Pelihara hamster berisiko diserang virus air kencing tikus - UTUSAN MALAYSIA

Tuesday, February 14, 2012 PCL 12 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ! - myShareInfo

HULU TERENGGANU 13 Feb. - Orang ramai khususnya kanak-kanak yang gemar memelihara haiwan dari spesies tikus, hamster perlu berwaspada kerana mereka berisiko dijangkiti virus air kencing tikus yang boleh membawa maut.

Ini berdasarkan kes seorang mangsa yang memelihara haiwan tersebut dipercayai telah diserang virus Leptospirosis itu.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Telemong, Rozi Mamat.

Beliau yang enggan menjelaskan secara terperinci mengenai mangsa terbabit mengakui mangsa merupakan kenalan rapat beliau.

Menurutnya, kedua-dua tangan dan kaki mangsa terpaksa dipotong setelah dipercayai ada kaitan dengan virus air kencing tikus.

Justeru, beliau menggesa pihak berwajib termasuk Kementerian Kesihatan supaya segera membuat pemantauan mengenai hobi memelihara hamster bagi memastikan haiwan itu tidak mendatangkan kemudaratan.

"Kita menggesa pihak berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan agar pantau perkara ini dan sekiranya benar-benar boleh memudaratkan, tindakan drastik perlu diambil.

"Ini kerana, kita tahu haiwan sangat diminati ramai terutama kanak-kanak untuk memeliharanya. Pastikan ia tidak berbahaya dan selamat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penyampaian Sumbangan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Rozi turut menasihati orang ramai khususnya masyarakat Orang Asli di perkampungan itu agar sentiasa menjaga kebersihan termasuk meminum air bersih yang dimasak bagi mengelak diserang virus tersebut.

Ini kerana jelasnya, sebelum ini, perkampungan itu digemparkan dengan puluhan Orang Asli di situ termasuk murid sekolah terpaksa dirawat di hospital akibat dipercayai diserang virus Hepatitis A dan virus air kencing tikus.

Oktober tahun lalu, Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan dua daripada 24 Orang Asli di penempatan Sungai Berua, Hulu Terengganu dijangkiti wabak kencing tikus atau virus Leptospirosis.

Seramai 13 lagi Orang Asli disahkan menghidap Hepatitis A atau penyakit kuning manakala sembilan yang lain masih belum diketahui statusnya.

Kesemua mangsa terdiri daripada sembilan orang yang berusia satu hingga enam tahun diikuti tujuh hingga 12 tahun (tujuh orang), 12 hingga 17 tahun (tiga orang) dan yang berusia 18 tahun ke atas (lima orang).


"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

12 comments:

  1. Terima kasih kpd saudara dan kawan2 yg memberikan komen dan saranan positif juga dari akhbar Utusan Malaysia yg menyiarkan hebahan berkenaan bahayanya hamster ini.

    ReplyDelete
  2. ee,takutkan..apa mcm nak bela tak?..

    kena hebah kat org selayang ni.

    ReplyDelete
  3. ishh bahaya ni, mmg hamster kiut kecik molek kan,tp kena fikir jugak la kan. cikli kalau sugarglider tu lak cmner eh? eh tu kategori anak branak tikur ker...ahaha

    ReplyDelete
  4. kak liza memang tak suka bela2 ni, tak larat nak layan najis. nak kemas rumah pun tak terbuat. perlu ada minat mendalam. kalau macam ni lagilah kena berhati-hati.

    ReplyDelete
  5. Fuhh! MCm ne tu? Nak teruskan niat ke mcm ne?

    ReplyDelete
  6. @Pok Amai-Amai:@cinnamon.com:
    ..kena pulang balik kat tuan asal dia, lebih baik cegah awal dari nanti nak susah2 berubat ..

    ReplyDelete
  7. @mzhany: mehei bebeno sekor tu...

    ReplyDelete
  8. BUI MMG TAK SUKA BINATANG YG BERBULU2 NI..EIII,GELI..HEHE

    ReplyDelete
  9. bahaya niii... jadi sape2 yg bhasrat nk bela hamster tu batalkn sj niat tu dmi kslamatn nyawa kita!

    ReplyDelete
  10. yeke??ramai jugak orang yg suka bela hamster ni..nk share dkt fb boleh??hehe

    ReplyDelete
  11. Banyak betullah virus yang muncul belakangan ini. Kena tingkatkan tahap kebersihan dan berjaga-jaga setiap masa.

    ReplyDelete
  12. bela kena jaga elok2 ok, kalau bela tikus longkang memang cari nahas la...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.