Kalau ada kawan buka kedai..Jangan minta diskaun, Boleh ?

Friday, February 17, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !..tajuk tu saja je..

Ada kisah disebalik kisah 'Rahsia Kekayaan Apek' *bukan  gitu gitu Apek dan juga bukan Apek goalkeeper. Rahsia Kekayaan Apek ini adalah untuk iktibar sahaja bukan  isu perkauman dalam negara Malaysia yang berselogan 1 Malaysia..(dari Fb kita share di sini, yg sudah baca pun boleh teruskan membaca entri yg lain).

*****  **  *****

Berseluar pendek, Bersinglet, Berselipar Jepun tapi poket di kiri dan kanan berkepuk-kepuk.

Inilah al-kisah nya....

Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran melayu? Sayang kucing? Kucing makan banyak?


Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kat kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik. Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England. Apa ada dalam fikiran melayu? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang?


Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu. Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya. Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.


Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."


Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

gambar hiasan,  Apek google ?



kredit untuk :

Raraa Watie sape nak share sila..sila
23 hours ago · 




"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

12 comments:

  1. sangat setuju
    tapi sya jarang ke kedai kawan kawan, sbb segan kalau diorang bg diskaun, rasa macam aduhai..malunya dan tak sampai hati pun ia jugak.

    ReplyDelete
  2. kawan sepatutnye bg sapot pade kawan, kan. ;)

    ReplyDelete
  3. e2lqh kalo kita lihat skrg, apek2 lbh maju dr kita (^_^)

    ReplyDelete
  4. RAKAN SAYA BERHENTI KERJA DI JB DALAM BIDANG MINYAK DAN GAS LALU MEMBUKA KEDAI RUNCIT DI MELAKA. SAYA DATANG MELAWAT UNTUK LIHAT PERKEMBANGAN DAN INGIN MEMBERI SOKONGAN. MASA BORAK-BORAK DIA AMBIL SEBUKU ROTI KRIM DAN SETIN AIR NESCAFE DAN BERIKAN PADA SAYA DENGAN MENGATAKAN DIA BELANJA. ERM.. NAK BUAT MACAM MANA, SAYA BERI DUIT TAPI DIA MENOLAKNYA.

    SEKARANG SAYA LIHAT, KEDAINYA BERTAMBAH MAJU. SUDAH BANYAK BARANG PERNIAGAAN MEMENUHI RUANG.

    ReplyDelete
  5. Inilah realitinya bangsa kita... nak segalanya murah tanpa ingin membantu...

    ReplyDelete
  6. sokonggggggggggg.lgi berurusan ngan kawan lg susah kdg2.manjang nak diskaun je... :)

    ReplyDelete
  7. betul2.. mentaliti org melayu nie kurang dr ca ya nun alif.. suke ambil kesempatan dlm kesempitan..

    #berubahla melayu.. :)

    ReplyDelete
  8. tu lah..kadang2 segan nak pergi kedia kawan2 sebab selalunya dorang akan bg free..

    dkan pon ada niaga kecil2 tapi tu lah biala kita niaga untung tak banyak sekadar lepas duit minyak :)

    ReplyDelete
  9. x mtk diskaun pun, kdg2 kwn bg free lg hoho

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...bantu sesama kekawan kan bagus yer x...:)

    ReplyDelete
  11. setuju ngan abg.long, kadang2 orang kita ni, nak kaya cepat je..

    ReplyDelete
  12. saya terkedu tak boleh nak kata apa2..
    lagi2 part masjid tu..
    serius sebagai org melayu saya malu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.