Penyakit apendisitis

Friday, February 17, 2012 Nazlee Ismail 8 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Penyakit apendisitis atau apendiks merupakan keradangan pada apendiks vermiform iaitu struktur kecil berbentuk cacing yang terjulur keluar dari usus kanan.

Tiada siapa yang tahu apakah fungsinya yang sebenar melainkan DIA Pencipta segalanya. Apa yang pasti, kita boleh hidup tanpa apendiks. Namun, tidak bermakna jika apendiks tidak mempunyai apa-apa peranan di dalam sistem pencernaan kita, ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.

Antara tanda-tanda awal penyakit apendiks ialah rasa sakit pada bahagian tengah perut atau sekitar pusat yang menyerang selang beberapa jam atau dua hingga tiga kali sehari.

Ia disusuli dengan rasa sakit yang berpindah dari tengah perut ke bahagian bawah abdomen kanan tidak lama kemudian dan kemudian kesakitan semakin bertambah kuat dari semasa ke semasa terutamanya jika berlaku pergerakan, batuk atau berjalan.

Lazimnya, pesakit penyakit apendiks kelihatan kerap duduk sambil membongkok bagi menahan kesakitan yang dialami. Kesakitan mungkin berkurangan jika pesakit berbaring pada sebelah badan dan menarik lutut ke arah dada.

Apendiks disifatkan sebagai kecemasan perubatan yang memerlukan pembedahan serta-merta bagi membuang apendiks kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, apendiks yang mengalami keradangan akan pecah (tembus atau berlubang) lalu melimpahkan najis yang penuh dengan bakteria ke dalam kaviti abdomen.

mungkin ada di antara anda yang pernah melaluinya...begitu derita kan ?
 
salah satu puncanya adalah bijian yang tak hadam dalam usus seperti biji cili.- ref blog CR

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

8 comments:

  1. Salam,
    Tkasih atas perkongsian ini. Khuatir juga takut terkena penyakit ini

    ReplyDelete
  2. salam,

    hubby kita pernah kena, nasib dpt
    di kesan awal dan terus doktor refer
    ke GH utk operation. alhamdulillah
    sudah selamat dan pulih semuanya :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas pengkongsian..
    nak tambah sedikit

    jika seseorang yang kurang makan, melambatkan tempoh makan tapi makan dalam kuantiti yang terlalu banyak dalam 1 masa..

    akibatnya penyakit ini akan timbul..

    PS: berlaku kepada anak jiran ayu.. baru 10 tahun apendik berlaku akibat masalah makan dlm kuanti y terlalu banyak, tapi jarang makan dengan kerap dengan tempoh y betul.. alhamdullilah.. bulan puasa tahun 2011 dh buang sedikit usus.. kini sihat...syukur

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum PCL,alhamdulillah tak pernah lagi kena...adanya info ni akan sentiasa beringat...

    ReplyDelete
  5. Katanya pengidap penyakit ni, tak boleh makan pedas yer ke? Alamaak... ma ni peminat tegar makanan pedas, minta dijauhkan Allah...!

    ReplyDelete
  6. Mintak dijauhkan la penyakit2 cenggini.nauzubillah.

    ReplyDelete
  7. Biji lada pun 1 of factor kn??? Sbb susah hadam this thing

    ReplyDelete
  8. risau juga sebab masa budak2 dulu suka makan jambu batu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.