Hidup Manusia..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan ajaran Al Quraan..
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya ramai dikalangan kita yang hanya mengikut kehendak hati dan tidak sanggup menerima penderitaan.
Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri. Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"..
![]() |
Hanis Umairah, 11 |
.., tapi kalau cmni rupa, hilanglah nikmatnya..
![]() |
gambar hiasan...huhu wekk !! |
"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"
gelinyanya tgok cicak tu,selamat cicak tu..kalau tak,aiskrim berperisa cicak le gamaknya..
ReplyDeleteye,betul la apa yg PCL katakan tu..
nice entry ! suke2..
ReplyDeletewekk ! hilang nikmat aiskrim perisa cicak.-.-
eeeee cicak dalam aiskrimm
ReplyDeletebetul hidup perlukan perjuangan,pegorbanan..kena tabah..moga dikuatkan semangat hadapi cabaran hidup..lama xmakan aiskrim..hehe
ReplyDeleteerrrmm.. entri yg sangat bererti bg Queen... diri sedang bercelaru... dugaan yg perlu dihadapi rasa tak tertanggung.. tp kugagahi jua... thanx PCL utk entri ni. mengembalikan semangat saya yg hampir pudar..
ReplyDeletePERGHH.. AIS KRIM CICAK..
ReplyDeletenk muntah pulak ase tgk gambo cicak tu...hilang selera makan ice cream dahhh >_<
ReplyDeleteHISHHH....mmg geli lah tgk cicak dlm eskrem tu. tak selera terus. hehe
ReplyDeleteyummy.. aiskrim..hehe..
ReplyDeletenikmati hidup kita sebelum ia hilang..:)
Bia bnr? Dlm eskrem ade cicak? Euuuwww!
ReplyDeleteallah..
ReplyDeleteyak...tobak kalu cheqna yang terkena tu memang muntah hijo ler...
Salam,
ReplyDeleteSuka baca entri ini .. terkesan. Satu perkara baru untuk LF iaitu hidup umpama aiskrim .... betul2