Hidup biarlah beradab..

Monday, January 13, 2014 Nazlee Ismail 20 Comments

...biar siapa pun kita.

Bagi yang tidak faham maksud adab, eloklah diperturunkan sedikit maknanya.

Adab membawa maksud sopan. Beradab juga membawa maksud baik budi bahasa, bertertib, baik perangai dan kelakuan; bertamadun, berkebudayaan dan  maju kehidupan.

Lawan adab pula ialah biadab. Maknanya mereka yang tidak beradab ini ialah orang yang biadab. Orang yang tidak beradab ini juga boleh dikatakan tidak bertamadun. Tetapi hari ini, ramai yang tidak peduli soal adab sama ada adab ketika berkata-kata, berkelakuan atau berpakaian. Mereka bukannya tidak tahu soal adab ini tetapi ada sesetengahnya sengaja melanggar adab semata-mata mahu menunjukkan keegoan. Apa yang penting, mereka berjaya menunjukkan sikap tidak beradab di hadapan orang ramai. Mungkin mereka ini mahu disanjung rakan-rakan kerana berani melanggar adab.

Kata orang, matlamat menghalalkan cara. Mereka itu mampu menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka berani melanggar adab kerana adab bukan satu peraturan atau undang-undang yang wajib dipatuhi. Dan tentunya bagi mereka yang berpendirian seperti ini akan berasa lebih bertamadun ?

#golongan orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya..




# jagalah adab sopan sesama kita  walau di mana berada, ... bukan nak sekolahkan sesiapa cuma sekadar ingat mengigatkan.




20 comments:

  1. adab adalah nilai atau value yang diterapkan sekian lama...atau dipelajari


    Entry Terkini Blog2shout: Klik sini..:)

    ReplyDelete
  2. tanpa adab tapi sentiasa biadap,tiada makna hidup dalam dunia ini...kenapa?kerana keje asyik mengumpul musuh... >_<

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum PCL

    muka cantik tapi tak beradap ...hancusssss

    ReplyDelete
  4. Salam..terima kasih singgah ke blog saya.Org melayu & adab sopan mmg seiring,cuma kdg2 ada yg xtau nak bersopan santun....

    ReplyDelete
  5. Ada juga bila depan orang, punyalah baik akhlaknya. Bila belakang orang, hancur. Sebab nak kena pujilah tu.

    ReplyDelete
  6. orang biadab mudah dikenali dengan sikap bidabnya.tak dak untung pun kalau dikenali dengan cara macam tu..

    ReplyDelete
  7. adab perlu sentiasa dijaga agar nanti tak jadi biadap...kalau anak biadap pada orang lain,bukan setakat anak tu jer yg dikata,tapi orang tuanya juga...jadi sama2 jaga adab dan budi bahasa agar terpelihara...

    ReplyDelete
  8. betullah abg.long, kalau pergi mall, malu kadang2 kita, lihat cara sesetengah orang bercakap dan perbuatan..

    ReplyDelete
  9. salam PCL..baru berkesempatan singgah sini,betul biarlah kita beradab..kelak dihormati..

    ReplyDelete
  10. betul2.. skrg nie xramai da yg beradab

    ReplyDelete
  11. skang budak2 dh x macam duu..

    ReplyDelete
  12. huh dahsatnya tunduk...hidup tanda adab ni jadi cam lauk tanpa garam la...x best sbb ramai x suka...

    ReplyDelete
  13. betul PCL, kita marah, kita sedih atau kita suka, biarlah hidup ini penuh dengan adab

    ReplyDelete
  14. Kalau kita dpt kalau emosi kita...dptlah kita mengawal adab...

    ReplyDelete

  15. Malangnya mereka yang tak beradab itu tidak tahu pandangan orang lain terhadap mereka. Bagi mereka apa yang mereka buat tidak salah kerana di tangan mereka tiada cermin utk melihat diri sendiri.........

    ReplyDelete
  16. Masyarakat melayu mmg dari dulu lagi telah diterapkan dengan adab. Malah agama jg mementingkan adap sopan (kebaikan). InshaAllah..sama2 lah kita menjaga adab sesama insan & Allah :)

    ReplyDelete
  17. Betul tu.. Klu bijak pndai tp xde adab x guna...

    ReplyDelete
  18. Hidup biar lah beradab...

    ReplyDelete
  19. Syukran atas peringatannya PCL.. kita semua sememangnya perlu kerap diberi peringatan2 sebegini.. takut ada yg tergelincir..

    ReplyDelete
  20. zaman sekarang adab ni dah kurang diamalkan, harap dengan perkongsian PCL ni ramai yang sedar kepentingan beradab :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.