Lucah atau mencarut ...
...ADALAH DOSA .![]() |
.. boleh ke dipadam padam dgn eraser...hurm ! |
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !
Ada keterangan di dalam kitab berdasarkan Hadis bahawa banyak gurau senda diiringi pula dengan ketawa akan menghilangkan seri wajah dan menjatuhkan wibawa. Gurauan yang berlebihan diselitkan pula dengan sindiran akan membawa kepada renggangnya persahabatan.
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)
Terdapat juga dalam kitab tasawuf yang mengatakan bahawa gurauan dan ketawa berlebihan itu mendatangkan kesat hati dan menghilangkan kekhusyukan. Puncanya ialah hati amat lalai dari Tuhan dan hilang takut kepada Akhirat.
Rasulullah SAW juga bergurau dan berjenaka, tetapi masih dalam berkata benar. Sesuatu yang lucu disambut oleh Rasulullah SAW dengan senyuman lebar hingga boleh dilihat gigi gerahamnya, tetapi tidak sampai ketawa berdekah. Itupun seringkali Rasulullah SAW menutup mulutnya dengan tangan.
Rasulullah juga tidak bercakap lucah walaupun dengan perkataan double meaning. Lucah atau mencarut adalah dosa. Lucah juga adalah sesuatu yang bersifat aib atau malu.
Sifat malu pula adalah sebahagian dari iman, bahkan kedudukannya adalah sebagai benteng iman.
Sikap inilah sebagai gambaran kepada akhlak Rasulullah SAW yang sebenarnya.
"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"
org skarang..mncarut tu dh mcm zikir
ReplyDeletesesedap rasa mulut je nak mencarut. haih.
ReplyDeletebetullah abg.long, terlalu ketawa tak boleh, mencarut lagilah...sebab itu kita disuruh berwaspada dengan kata2
ReplyDeletethanx PCL 4 sharing....apa yg PCL tulis ni, semua sebati dalam kehidupan hamba bernama manusia...
ReplyDelete**PCL, saya memang cikgu Bahasa Arab (",)
orng sekarang cakap ikut suka ja..
ReplyDeletesusah nk tapis..
good entry ... nasihat ni :D
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteLF pun pernah dengar hadis segini ... Kurangkan ketawa dan kurangkan bercakap ... berkata dalam perkara yang perlu sahaja. PCL, ke mana hujung minggu ni ?
setuju dgn LF..PCL nak ke rumah cinnamon kut..
ReplyDeletesalam perkenalan. baru follow sini.
ReplyDeleteIni pendapat aku mengenai AJL26.
jemputlah tengok
http://awieomar.blogspot.com/2012/02/anugerah-juara-lagu-26.html
assalamualaikum PCL...yer la percakapan yg x elok haruslah dielakkan x sedap bila org lain mendengarnya...:)
ReplyDeletekite skrg, suke gelak2 sampai mcm dah bukan manusia.. ckp pulak bende2 yg mengarut.. pkr yg sensitif dah x jadi malu.. semua pkr leh jadi bahan bualan.. walaupun berkaitan keaiban sendiri..
ReplyDelete