Jom Solat Dhuha : Ingat mengigatkan tentang tata cara bersolat dhuha.

Wednesday, February 01, 2012 Nazlee Ismail 16 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Jom solat dhuha.... (pagi ini) ambil masa sikit.. boleh la  dimulakan, bagi yang dah biasa buat ..alhamdulillah teruskan...selamat ber'amal.

Solat Dhuha adalah solat sunah yang dilakukan setelah terbit matahari (mulai jam 7 sampai menjelang masuk waktu Zhuhur). Waktu paling afdhal adalah ketika matahari sedang naik ( kira-kira jam 9.00 ).



niat solat sunat dhuha
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


doa selepas solat sunat dhuha
 Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Tata Cara Solat Dhuha


Berikut ini tata cara melakukan solat dhuha:
1. Berniat untuk melaksanakan solat sunat Dhuha setiap 2 rakaat 1 salam. Seperti biasa bahwa niat itu tidak harus dilafazkan, karena niat sudah dianggap cukup meski hanya di dalam hati.
2. Membaca surah Al-Fatihah
3. Membaca surah Asy-Syamsu (QS:91) pada rakaat pertama, atau cukup dengan membaca Qulya (QS:109) jika tidak hafal surah Asy-Syamsu itu.
4. Membaca surah Adh-Dhuha (QS:93) pada rakaat kedua, atau cukup dengan membaca Qulhu (QS:112) jika tidak hafal surah Adh-Dhuha.
5. Rukuk, iktidal, sujud, duduk dua sujud, tasyahud dan salam adalah sama sebagaimana tata cara pelaksanaan shalat fardhu.
6. Menutup solat Dhuha dengan berdoa. Inipun bukan sesuatu yang wajib, hanya saja berdoa adalah kebiasaan yang sangat baik dan dianjurkan sebagai tanda penghambaan kita kepada ALLAH.

Sebagaimana solat sunat lainnya, Dhuha dikerjakan dengan 2 rakaat 2 rakaat, artinya pada setiap 2 rakaat harus diakhiri dengan 1 kali salam.

Adapun surah-surah yang dibaca itu tidak ada hadis yang mengaturnya melainkan sekedar ijtihad belaka, kecuali membaca Qulya dan Qulhu adalah sunnah Rasulullah, tetapi bukan untuk solat Dhuha, melainkan shalat Fajr. Kita tidak dibatasi membaca surah yang manapun yang kita sukai, karena semua Al-Qur’an adalah kebaikan.

Doa sesudah sholat dhuha pun tidak dibatasi, kita boleh berdoa apa saja asalkan bukan doa untuk keburukan.  - sumber




p/s : masih sempat lagi, jika terlepas hari ini lakukanlah esoknya, mudah-mudahan ia akan jadi kebiasaan dengan tanpa lupa kerana ia banyak fadhilatnya.



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

16 comments:

  1. Salam,

    Terima kasih kerana mengingatkan rakan2, berkejarlah mencari keredaan nye.

    ReplyDelete
  2. nice entry..
    singgah sini sudah..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum PCL..mekacih atas n3 ini moga kita akan dpt keberkatannya selalu...jom kita lakukn solat dhuha ini moga dpt keberkatan dr Allah...amin...:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah masih kakak amalkan sebab itu org agak pelik bila kakak pergi kerja kenapa tak salam dgn hubby, sebenarnya sebab kakak ada wudhu'(sayang nak pakai foundation lagi - kedekut hihi...) bila sampai office dah boleh bersolat dhuha...

    ReplyDelete
  5. salam PCL, lama x sggh sini..PCL pa kbr? :)
    thanks for sharing this info & mengingatkannya,
    bapa pun slalu pesan, amalkan solat dhuha ni..bsr fadhilatnya..

    ReplyDelete
  6. terima kasih PCL kongsi entry nie :)

    ReplyDelete
  7. senang nak hafal doa dhuha tu kalau ikut style kumpulan in-team bernasyid.. 4 kali ikut, gerenti dah boleh hafal..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. tq PCL, bagaikan satu hidayah buat sy bila baca entry ni.

    ReplyDelete
  9. insyaAllah setiap dari kita yg amalkan lps baca entri ni pahalanya PCL dapat... berkongsi ilmu itu mmg tidak merugikan... terima kasih PCL di atas ilmu dan ingatan ni..

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Terima kasih atas usaha perkongsian .. yang tak tahu, belajar ... yang dah tahu, ulangkaji .. bagus ! Solat ini tak mengambil masa yang panjang dan tempuh masanya lama ... jadi seharusnya no problem semasa kat pejabat

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum PCL.banyak fadhilat solat dhuha ni terima kasih perkongsiannya...

    ReplyDelete
  12. BAGUS.. TERIMA KASIH BERKONGSI..

    ReplyDelete
  13. nice entri..terima kasih info berguna ini.

    http://akutetapaku85.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. salam pcl..perkongsian yg baik..solat dhuha,murah rezeki..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.