliah Jumaatnya di Kota Baharu sebagi dirujuk, Umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. Katanya, amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan agama dan doktor disebabkan ia memudaratkan kesihatan.
"Contohnya lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). Maka mereka yang melakukan perbuatan (merokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu,"
p/s : Benarlah, 'lembu' tidak faham apa yang manusia cakapkan.
.>elakkan-merokok-dan-jauhi-perokok.
.>korang-kena-tipu.
![]() |
aik ..lain macam je gaya ni ! |
"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"
mcm mana gaya lagi nak nasihatkan perokok ni? dah mcm darah daging dah
ReplyDeleteALHAMDULILLAH.. HAMPIR 5 BULAN SAYA BERHENTI MEROKOK.. ;)
ReplyDeleteALHAMDULILLAH.. HAMPIR 5 BULAN SAYA BERHENTI MEROKOK.. ;)
ReplyDeleteALHAMDULILLAH.. HAMPIR 5 BULAN SAYA BERHENTI MEROKOK.. ;)
ReplyDeletebercakap dengan perokok memang kompem dan sah tak akan menang kita
ReplyDeletesedih huhuhu
Salam,
ReplyDeletePCL, jadi LF ni bukan lembu ! Ada cadangan nak buat entri tentang perkara ini ... tapi tak jadi takut nanti ada yang terasa pulak walhal fatwa pun sudah ada.
salam, jom follow blog akak, nice info..thanks
ReplyDeletesalam, jom follow blog akak, nice info..thanks
ReplyDelete@luahfikiran ... mari kita: nak tunjuk 'keteagaq' jugak pcl nih..haha, paham kot Dato'.
ReplyDeletelembu yang minum air garam ditangan tuannya akan dengar cakap tuannya. Lembu yang berjalan bersepah sepah dan tak sekolah cuma faham isi perutnya sendiri sahaja
ReplyDeletepa leh buat.. dah namanya ketagih... orang macam tu perlu bimbingan berterusan.. kalau setakat nasihat konfom tak masuk punya... ehehe
ReplyDeleteassalamualaikum PCL...kesedaran itu sepatutnya lahir dari diri si perokok itu sendiri makin ditegur makin kerap lg rokok tu jadi hisapan mereka...:)
ReplyDeleteSalam PCL,
ReplyDeleteHidung saya ni sensitif bila ada orang merujuk berhampiran, walaupun saya tak nampak, tapi sekejap jer, saya akan bersin, bersin, dua tiga kali.
Kalau lama menunggu saya akan kena selsema.
Jadi baguslah banyak tempat yang tak boleh merokok.
wah keren masbrotthh :D
ReplyDeletemasntepp
@fairus: tahniah buat anda...tak semudah yg disangka utk terus berhenti merokok.
ReplyDeletealhamdulillah...suami yatie tak merokok, dan di harap lelaki2 yg merokok akan sedar cepat sebelum terlambat
ReplyDeletesaya anti merokok :)
ReplyDeleteabah isap rokok.. haiihh..kena slow talk dgn abah nie..
ReplyDeletesusah nak lentur orang yang dh anggap dirinya bagus..
ReplyDeletehehheehe. jahatnya ayat ayu..
assalamualaikum pcl,aie memang tak suka perokok ni...kalau member sebelah sembang lepas tu borak nak keluar rokok sambil borak awal2 lg dah cakap kat dier suruh simpan jer rokok tu...kadang mana yg degil tu ada jer aie basuh cakap bazir bakar duit jer beli rokok..baik rm10 tu digunakan untuk topup ke sedekah ke ada jgk faedah...tak tahan kena leter smpai ada yg xrokok depan aie..hehe
ReplyDeleteno smoker here! TQ.
ReplyDeletehehe~ terover plak.
salam..mmg susah nak berhenti ni...perlukan azam yg tinggi...
ReplyDelete