MALU...bukannya tersipu-sipu !

Thursday, February 23, 2012 PCL 16 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Ada hadis mengatakan “Malu itu separuh dari iman”. Tetapi ada juga pepatah yang mengatakan “Malu bertanya sesat jalan”. Jadi, malu pada tempatnya adalah baik. Tetapi jika malu untuk berbincang/bertanya ke arah kebaikan, memang banyak kerugian.

Hurm ! Anda bagaimana ?


just shy, not antisocial...(U can talk to me!)


*** ** *** ** *** ** ***

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.”
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.
Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a: “Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”
(al-Bukhari).

Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif ,bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif.

Maka sifat malu itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif.

>dikutip dari sumber ini

PCL : ..no comment , bajet retis la plak haha !


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

16 comments:

  1. SIFAT PEMALU SAYA PADA SUATU KETIKA DAHULU MEMBUATKAN SAYA DAPAT MENGELAKAN DIRI DARI TERJERUMUS DALAM LEMBAH KEJAHATAN.. ALHAMDULILLAH..

    ReplyDelete
  2. perumpamaan "malu bertanya sesat jalan" - yg ini selalu saya praktikkan bila kena outstation ke tempat2 yg tak biasa dan bertanya hal berkaitan kerja ..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum PCL...sifat malu tu sebenarnya bagus tapi biarlah kena pada tempatnya kan...:)

    ReplyDelete
  4. seorang perempuan kalau dah hilang sifat malu, habislah dunia....

    ReplyDelete
  5. suatu hari nak pergi rumah kawan,memang sesat pun,entah pergi mana2 entah ,masaalahnya bukan malu bertanya,tapi malas nak bertanya..

    ReplyDelete
  6. @cinnamon.com: tu dah jd ego tu..cm pcl gak, taktau tp buat2 tau jalan.

    ReplyDelete
  7. kena bertempat la kalau nak malu sekalipun kan..hee~

    ReplyDelete
  8. setuju dengan malu biar kena pada tempat...yang pasti sebagai orang Islam terutama perempuan sifat itu paling diharapkan

    ReplyDelete
  9. ye malu kena bertempat..

    ReplyDelete
  10. thnaks atas pengkongsian..
    tazkirah y bagus

    PS: ayu oun selalu malu bila tak singgah blog kawan2

    ReplyDelete
  11. SIFAT MALU ADALAH SIFAT SEORANG PEREMPUAN..IF DA ILANG SIFAT MALU X TAU LA NAK KATEGORIKAN SBG APE...ERMMM

    ANYWAY TQ FOR SHARING,,,

    ReplyDelete
  12. ya semoga dengan malu salah satunya terhimdar dari hal yang negatif . . .

    ReplyDelete
  13. Malu kena perlu pada tempatnya..

    p/s: saya ni jenis pemalu kot... hehe

    ReplyDelete
  14. malu biarlah bertempat kan PCL hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.