Musim Bunga yang Pertama : Rabiul Awal

Thursday, February 02, 2012 PCL 8 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !



Rabiulawal adalah bulan ketiga mengikut kalendar Islam. Rabiulawal bererti musim bunga yang pertama. Ia amat terkenal di kalangan masyarakat Islam kerana di dalam bulan inilah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan iaitu pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi. Perlantikan menjadi Rasul pada 9 Rabiulawal bersamaan 610 Masehi dan kewafatan baginda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam pada 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijriah.

Sebagai Hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dan Rasul-Nya hendaklah mengingati hari kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan memperbanyakkan zikir dan selawat tanda bersyukur kepada Allah diatas limpah kurnia-Nya mengutus Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang membawa manusia ke jalan kebaikan dan menegah daripada jalan kejahatan.

Kewajipan kita sebagai umat baginda ialah menyambung perjuangan baginda itu dengan menyeru manusia kepada jalan Allah dan menegah daripada perbuatan mungkar.

Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah Ali-Imraan ayat 31-32:

Terjemahannya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir".


>sunmber

alhamdulillah...jemaah masjid dan surau surau kawasan berdekatan, selepas solat waktu bersalawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam .


  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

8 comments:

  1. terima kasih.. kini barulah tahu makna disebalik Rabiulawal .

    ReplyDelete
  2. Kumbang datang sini. Nak bunga satu boleh? Huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. dulu kalau maulidur rasul ni mmg disambut dgn meriah kat kampung Queen cuma skrg ni langsung tak meriah.. bila mana umat Islam sudah tidak lg bersatu.. hanya kerana kuasa habis perkara yg indah utk disambut ini terus dilupakan.. sedih tau PCL...

    anyway sama2lah kita berselawat ke atas Junjungan besar kita...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum PCL...mekacih yer...:)

    ReplyDelete
  5. selamt tghari PCL..indah maksudnya..salam maulidur rasul

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.