Pemimpin (suami) : Kasih sayang dan pemurah

Sunday, February 05, 2012 Nazlee Ismail 7 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Kasih sayang adalah sifat utama milik Allah yang Dia sendiri mahu hamba-Nya mengenal-Nya dengan sifat tersebut. Sebab itu dalam apa saja pekerjaan atau amal yang kita buat, Allah mahu dimulai dengan menyebut nama-Nya Yang Pemurah dan Pengasih.

Pemimpin kasih sayang adalah lambang perpaduan dalam rumahtangga. Ahlinya dapat bernaung di bawah pimpinannya. Kita akan rasa terbela dan terdidik melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran. Hati yang liar dari Tuhan akan menjadi jinak.

Ramai di antara kita yang kehidupannya rosak dan punah berpunca dari ketiadaan kasih sayang. Sebaliknya pula boleh berubah secara mendadak apabila diberikan kasih sayang. Hati yang gersang itu seolah-olah disirami air sehingga benih benih iman subur semula.



Melalui kasih sayang juga, hati manusia merasa bertuhan. Hati manusia akan mudah merasakan sesuatu.  Bertapalah Tuhan yang bersifat Pengasih yang menjadikan pemimpin kasih sayang tersebut.



"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

7 comments:

  1. Thanks for sharing gan.. dtunggu kunjungan baliknya

    ReplyDelete
  2. Hidup mmg perlukan kasih syg ;-)

    ReplyDelete
  3. tanpa kasih syg, tiadalah erti peribadi

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum PCL...mmg benar apa yg dikatakan tu...:)

    ReplyDelete
  5. moga kasih syg sentiasa ada dalam diri kite..:)

    ReplyDelete
  6. moga sayang-menyayangi..singgah malam pcl

    ReplyDelete
  7. ramai anak mnjadi liar sbb mak bapa bz....... kesian ank...... hmmmmm

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.