MASALAH SINKI TERSUMBAT

Tuesday, December 24, 2013 Nazlee Ismail 21 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Saya nak berkongsi bagaimana hendak selesaikan MASALAH SINKI TERSUMBAT

Rumah zaman moden ni kekadang tu ada gak masalah berbangkit...dan lumrahnya singki tersumbat dan seumpamanya yang berkaitan, ...contact  plumber..berapa dorang mintak ?, kita bayar..senang ..mudah tak payah nak pening kepala. Siap Rm400 paling mahal yang penah saya dengar, tak pun paling murah Rm200 tunai sekali buat.

korang penah kena  (hadapi masalah yang sama) ke??

ni ha, kalau ada benda ni senang sikit, mau ada skill jugak nak guna nih..

plumbing snake -  masukkan hujung coil spring tu dlm lubang  'flow trap'  ..dan pusing  picunya. (harga kurang Rm20/pc)


...dah masuk dalam lubang  floor trap agak agak dalam kemudian tarik slow-slow...kalau nasib baik, semua rerambut  atau sampah ikut keluar.. Itulah puncanya sinki selalu sumbat.

ada lagi satu benda nak tunjuk...


flexible plunger : cari local brand pon ada..ni dari google sebagai gambar hiasan.


flexible plunger ini mahal sikit harganya (tak pasti berapa Rm..barang import, biasalah)..tapi berbaloi kalau ada, mudah kerja...tolak tarik ke dalam lubang flow trap yang tersumbat tu. Batang paip boleh lentur dan hujung terdapat plat getah berbentuk CD sebesar saiz lubang floor trap , untuk memampat semasa proses tolakan. .

...saya pun belajar melalui web forum nih : Klik SINI untuk panduan/perbincangan permasalahan..



TIPS : untuk mengelakkan saluran paip sinki daripada tersumbat oleh sisa-sisa lemak  ialah :

  • mencurahkan air yang betul2 panas ke dalan sinki sekurang2 nya sebulan sekali.....
  • mencurahkan cecair peluntur yang sesuai untuk penguraian sisa sekurang2 nya 2 bulan sekali.
  • jangan buang terus sisa ke dalam sinki sewaktu mencuci, sebaliknya buangkannya ke dalam tong sampah terlebih dahulu.


p/s : ..saya bukan tukang paip, jangan nak memandai suruh  repair paip air atau tandas  rumah korang plak yer..haha.



  [PANAS] SuperIsteri akan menghuru-harakan suami mereka!


21 comments:

  1. nice tips!! terima kasih sebab share.. :)

    ReplyDelete
  2. tips yang boleh digunakan bagi gadis-gadis. hihihi

    ReplyDelete
  3. benda ni suma da kt rumah sy...tpi jrg guna...sbb stil pggl plumber
    dah folo

    kenapa nak sedih?
    kenapa nak menyesal sebab putus cinta?
    patut ke menyesal?
    http://pulsowanie.blogspot.com/2012/02/kenapa-nak-menyesal-sebab-putus-cinta.html

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi PCL,bagus tips nie..sinki tersumbat memang pernah jadi..memang mahal kalau nak panggil plumber..

    ReplyDelete
  5. memang sakit hati kalau singki tersumbat hahaa

    ReplyDelete
  6. akak takde masalah sinki tersumbat..tp lubang kat bilik air tersumbat pulak..sahlah banyak rambut dan sampah dah tersangkut..skrg ni cuma guna satu bilik air..payah sebab kena berebut..

    ReplyDelete
  7. Entri ni cool. Sy selalu risau takut sinki sumbat. Tak sinki, lubang toilet tuh. Risiko tinggi. Rmbt klu setiap kali cuci, mst ade yg gugur. Dah tu, rambut pun masuk le dlm lubang tu. TQ sbb sharing benda yg bermanfaat nie!

    ReplyDelete
  8. huhuhu, br je nak tempah ciklie tadi ahaa. hany guna mr.muscle yg mmg utk clog tuh, ok la brkesan gak. tp kang ciklie, better prevent la kan, jgn la semua main buang je dlm sinki, guna la jarang tapis tu kang, takpun sisa2 tu masukkan dlm tong sampah dulu. naya owh bila dh trsumbat ni

    ReplyDelete
  9. sinki tersumbat xpe lg PCL jgn tggl kn pinggan mangkuk smpi berbukit kt sinki tu udah ler...tu yg buat sy lbh hangin

    ReplyDelete
  10. haha..semlm sinki umah tersumbat,rimas btol nk bsuh pinggan mangkuk pon ssh.sib baik ada en.somi yg terror tulun setel kn^_^

    ReplyDelete
  11. Brg tu beli kat mabe bro?

    ReplyDelete
  12. @Asri Redzuan,...sy beli kat kedai hardware, perkakasan plumbing.

    ReplyDelete
  13. minyak pun jangan buang dalam sinki..kalo tak...

    ReplyDelete
  14. Di rumah saya jugaada standby "plumbing snake", satu saiz besar satu lagi saiz kecil. Ia memang sangat2 membantu bila sinki atau bilik air tersumbat...

    ReplyDelete
  15. saya br je..tarik nafas lega bab paip atau singki tersumbat ni... panggil plummber sudahnya... 300 melayang...sampai 2 kali juga dia buat...akhirnya...suami juga yg betolkan...sekarang dah ok

    ReplyDelete
  16. Errmm.. bagus juga tips nie... cecair peluntur yerrr...!
    Thanks PCL.. :D

    ReplyDelete
  17. 2 minggu sekali mmg curah air pnas... mmg elakkn sisa mknn dibuang dalam singki...

    ReplyDelete
  18. kalau masalah plumbing (paip sumbat atau bocor) biasa buat sendiri. tapi sekarang ni tandas pulak sumbat! aduyai...

    ReplyDelete
  19. entri lama ni ye PCL to sgt bermanfaat. . tq

    ReplyDelete
  20. plumbing snake tu KM pernah tgk PCL... memang murah harganya... bolehla standby satu... tp yg flexible plunger tu belum penah tengk lagi...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.